25.10.08

Mood Akhir Semester

finalexam


Selamat menempuh peperiksaan akhir semester untuk rakan-rakan. Gunakan hint-hint & tips-tips secara berkesan.
(presentation fyp jangan lupa)






p/s: aku jadi kupu-kupu malam 2 minggu ini. lain kali cerita

18.10.08

K.A.W.A.N. episod 02

Photobucket




kawan
ada juga yang memanggilnya rakan
rakan taulan, rakan seperjuangan,
tidak kira apa juga panggilan rakan
mahupun kawan
itu semua tidak penting
yang penting adalah ikatan
ikatan untuk membina persahabatan
mungkin ramai yang tidak sedar
bukan mudah membina ikatan persahabatan
keikhlasan menjadi kawan itu penting
mungkin latar belakang itu memberi kesan
tapi jangan terus berangan
kawan yang sebenar-benar kawan
menerima seadanya kawan
tidak memandang harta kawan
tidak mengambil kesempatan dengan kelebihan kawan
tidak juga mengungkit kesilapan kawan
setelah saling memaafkan
kawan tidak menipu kawan
bukan itu yang diharapkan
tidak cuba untuk menyakitkan hati kawan
kerana mereka adalah kawan
kawan selalu cuba memahami kawan
cuba mendalami masalah kawan
menjadi mereka sebelum membuat pertimbangan
aku gembira punya kawan
walaupun terkadang terasa dengan kata kawan
kata yang cuma dianggap gurauan
tapi tidak semua boleh diguraukan wahai kawan
jagalah hati kawan-kawan sekalian
kerana merekalah yang selalu diharapkan
jika kamu memerlukan pertolongan
kepada kamu yang menganggap aku kawan
terima kasih aku ucapkan
sekian...


Ya, aku merepek lagi.. Aku hampir gila kerana kerja-kerja yang belum dapat disiapkan. Aku selalu teringat perkataan 'kawan' sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana mereka banyak 'menolong' aku beberapa minggu ini. hahaha..













p/s: jangan touching dengan ayat aku..

14.10.08

LAIN KALI JANGAN TIDUR LAMBAT

MASA: 09.00 - 11.00
TEMPAT: Bilik Kuliah 10
SUBJEK: Digital Communication System

Aku pun pelik macam mana aku boleh mengalami kejadian ni. Mungkin sebab aku sudah hampir jadi seperti makhluk itu. Mungkin juga sebab aku terlalu banyak berfikir. Berfikir sampai kepenatan. Lesu sehingga mata menjadi telalu kuyu (tapi bukan macam telur burung puyuh). Aku kurang pandai bercerita. Jadi aku cuma bercerita mengikut sudut perspektif pandangan mangsa kejadian a.k.a. aku sendiri.

OK..

Mula..

Pagi tadi aku memang tidur lambat. Dalam pukul 6 lebih baru aku tidur. Sibuk memberi komitmen kepada semua tugasan-tugasan, laporan-laporan, rakan-rakan, makan-makan, & juga jalan-jalan. hahaha.. Aku merepek. Bukan, bukan itu. Aku sibuk memikirkan apa yang aku mahu lakukan sebelum aku mengantuk. Aku lihat jam, "baru pukul 3"... Aku kembali berfikir... Kemudian mengambil keputusan membuat pengiraan untuk projek sarjana muda aku setelah aku melihat itulah jalan untuk aku memperolehi kegembiraan sebelum aku melelapkan mata malam tadi. Aku gembira kerana aku sudah melihat langkah-langkah pengiraan yang aku perlu lakukan tanpa perlu bertanya kepada orang lain yang sedang lena diulit mimpi perasan mereka sendiri (termasuklah yang mimpi bawak porsche merah sampai accident.. haha.. jangan ambil hati beb)...
Ok, kembali ke cerita.. Sedar tak sedar, sudah pukul 6.. Aku tidak gembira kerana pengiraan aku tidak seperti yang aku jangka. Puas mencari jalan penyelesaian tapi hampa.. Nampaknya usaha aku malam ini sia-sia sahaja.. Tak mengapa.. Siang nanti aku usaha pula.. Jadi, sebelum aku duduk tertidur di atas kerusi kuning aku, cepat-cepat aku bentangkan tilam 'empuk' aku supaya aku boleh berehat. Berehat sambil mengumpul tenaga untuk mendengar kuliah yang sangat menarik siang nanti..


aduh.. penat pulak menaip..


Dipendekkan lagi cerita, kerajinan aku semalam nampaknya memakan diri. Aku jadi terlalu mengantuk sampai mahu membuka kelopak mata pun macam setengah mati. Aku masih berusaha untuk mendengar kuliah walaupun terkadang aku 'tertewas seketika'. 'tertewas tapi masih berjuang'.. haha.. Satu benda yang aku pelik & masih aku boleh ingat masa aku 'tertewas', aku bermimpi.. Walaupun sekadar beberapa minit, aku boleh termimpi.. Mimpi berada di dalam bilik kuliah yang sama, mendengar kuliah yang sama, rakan-rakan yang sama, kedudukan yang sama... Cuma satu yang lain.. Aku nampak kura-kura lalu kat atas meja depan aku.. Lalu dengan penuh perlahan kemudian hilang ( sebab aku tersedar ).. Aku jadi pelik. Termenung seketika. & sampai sekarang aku terfikir, kenapa kura-kura??..








p/s: kerja aku belum siap-siap juga...

11.10.08

K.A.W.A.N. episod 01

Photobucket


Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog sendiri. Terasa mahu bercerita mengenai kawan pula. Ya, kawan.. Bukan lawan. Jangan di tanya kenapa. Aku juga tidak tahu. Mungkin kerana kesan menonton KAMI yang banyak mengajar erti kawan (walaupun jalan cerita banyak menimbulkan rasa tidak puas hati. huh..). Itu topik lain. Abaikan..





Tapi mata sudah mengantuk...



katil pun seperti memanggil...



aduh...





lain kali lah bercerita...


hahahaha...










p/s: tdo lg baik... :p

6.10.08

Sudah Sampai!!

hahaha
sudah ada!!
gembira tak terkata!!
hahahaha
lalala~






p/s: harga itu perlu dibayar (peringatan buat diri).