8.1.12

2012: Siang Malam

Agak lewat untuk update pasal tahun baru kan? Anyway, Happy belated New Year to you guys.. Sambutan tahun baru kali ni agak kurang berbanding tahun lepas.. Or maybe its just me.. Tahun ni sambutan lebih kepada membantu / melepak di kedai kawan. No more gila-gila.. Kita cool saja tahun ini :)

Pengakhiran 2011 & permulaan 2012 agak memberi kejutan kepada aku. Ada dua perkara yang penting: my best friend & being 'sentap'.

My best friend: someone yang aku kenal dari zaman sekolah sampailah ke hari ini. I've seen many version of him. Biarpun jarang berjumpa, tapi aku akan cuba untuk bertanya khabar @ melepak kejap dengan dia bila balik. Kenapa? sebab seing him always make me think of my own life. He is a survivor & itu agak memberikan inspirasi untuk mereka yang lebih beruntung. Dia cuma ada sijil PMR & sekarang dia sedang belajar untuk memajukan business kedai dia sendiri. I have a Degree & i don't know what's gonna happen with me. mengecewakan.. Back to story. Kali terakhir aku jumpa dia sebelum ni adalah masa Raya Haji. He's changing into someone better. Good for him. Masih lagi kaki-lepak-bandar tapi sudah clean.. & yang terbaru, lebih mengejutkan.. berkopiah & mendalami ilmu agama. Alhamdulillah.. I'm proud of you my friend.. :)
Kawan yang hilang bila kita berubah kepada kebaikan bukan kawan sejati.. Abaikan mereka..

'Sentap': this is totally makan dalam bagi aku. Pedulikan apa orang nak cakap. Aku boleh terima ejekan, tapi tidak kepada tuduhan yang aku rasa agak tidak patut untuk aku. Sentap yang terbawa-bawa sampai sekarang. Aku betul-betul terasa hati kali ni. "hanya untuk perkara penting"?? apa perasaan kamu bila kamu rasa kamu sudah cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan baik kamu dengan orang lain, tapi orang tu cuma anggap kamu akan cari dia bila kamu ada perkara penting? kamu rasa aku begitu? aku cuma akan cari kamu kalau ada perkara penting? well, thank you very much. Itu cuma membuatkan aku rasa apa yang aku lakukan selama ini tidak berguna langsung. Jadi, daripada aku biarkan kamu berkata sesuatu yang aku rasa tidak benar, apa kata aku jadikan ianya benar? aku akan cari kamu kalau ada perkara penting. Sekurang-kurangnya telahan kamu tehadap aku tidak salah dengan cara itu.

Kejam? tahun 2012 ni aku tambah azam baru. KERJA SIANG MALAM!





p/s: bicara hati ke hati. bukan mulut ke mulut

7.12.11

Frustblur

Hari ini adalah hari yang mengecewakan. Jawapan akhir sudah diterima; jawatan terpaksa dilepaskan. Frust.. Tersangat frust.. Mengelamun seharian jadinya. Semua blur.. Fikir balik keadaan sebelum kerja sampailah sekarang. Apa yang sudah dicapai?

Jujur, perasaan lebih kepada rasa seorang Loser.. Lebih setahun kerja tapi tiada apa yang boleh dibanggakan berbanding orang lain. My degree? felt like it was nothing but shit. Racist? cuba hidup dengan persekitaran di mana semakin hari kau akan perasan hanya kaum mereka yang akan sentiasa di atas dan kau akan jadi bahan jenaka mereka tidak kira sama ada kau kerja sampai patah tulang sekalipun.. 1Malaysia Pfftt~

Cubaan untuk memiliki kehidupan yang lebih baik nampaknya terpaksa ditunda dan mungkin memerlukan jalan lain untuk dikecapi.





P/S: Kuala Lumpur, how are you...

11.11.11

Karya Percuma #11


Jiwa saya terganggu
Terganggu dengan banyak perkara
Maafkan saya
Jika saya mengecewakan anda
Saya terlalu serius dengan hidup saya
Kerana apa?
Saya teramat-amat diperlukan ketika ini
Dan saya tahu ini masa saya
Tolong jangan fitnah saya tanpa usul periksa
Itu menghibakan saya


.........






p/s: lost track of time.