14.1.09

Aku Tidak Tahu Kamu Pernah Atau Tidak




pernah tak kamu rasa kamu agak ketinggalan?

Setiap kali kamu mahu melakukan sesuatu,kamu sedar ada orang lain yang sudah melakukannya. Jadi oleh kerana tidak mahu dicop sebagai pengikut (atau lebih mudah dikenali sebagai pak turut), kamu berhenti. Membantutkan niat kamu yang sebelum ini kamu sudah rencanakan terlebih dahulu.

pernah tak kamu rasa kamu seperti sudah tiada perasaan langsung?

Orang di sebelah kiri kamu cuba membuat lawak dengan harapan kamu akan turut terhibur dengan lawak tersebut. Tapi sayang, tiada perasaan langsung untuk menunjukkan respons terhadap lawak tersebut. Orang kiri kanan gelak-gelak tapi kamu masih dalam keadaan senyap. Kamu rasa kamu ada perasaan lagi tak?


pernah tak kamu rasa kamu mahu marah tapi tidak boleh marah?

Fikiran kamu sudah seperti gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup tapi kamu tidak boleh menyalurkan kemarahan kamu itu ke mana-mana. Kamu cuma dapat pendam dalam hati walaupun ada juga mangsa-mangsa yang tidak bersalah menjadi mangsa ke'gunung-berapi'an kamu itu sepanjang proses pendaman berlaku. Maaf kepada yang terkena.


pernah tak kamu rasa kamu tidak disukai tanpa kamu ketahui sebabnya?

Kamu cuba untuk menjadi peramah dengan semua orang. Dengan niat untuk meramaikan lagi kawan & kenalan disekeliling kamu. Tapi setiap kali kamu cuba untuk menunjukkan keramahan kamu, ada beberapa orang yang selalu memandang sinis perbuatan kamu. Puas kamu memikirkan apa salah kamu terhadap orang itu tapi buntu. Orang itu pula selalu seperti membuat kamu terasa bahawa kamulah insan yang paling dibencinya di dalam dunia ini.


pernah tak kamu terasa kamu mahu diam sahaja sepanjang minggu?

Mulut kamu terlalu banyak bercakap sehinggakan kamu terasa yang semakin banyak kamu bercakap, semakin banyak orang yang melabel kamu bermulut tempayan. Semakin banyak kamu tersilap kata, semakin banyak orang yang tidak menyenangi kamu, dan semakin kuranglah senarai-senarai orang yang rapat dengan kamu.


pernah tak kamu terasa mahu ke tempat yang tiada pun siapa-siapa mengenali kamu?

Aku terasa mahu ke Greece pula. hmmm...












p/s: emosinal pula.. bank-ong

8 comments:

rAmiZa.mY said...

pernah..

hmmm mcm mane ngn plan kte maw lari ke luar negara? ahaha

Anonymous said...

saya spt kamu
sgt selalu merasa ingin diam sepanjang minggu tapi ada pula yg kata 'mandom'
haih

Anonymous said...

pernah tak?
macam rase pernah..
wuhuuu
sadis!

AkuD kot! said...

Selalu..
Tapi kenapa?
Saya pun tidak tahu..
Saya mahu ke Itali..

Odette said...

ramiza.my: 2la psl.. mslh duit xd ni.. tggu sapa2 yg sanggup support je la.. boleh?

anonymous: buat sj kalo kamu mahu. sng. haha..

shatilah zakaria: apa yg sadis?

D-La: ke venice jum.. hehe.. :p

.::aDa::. said...

sangat pernah. bukan saja sangat pernah, malah sangat selalu.tp rs mcm semuanya tersentot a.k.a terbantut..hisshh

Anonymous said...

sadis sbb ianya S.A.D.I.S

Odette said...

ada: rupanya kamu sama kronik dgn saya.. haha..

shatilah: bersabar sajalah.. huhu..