12.10.09

Oh Pelik



pelik
bila kau seharusnya bergembira
gembira atas sesuatu yang boleh kau gembirakan
tapi sebaliknya kau bersedih
bersedih dan kau kemudian keliru
atas sebab apa kau bersedih

pelik
bila kau seharusnya melawan
mempertahankan maruah
tatkala dirimu dipersenda
tapi kau diam membisu
tersenyum kelat
hanya kerana mereka yang mempersenda itu
golongan lebih atas dari dirimu

pelik
bila kau katakan kau benci dia
tapi kau tersenyum apabila melihat dia
kemudian kau tetap angkuh berkata
kau benci dia
orang-orang di kiri kanan mu terpinga-pinga

pelik
bila kau kelihatan begitu bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan
seolah-olah itu memang haluan hidupmu
tapi baru saja lumpur dugaan pertama
kau sudah beralih arah
dasar hangat-hangat tahi ayam

pelik
bila kau rasa kau akan hidup merana
Tuhan akan sentiasa memberimu jalan kedua
tanpa kau sedari
tapi kau tetap dengan kejahilanmu
tidak tahu makna syukur

dan lebih pelik
aku rasa semakin kurang berminat mahu bercerita di sini
seperti mahu membuka halaman baru
di mana aku tidak kenal kamu
kamu juga tidak kenal aku
tapi ketandusan idea
itu dan ini semua tidak menjadi


haish~

13 comments:

  1. en kasri syg,

    ape yg pelik?
    sape yg u xnk knl, yg u xnk dkenali??

    neway,
    hope d best for u..
    always

    ReplyDelete
  2. kuat betul ko main pantun skang ni dona. huh

    ReplyDelete
  3. @mizz nina, thnx..

    @razifmustapha, ko tunggu buku fynn jamal aku sampai. makin pantun-pantun lah!

    ReplyDelete
  4. Teringat satu ayat nie..

    "Lebih baik tidak mengenali, dari dikenali, lalu dilupakan"

    ermm.. ada kaitan x?? =)

    ReplyDelete
  5. kalau kau menghilang, maka hilang juga sumber inspirasi aku untuk berkarya..

    ReplyDelete
  6. @anon, yg dikenali tidak semestinya akan dilupakan..

    @lang legar, haha.. kadang2 aku juga terinspirasi dari blog kamu..

    ReplyDelete
  7. .. tapi kalau dilupakan, nasiblah..

    ReplyDelete
  8. @anon, mungkin.. tapi kenapa kamu dilupakan? pasti ada sebab kukuh..

    ReplyDelete
  9. Mungkin sebab saya tidak penting. Siapa tahu.

    ReplyDelete
  10. Mungkin sebab saya tidak penting. Siapa tahu.

    ReplyDelete
  11. @anon, di mana pula kamu tahu kamu tidak penting?

    ReplyDelete
  12. kata hati saya tidak pernah menipu

    ReplyDelete
  13. mungkin fikiran kamu terlalu memikirkan hal tersebut hingga menyebabkan hati kamu berasa begitu. mungkin. hal berkenaan hati terlalu sukar untuk ditafsirkan. itu pendapat saya.

    ReplyDelete