31.8.08

HAMPIR SELESAI

Proses sudah mencapai 98%. Keseluruhan boleh dikatakan baik walaupun terdapat beberapa perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati muncul sedikit. Begitulah mungkin kalau sekadar blog percuma. Ataupun mungkin kerana ilmu di dada agak kurang mengetahui selok-belok serta teknik-teknik yang betul mengenai bab blog ini? Tidak mengapa. Mungkin suatu hari nanti ilmu itu boleh dipelajari dari rakan-rakan, pemerhatian, & juga pertolongan insan yang sudi membantu secara tidak langsung. mana tahu?

Dua hari berturut-turut 'menghilangkan diri' membuat aktiviti-aktiviti pertunjukan baju & menyambut hari merdeka. Oh ya, selamat hari merdeka kepada semua.. Gembira dapat meluangkan masa bersama walaupun sebenarnya emosi agak bergelora kelmarin. Tapi semua itu dapat dilupakan seketika dengan pertolongan orang lain serta aktiviti yang aku rindukan. Ya, aku terasa yang aku semakin tidak hidup. Tiada aktiviti yang betul-betul membuat aku jadi gian, jadi gila seketika, jadi hyper active, jadi bebas! Argh.. Aku rindukan masa itu semua. Tapi aku sedar, itu semua tidak boleh diulangi. Kalau boleh pun, dengan medium yang lain, dengan cara pendekatan yang lain. Aku tidak mahu menolak, tapi aku mahu menjadi remaja yang dewasa. Aku mahu cuba mencari kelainan. Terlampaukah? atau terlalu awal untuk memikirkan itu semua?

hahaha...

Orang selalu berkata, hidup kita umpama roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Ketika ini aku terasa yang aku berada di kawasan bawah. Tidak terlalu bawah tapi cukup untuk membuat kepala aku serabut sehari suntuk. Mengangguk seolah faham tapi fikiran sebenarnya kosong. Sibuk melakukan aktiviti tapi hasilnya masih kosong, masih berada di takuk lama tanpa sebarang pergerakan. Aku masih mencuba. Betul.

Selamat berpuasa kepada semua. Mungkin esok atau lusa kita sudah mula melakukan rukun islam kita yang ketiga. Masa untuk memperbaiki diri yang semakin hanyut dalam arus dunia. Walaupun selalunya hanya bulan ini sahaja perubahan itu dapat dilihat. Biarkan. Belum masanya untuk dihujahkan. Kurang berkelayakan lebih tepat.

Selamat bercuti juga kepada semua yang bercuti. Jangan lupa 'kerja sekolah' kamu..





p/s: aku pening-pening

5 comments:

Anonymous said...

wah kamu sungguh pjg berhujah =)

hunys said...

selamat berpuase kpd anda
semestinya kerja sekolah itu terbengkalai kalo cuti
haha

mizz nina said...

hmm..biase la..life mmg ade up n down..n evrythg happen for a reason..
so wht we hv 2do is learn from it..
follow ur heart bt b4 dat u must think..

Seyn Jukey said...

selamat berpuasa dona:)

Odette said...

jelly: biasa la.. aku patut msk mpp kn? haha

hunys: haha.. sbb 2 aku bg peringatan

mizz nina: yeah.. thnx 2 u.. =) syg kamu.. hehe

seyn: slamat berpuasa seyn :)