23.1.09

Hari Muram




Al-fatihah untuk pakcik...

Hari yang agak memuramkan. Aku pernah beritahu seseorang "jangan terlalu banyak fikir masalah, nanti banyak termenung...". Aku rasa aku patut tambah ayat itu "... tetapi kalau termenung untuk memikirkan penyelesaiannya mungkin tidak mengapa". Ya, aku banyak termenung hari ini tapi bukan termenung kosong. Jangan risau.


Sejauh mana kepercayaan kamu terhadap orang-orang di sekeliling kamu? orang-orang yang kamu mungkin percayai, percayai sepenuhnya, dan juga yang kamu tidak percayai langsung. Bagaimana pula dengan kepercayaan orang-orang di sekeliling kamu terhadap kamu? mereka percayakan kamu? kalau ya, sejauh mana? adakah sama seperti kepercayaan kamu terhadap mereka? kalau tidak? aku banyak berfikir mengenai kepercayaan orang terhadap aku. Begitu juga sebaliknya. Persoalan yang pastinya bagi aku hanya boleh dijawab oleh orang lain, bukan diri kita sendiri.


Setiap orang juga punya komitmen mereka yang tersendiri. Tapi, pernahkah kamu meletakkan satu-satu had dalam mengejar komitmen kamu itu? had yang kamu sendiri ciptakan untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu obses dalam mengejar komitmen kamu itu. Sekuat mana pula kamu akan berpegang pada komitmen kamu itu apabila dugaan datang menjengah? Adakah kamu akan berhenti hanya kerana kamu rasa kamu sudah tewas? aku belum tewas. Aku cuma keletihan. Beri aku masa untuk mengumpulkan semula semangat sebelum aku berdiri semula.


Terlalu banyak yang aku terima kali ini. Sedang berusaha untuk mengurangkan aktiviti termenung. Minta maaf kepada semua.. Selamat bercuti..










p/s: aku rindu kedua-dua orang tuaku...

2 comments:

mizz nina said...

mmm my opinion..dun give 100% if u really trust sm1..85% is more than enough i guess..

Anonymous said...

odette menjiwang.. lalala :P