1.2.09

Pemerhatian Sepanjang Perjalanan di Kuala Lumpur




Aku tidak tahu aku naik Bas ekspres atau Bas kilang


Dua kali aku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dua kali itu jugalah banyak masalah yang aku nampak sepanjang menaiki bas ekspres. Pertama, keadaan bas yang kurang selamat & tidak selesa. Tempat duduk yang mempunyai potensi untuk tercabut andai pemandu bas menekan brek secara mengejut. Bau pula seperti pemandu tiada inisiatif untuk menyembur pewangi sebelum penumpang seterusnya menaiki bas. Sepanjang perjalanan irama 'besi bergesel' menjadi alunan. Cuma mampu berdoa supaya jangan bas itu terbelah dua sahaja sebelum sampai ke destinasi.


Mana hilang semua warganegara Malaysia yang dulu selalu menaiki bas ekspres?

Aku cuma boleh berfikir mungkin kerana perkara di atas, semakin ramai yang lebih gemar menaiki kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana sampai jammed jalan raya. Pandang ke kiri, pandang ke kanan, ke depan, kemudian ke belakang. "majoriti warga asing??!!" apa perasaan kamu ketika itu? Untuk menyedapkan hati, aku berkata dalam hati "kebetulan... kebetulan...". Tapi mungkin juga perkara itu adalah kebetulan bukan?


Aku kagum dengan orang yang berusaha

Aku duduk di sebelah stesen bas sementara menunggu orang. Kemudian datang seorang lelaki cina, pakaian memang lusuh, rambut pula tidak terurus. "minta sedekah lah ni.." kataku dalam hati. Dia memandang, senyum, kemudian menunjukkan beberapa keping kertas sambil bertanya "tiket?". Aku kehairanan, kemudian menolak, "tidak". Terasa mahu tergelak tapi itu realiti. Satu, aku tersalah tafsir. Kedua, kagum dengan usaha yang dia lakukan untuk survive. Memang Setiap orang ada rezeki mereka masing-masing. Itu sudah ditakdirkan. Tapi cuba kamu pandang dari sudut lain. Bagaimana kamu mahu survive dalam hidup kamu? mungkin bagi mereka yang punya duit, punya harta, tidak sukar. Tapi untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa? usaha dan keberanian mungkin jadi kayu pengukur.









p/s: Mana yang kamu akan dengar? kata hati atau kata orang?

2 comments:

AkuD kot! said...

Selalunya kata ati lagi kuat, tapi kadang2 kata org perlu diertimbangkan..

mizz nina said...

hehe..yeah..
ape kata hati mu??