18.10.08

K.A.W.A.N. episod 02

Photobucket




kawan
ada juga yang memanggilnya rakan
rakan taulan, rakan seperjuangan,
tidak kira apa juga panggilan rakan
mahupun kawan
itu semua tidak penting
yang penting adalah ikatan
ikatan untuk membina persahabatan
mungkin ramai yang tidak sedar
bukan mudah membina ikatan persahabatan
keikhlasan menjadi kawan itu penting
mungkin latar belakang itu memberi kesan
tapi jangan terus berangan
kawan yang sebenar-benar kawan
menerima seadanya kawan
tidak memandang harta kawan
tidak mengambil kesempatan dengan kelebihan kawan
tidak juga mengungkit kesilapan kawan
setelah saling memaafkan
kawan tidak menipu kawan
bukan itu yang diharapkan
tidak cuba untuk menyakitkan hati kawan
kerana mereka adalah kawan
kawan selalu cuba memahami kawan
cuba mendalami masalah kawan
menjadi mereka sebelum membuat pertimbangan
aku gembira punya kawan
walaupun terkadang terasa dengan kata kawan
kata yang cuma dianggap gurauan
tapi tidak semua boleh diguraukan wahai kawan
jagalah hati kawan-kawan sekalian
kerana merekalah yang selalu diharapkan
jika kamu memerlukan pertolongan
kepada kamu yang menganggap aku kawan
terima kasih aku ucapkan
sekian...


Ya, aku merepek lagi.. Aku hampir gila kerana kerja-kerja yang belum dapat disiapkan. Aku selalu teringat perkataan 'kawan' sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana mereka banyak 'menolong' aku beberapa minggu ini. hahaha..













p/s: jangan touching dengan ayat aku..

5 comments:

Anonymous said...

patot beterima kaseh sama aku ;P

Anonymous said...

klu teman?

AkuD kot! said...

Wah...hehe...
Touching...=P
K.A.W.A.N....

Odette said...

anonymous: dari ejaan itu aku tahu siapa kamo.. haha.. ye, mekaseh la byk.. kalo kamo xd, aku dh gila.. :p

rAmiZa.mY said...

ye..
kawan

ak ske kawan..
lallalala