Untuk orang yang dirindui,
Kamu
Saya rindu pada kamu
Wajah comel kamu
Kaca mata kamu
Tanda lahir kamu
Kamu
Saya rindu suara kamu
Suara malas pagi kamu
Suara layu tidur kamu
Suara gembira bila kita bersama
Kamu
Saya rindu bebelan kamu
Bila saya tak makan ubat
Bila saya selalu lambat
Bila saya tak sependapat
Kamu
Saya rindu makan bersama kamu
Yang selalu buntu mahu ke mana
Yang makanannya selalu bersisa
Untuk saya habiskan semua
Kamu
Saya rindu senyuman kamu
Senyuman pengubat jiwa kamu
Senyuman penyembuh di kala jatuh
Senyuman sayang yang semakin jauh
17.11.13
8.10.13
Presentation
kali terakhir, 2009.
4 tahun lepas.
dateline, 2 hari lagi.
presentation, 3 hari lagi.
otak dah berkarat.
oh my..
wish me luck.
17.9.13
Sesi Menaip Time Mengular #1
lebih kurang separuh hari duduk menunggu
bermacam perangai boleh kau tengok
tapi dalam kebanyakan perangai tu
kau boleh perasan
ada banyak persamaannya
sindrom hadap smartphone sampai bisu
perkara biasa zaman sekarang
tapi agak menjengkelkan
bagi orang zaman ortodoks macam aku
tapi agak menjengkelkan
bagi orang zaman ortodoks macam aku
serius
aku tengok pun bengang
lepak ramai-ramai
tapi masing-masing macam bisu
kalau dating dengan awek lagi haru rasanya
mudah-mudahan dijauhkan dari virus urban macam ni.
...........
atas ni benda yang aku taip hujung minggu lepas. bila aku baca balik, macam berat sebelah pula rasanya. sebab? aku xtau apa yang orang bersmartphone ni asyik jenguk dalam phone dorang tu. aku xda smartphone, jadi aku xarif tentang benda-benda smartphone ni. yang aku boleh nampak, orang-orang ni akan senyum then gelak-gelak xtentu pasal. macam org gila pun ada. sama kes mcm bos aku. dia boleh gelak sorang-sorang bila hadap phone walaupun masa tu aku kat depan dia tengah bincang pasal kerja. mungkin aku perlu pencerahan dari pihak yg bersmartphone ni. kena tahu apa virus yang dia orang tgh hadap sekarang. @ aku kena join the club baru dapat tahu?
6.9.13
Bervios, Berkopiah, & Beristeri
berhenti
tepat di sebelah
bertukar pandangan
bertukar senyuman
Vios putih, kopiah putih, isteri putih
damn..
tiba-tiba terdetik dalam hati
i wish i was u bro!
3.9.13
2.9.13
29.7.13
7 Hari
...
saat menjadi minit
hari menjadi minggu
dunia menjadi perlahan
menghitung siang & malam
bahana seksa menanti
biarpun sudah dimaklumi
dipesan jangan menanti
bakal kecewa kamu nanti
...
saat menjadi minit
hari menjadi minggu
dunia menjadi perlahan
menghitung siang & malam
bahana seksa menanti
biarpun sudah dimaklumi
dipesan jangan menanti
bakal kecewa kamu nanti
...
23.7.13
Karya Percuma #16
Semalam
Separuh nafas ditarik pergi..
Hari ini
Separuh nafas meminta dipulang kembali..
Kembalilah nafas
Kembali kepada diri ini
Agar tenang jiwa dan hati..
12.7.13
10.7.13
20.3.13
Karya Percuma #14
Kadang-kala
Aku jadi bingung
Untuk apa kita bersengketa
Entahlah
Garisan hidup kita berdua
Orbitnya tiada sekata
Aku dan kamu
Tak pernah henti rajuknya
Aku dan kamu
Usia cinta tiada terasa
Apa takdir kita berdua
Kau redha aku pula gelisah
Usung muka bingung ke mana-mana
Entahlah
Garisan hujung belum juga tiba
Olimpik pun tak macam ni lah!
p/s: hilang punca.
Subscribe to:
Posts (Atom)