14.2.11

Tengok Sampai Khatam









Lepas ni kalau salah jugak, aku gigit kamera tu.





p/s: sakit jiwa pasal filem belum habis-habis

Kisah Impian Hancur


Kelmarin hari Sabtu, aku kerja half-day. Matlamat hari tersebut: habiskan sisa-sisa filem & terus develop. Filem yang aku gunakan adalah filem yang pertama kali aku guna sepanjang hidup; Hitam Putih. Jadi semangat nak habiskan filem memang berkobar-kobar biarpun imagination hitam putih aku agak lembap. Terlalu lama rasanya filem 'percubaan' ni bertapa dalam kamera aku. Sebelum Tahun Baru Cina lagi. Oleh kerana geng-geng belum nak berapa ada, jadi filem pun belum nak berapa cepat habis. Tengah hari, sebelum habis waktu kerja, aku tengok counter kamera aku. "34.. Bolehlah ni.." Memang confirm akan habis hari ni.

Petang lepas habis waktu kerja, aku balik rumah dulu. Sementara tunggu housemate balik, aku kemas-kemas apa yang patut. Biasalah.. Duduk ramai-ramai memang kena rajin kemas rumah. Baru senang nak ambil hati housemate.. hehe. Habis sesi mengemas rumah, housemate aku balik. Aku terus suarakan hasrat hati aku nak pinjam kereta company. Kereta dia yang pegang. Jadi kena minta izin dulu.. Dapat kunci kereta, aku terus ke destinasi utama. Cuaca di luar hujan renyai-renyai ke arah nak lebat. Tak apa, yang penting sampai ke destinasi..

Sampai ke destinasi, hujan makin lebat. Hasrat asal nak ambil gambar-gambar di sekitar kawasan kedai terbantut. Jadi untuk meneruskan niat manghabiskan filem, aku duduk di tepi jalan sambil berpayung & cuba untuk menghabiskan filem. Snap sana. Snap sini, snap, snap, snap, & snap.. otak aku makin pening.. Mana tak, filem belum habis-habis lagi! aku nekad. Cukup-cukuplah.. Jadi aku terus roll filem & hantar ke kedai. 

"Setengah jam ya.." awek kaunter tu inform aku. "Alright..".. Dengan muka ramah mesra dengan senyuman aku balas. Dalam tempoh masa setengah jam aku berjalan-jalan di sekitar kawasan shopping complex berdekatan sambil berfikir mengenai hasil gambar-gambar yang akan jadi. Ingatan aku melayang ke arah semua tempat yang pernah aku pergi & ambil gambar.. "Mesti ok lah ni.." aku mengangguk tanda yakin. Cukup setengah jam, aku melangkah semula ke arah kedai gambar tadi. Dengan penuh nada gembira aku bertanya kepada awek kaunter kedai gambar, "Sudah siap?..." Kamu tahu apa jawapan awek tadi?

"Filem ko rosak ni.. satu pun tiada yang jadi... "

BABI!