13.3.15

Kerana Kopi

Kerana kopi..
Aku susah tidur.
Pusing dari kanan ke kiri.
Tukar posisi.
Masih juga begini.

Kerana kopi..
Terimbau perkara lama.
Terjenguk update rakan sebaya.
Orang sudah bahagia.
Untunglah.... Tak macam aku yang masih gila :)

Kerana kopi..
Terlepas bebas semua khayalan & impian.
Tapi tetap mati kerana itu semua mimpi.
Sedangkan aku masih dalam realiti.
Masih menunggu masa untuk bermimpi.

Kerana kopi..
Aku duduk sendiri.
Bangun setelah puas memaksa diri.
Cuba menikmati indahnya alam di malam hari.
Bulan separuh & bintang mengelilingi.

Hmmmm..
Lama juga aku tidak begini..
Berkarya sampah berimaginasi sendiri..
Sekali sekala mengenang nasib diri..
So should I say thank you coffee?



4 comments:

rAmiZa.mY said...

Kerana kopi boleh jatuh hati tak?

Odette said...

bergantung kepada keadaan hati. haha

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Izzayiet Zamir said...

teruskan berkarya #kipidap