27.1.09

Macam Meet Uncle Hussain Lah Kiranya Ni



Dapat Anugerah Juara Lagu daripada Cik Shepha. (Lebih kurang macam MUH menang AJL 2008 walaupun masa menang sudah masuk 2009)
Saya kurang mengenali cik Shepha. Cuma pernah bersembang secara live ketika rapat-umum YUBIYU (rasanyalah.. kan shepha?). Saya cuma tahu beberapa fakta mengenai beliau:
  • ahli YUBIYU
  • ahli paintball lukis-bola
  • memiliki PHV****
itu sahaja =)


Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!


10 fakta/hobi Odette
  • ramai yang tidak tahu maksud 'Odette'
  • ramai yang menyangkakan empunya blog adalah wanita comel
  • misteri (erk...)
  • pemalu kurang ramah
  • jenis kaki-gatal-tak-boleh-duduk-diam punya orang
  • warna kulit standard warga Asean
  • cuma banyak bercakap dengan orang-orang yang bertuah sahaja mengikut emosi semasa
  • kurang pengetahuan politik
  • berat badan kurang daripada 60kg
  • tinggi mencecah tinggi pintu rumah (dengan tangan kanan diangkat ke atas)


6 orang yang bertuah ialah:

Shepha (ahahaha.. saya bagi semula)
Fendy (sudah dapat pun)
Ramiza (sudahkah?)
Chokilala (tidak tahu sudah atau tidak tapi dia mesti tidak buat. yakin)
D-La (belum)
mahamdan (terfikir macam mana dia mahu letak dalam blog)


kalau point ke-5 ditukar kepada "ada orang kutuk kamu dalam blog saya. baca cepat" boleh tidak? kalau tidak pun, pandai-pandai kamulah mahu atau tidak. Anugerah tahun 2009 mungkin ada lagi. Jadi, abaikan sahaja. hahaha..







p/s: meremang bulu roma setiap kali melihat video clip Juara Lagu MUH. stylo~

24.1.09

Oh Tidak!




Baru hari pertama bercuti, aku sudah bosan.


AAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!......


Aku mesti keluar dari rumah.

Siapa mahu temankan? Angkat tangan cepat.







p/s: hujan pula.. hmm.. main hujan?

23.1.09

Hari Muram




Al-fatihah untuk pakcik...

Hari yang agak memuramkan. Aku pernah beritahu seseorang "jangan terlalu banyak fikir masalah, nanti banyak termenung...". Aku rasa aku patut tambah ayat itu "... tetapi kalau termenung untuk memikirkan penyelesaiannya mungkin tidak mengapa". Ya, aku banyak termenung hari ini tapi bukan termenung kosong. Jangan risau.


Sejauh mana kepercayaan kamu terhadap orang-orang di sekeliling kamu? orang-orang yang kamu mungkin percayai, percayai sepenuhnya, dan juga yang kamu tidak percayai langsung. Bagaimana pula dengan kepercayaan orang-orang di sekeliling kamu terhadap kamu? mereka percayakan kamu? kalau ya, sejauh mana? adakah sama seperti kepercayaan kamu terhadap mereka? kalau tidak? aku banyak berfikir mengenai kepercayaan orang terhadap aku. Begitu juga sebaliknya. Persoalan yang pastinya bagi aku hanya boleh dijawab oleh orang lain, bukan diri kita sendiri.


Setiap orang juga punya komitmen mereka yang tersendiri. Tapi, pernahkah kamu meletakkan satu-satu had dalam mengejar komitmen kamu itu? had yang kamu sendiri ciptakan untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu obses dalam mengejar komitmen kamu itu. Sekuat mana pula kamu akan berpegang pada komitmen kamu itu apabila dugaan datang menjengah? Adakah kamu akan berhenti hanya kerana kamu rasa kamu sudah tewas? aku belum tewas. Aku cuma keletihan. Beri aku masa untuk mengumpulkan semula semangat sebelum aku berdiri semula.


Terlalu banyak yang aku terima kali ini. Sedang berusaha untuk mengurangkan aktiviti termenung. Minta maaf kepada semua.. Selamat bercuti..










p/s: aku rindu kedua-dua orang tuaku...

20.1.09

Hari Ini Aku Pakai Baju Hijau




B
angun pagi, aku terus teringat kata-kata seseorang:



"cahaya di'diskriminasikan' sebagai electromagnetic wave"

-encik 450D-



kamu faham tak maksudnya?










p/s: sedang menanggung kesakitan akibat perbuatan sendiri.. huhu..

15.1.09

ROMLAH


Photobucket

aku sudah habis baca

kesimpulan?

jangan terlalu cepat membuat spekulasi

sesuai untuk mereka yang berfikiran kosong

ini sekadar interpretasi mengenai romlah

jangan baca kalau emosi kamu kurang stabil









p/s: aku mahu cari k-eight. ada sesiapa sudi jual?

14.1.09

Aku Tidak Tahu Kamu Pernah Atau Tidak




pernah tak kamu rasa kamu agak ketinggalan?

Setiap kali kamu mahu melakukan sesuatu,kamu sedar ada orang lain yang sudah melakukannya. Jadi oleh kerana tidak mahu dicop sebagai pengikut (atau lebih mudah dikenali sebagai pak turut), kamu berhenti. Membantutkan niat kamu yang sebelum ini kamu sudah rencanakan terlebih dahulu.

pernah tak kamu rasa kamu seperti sudah tiada perasaan langsung?

Orang di sebelah kiri kamu cuba membuat lawak dengan harapan kamu akan turut terhibur dengan lawak tersebut. Tapi sayang, tiada perasaan langsung untuk menunjukkan respons terhadap lawak tersebut. Orang kiri kanan gelak-gelak tapi kamu masih dalam keadaan senyap. Kamu rasa kamu ada perasaan lagi tak?


pernah tak kamu rasa kamu mahu marah tapi tidak boleh marah?

Fikiran kamu sudah seperti gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup tapi kamu tidak boleh menyalurkan kemarahan kamu itu ke mana-mana. Kamu cuma dapat pendam dalam hati walaupun ada juga mangsa-mangsa yang tidak bersalah menjadi mangsa ke'gunung-berapi'an kamu itu sepanjang proses pendaman berlaku. Maaf kepada yang terkena.


pernah tak kamu rasa kamu tidak disukai tanpa kamu ketahui sebabnya?

Kamu cuba untuk menjadi peramah dengan semua orang. Dengan niat untuk meramaikan lagi kawan & kenalan disekeliling kamu. Tapi setiap kali kamu cuba untuk menunjukkan keramahan kamu, ada beberapa orang yang selalu memandang sinis perbuatan kamu. Puas kamu memikirkan apa salah kamu terhadap orang itu tapi buntu. Orang itu pula selalu seperti membuat kamu terasa bahawa kamulah insan yang paling dibencinya di dalam dunia ini.


pernah tak kamu terasa kamu mahu diam sahaja sepanjang minggu?

Mulut kamu terlalu banyak bercakap sehinggakan kamu terasa yang semakin banyak kamu bercakap, semakin banyak orang yang melabel kamu bermulut tempayan. Semakin banyak kamu tersilap kata, semakin banyak orang yang tidak menyenangi kamu, dan semakin kuranglah senarai-senarai orang yang rapat dengan kamu.


pernah tak kamu terasa mahu ke tempat yang tiada pun siapa-siapa mengenali kamu?

Aku terasa mahu ke Greece pula. hmmm...












p/s: emosinal pula.. bank-ong

12.1.09

Sunset Di Jeti




Photobucket



Photobucket



Photobucket




teringat kampung halaman... :)












p/s: masalah semut sudah selesai... :)

11.1.09

Pertama Kali Buat Tag

1. Do you think you are hot?
>> Not at all..

2.Upload a favorite picture of you.

currently...

Photobucket

3.Why do you like that picture?
>> My current 'hidden' mood at this time

4.When was the last time you ate pizza?
>> Tidak dapat diingati buat masa ini

5.The song you listened to?
>> Alif OIAM - Kau pergi kerana suka

6.What are you doing right now beside this?
>> YMing rakyat-rakyat yang mengajak mahu menonton cerita di panggung wayang

7.What other name you prefer besides this?
>> Semua. My real name is unique & my nicknames have their own stories..

Now I would like to tag victims to do it.

1. Miss D (sudah buat)
2. Fendy (sudah buat)
3. Seyn (sudah buat)
4. Maoz (sudah padam blog)
5. Jimi (kurang pasti sudah atau belum)

8.Who is number 1?
>> Miss D.. orang yang aku kenali namanya masa sekolah tapi selepas tamat zaman persekolahan barulah mengenali hati budinya.

9.Who is number 3 having a relationship with?
>> Dengan kekasihnya yang pasti. Tidak mengenali siapa gerangannya.

10.Say something about number 5.
>> Seseorang yang aku kenali melalui rakan-rakan yang lain. Rakan yang baik & sesuai dijadikan pasangan hidup. hahahaha..

11.What about number 4?
>> Rockstar!!

12.Who is number 2?
>> Manager Wishbone




Minda agak kurang kreatif ketika ini. Idea tak sampai mungkin..







p/s: aku fobia..

10.1.09

Semut Oh Semut



B
uat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku nampak semut dalam scanner. Bukan seekor, tapi segerombolan (segerombolan @ sekumpulan?) semut. Siap dengan 'queen' semut lagi. Hampir sepetang aku cuba untuk mengeluarkan semut-semut yang degil itu tapi gagal juga. Sekarang sudah hampir berputus asa. Tidak mengapa, susah sangat nanti aku bakar saja printer itu. hahaha...











p/s: pertama kali juga sembur ridsect pada printer

4.1.09

karya percuma #4




bangun kamu
jangan lena lagi
lupakan
cerita pada hati sendiri
diam
aku tahu
sabar