31.12.08

Hari Terakhir Di Tahun Ini



"esok tahun baru", itu ayat yang pertama sekali aku fikirkan bila aku mahu menaip tadi. Ya, esok tahun baru. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2008. Hari yang ke 365 untuk tahun ini. Banyak yang berlaku sepanjang 365 hari yang lepas tapi sudah pasti hanya ada dua situasi; suka & duka. Aku masih ingat masa aku berada di hari yang sama tahun lepas, ramai orang berkata tahun 2008 akan menjadi tahun bertuah. Sebab apa? mungkin sebab angka 8 yang berada dibelakang itu. Sebab angka itu kononnya membawa tuah. Abaikan.. Ada juga yang menganggap tahun 2008 akan menjadi sebaliknya (kebanyakannya yang aku dengar dari sudut politik jadi aku malas mahu mengulas mengenai hal itu. nanti aku kena tahan pula).

Hari ini hari terakhir. Jadi rumusannya? bertuah atau tidak? bagi aku, tahun 2008 lebih banyak cerita yang kurang menarik berbanding yang menarik. Mereka-mereka yang selalu berada di samping aku tahu kenapa aku berkata sedemikian. Aku malas mahu bercerita secara detail. Cukup untuk berkongsi bahawa aku berada dalam keadaan yang sangat s*cks sepanjang tahun ini. Semakin ke hujung tahun, hidup aku semakin s*cks sampai aku boleh tergelak sedangkan aku patut sedih. Pelik bukan? aku sudah kurang betul. hahaha..

Tapi bukan semua yang kurang menarik itu mengecewakan aku. Ada juga yang mengajar aku tentang beberapa perkara dalam hidup. Perkara yang kita boleh cakap dengan senang apabila bukan kita yang mengalami situasi itu tapi bila perkara itu menimpa diri kita sendiri, barulah kita terfikir hidup kita tidak selalu seperti yang kita jangkakan. "ini semua dugaanNya..." bak kata Noh Hujan. haha.. sengal..

Aku juga belajar untuk mengenali orang lain. Belajar untuk melihat orang di sekeliling aku dengan lebih peka. Cuba untuk memahami orang lain & berfikir jika aku mengalami situasi yang mereka alami. Cuba untuk menerima orang lain seadanya walaupun orang itu kurang menerima kamu seadanya & yang paling penting, belajar untuk jujur dalam semua benda. Aku tidak tahu sudah berapa kali aku bercerita mengenai perkataan "jujur" sepanjang hidup aku. Sudah hilang mood mahu bercerita mengenai benda yang sama. Cukup dengan quote "aku benci penipu". Tapi aku rasa mahu tergelak dengan quote itu. Pelik.. Nasihat aku kepada kamu, jangan menipu kalau kamu kurang bijak menipu.. Kamu tidak tahu kesannya terhadap orang yang kamu tipu kalau orang itu dapat tahu kamu menipu. Titik.

Yang gembira? haha.. Aku mula berjinak-jinak dengan muzik. Benda yang aku memang teringin hendak beli pun aku sudah berjaya beli. Malah aku sudah punya satu lagi yang aku memang mahu beli lain kali tapi terima kasih kepada rakan-rakan yang memahami, aku dapat lebih awal dari jangkaan. hehe.. Sekarang masih dalam proses pembelajaran. Ada banyak lagi yang aku kena pelajari.Tahun ini juga aku berjaya mencapai matlamat hidup yang ke-4. Maknanya 2 matlamat aku sudah berjaya aku penuhi tahun ini. yeay~ Banyak sebenarnya matlamat hidup tapi yang paling penting buat masa ini ada 7. Matlamat yang ke-4 & 5 sudah berjaya dicapai. Yang lain mungkin sedikit masa lagi (atau mungkin lama) bergantung kepada rezeki.

Apa lagi? aku kurang bijak bercerita sebenarnya. Ada banyak yang disimpan di dalam kepala otak tapi kurang bijak untuk mengekspresikannya (kalau salah bahasa jangan tegur) ke dalam blog. Kalau kurang percaya, tanya mereka yang selalu menjadi mangsa tempat aku bercerita. Memang mereka akan cakap benda yang sama; "kurang faham"... baik.. baik.. baik.. nanti saya masuk pertandingan bercerita supaya saya lebih bijak untuk bercerita.. ok?

Selamat tahun baru kepada semua. Buat azam baru kalau mahu. Kalau tidak, berhiburlah dengan mencuci mata. Jangan merempit malam tahun baru. Banyak road-block. roger-and-out.











p/s: kemalangan buat aku jadi fobia

4 comments:

AkuD kot! said...

Singgah sebentar nk ucap Selamat Tahun Baru..~


P/S: "Miss D x smpai ati~" Sekian..

AkuD kot! said...

Menipu untuk kebaikan, jgk salah ek?

Odette said...

kenapa mo tipu kalo utk kebaikan?

AkuD kot! said...

Errmm, soalan dibalas dengan soalan.. Smtms, ada benda yg x harus semua org tahu.. Klu dah d tanya, trpaksalah menipu even sbnrnya kite xnk menipu.. erk, faham? Klu x faham abaikan..