28.3.09

Mimpi Lagi



P
elik

Aku semakin banyak bermimpi kebelakangan ini


Mimpi pula semakin mengarut-ngarut



Aku perlu kurangkan aktiviti memerhati rasanya


Dan banyakkan membuat kerja.



Oh ya, kaki sudah pulih. Terima kasih kepada yang mengambil berat.





p/s: fauziah gous tak lawa pun.

21.3.09

Mimpi



K
ata orang, mimpi itu mainan tidur. Ia seolah-olah flashback semula apa yang kita pernah fikir semasa kita berada dalam keadaan sedar. Tidak kisahlah jika perkara itu kita fikirkan cuma dalam beberapa saat ataupun sepanjang hari. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini tapi aku pernah terbaca mengenainya. Aku berminat untuk mengetahui kenapa kita boleh mimpikan sesuatu perkara walaupun kadang-kadang kita tidak pernah jangka kita akan mimpikan benda itu. Lebih-lebih lagi mimpi yang buat kita termenung sejenak kerana mimpi itu seolah-olah ada maksud tertentu, ada pesanan untuk kita aware, & kita kena fikir jalan cerita mimpi itu untuk memahami mimpi tersebut. Oh ya, aku sudah ingat. Aku baca fakta mengenai mimpi itu ketika aku berada di sekolah teknik dahulu. Kamu ingat lagi buku teks pendidikan jasmani yang berwarna krim+coklat muda itu? buku teks kamu lain? atau kamu sudah lupa alam persekolahan kamu? jangan lupa, itu kenangan sepanjang masa. Berbalik kepada mimpi tadi, waktu terjaga juga boleh mempengaruhi kadar ingatan terhadap mimpi. Kalau kita terkejut+tersedar ketika mimpi, kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah 100%. Berlainan pula kalau kita mimpi, tetapi tidak terjaga ketika mimpi itu berlaku. Kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah nipis. Ini adalah kerana peratus memperingati jalan cerita mimpi dan plot jalan cerita mimpi bertindak-balas mengikut bentuk loceng (bell-shaped). Aku kurang pasti mengigau ketika tidur terletak pada rise time waktu naik sebelum puncak cerita mimpi atau fall time waktu turun selepas puncak jalan cerita. Aku juga kurang pasti mengenai tindak balas ketika mimpi. Ianya bergantung kepada individu. Ada yang boleh berjalan ketika tidur, bercakap sendiri, bangun kemudian duduk seketika kemudian tidur semula & dia tidak sedar yang dia pernah buat begitu, tidak kurang juga yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang sopan ketika mengigau. Hmmm... Aku termimpi 3 cerita dalam 1 malam. Aku kurang ingat jalan cerita mimpi pertama tapi ianya mengenai aku berjalan-jalan yang mana menyambungkan mimpi pertama aku dengan mimpi kedua & ketiga. Mimpi kedua aku masih boleh ingat & gambarkan dengan jelas. Aku tidak tahu kenapa. Lokasi mimpi adalah kawasan simen tepi sungai. Kalau kamu tidak dapat bayangkan, cuba bayangkan Sungai Klang berdekatan central market KL. Aku berjalan-jalan di tepi kawasan itu kemudian terlihat sekumpulan kanak-kanak bermain ting ting. Aku berhenti, cuba memerhatikan gelagat mereka. Kemudian mataku tertumpu pada 2 orang kanak-kanak perempuan di bawah situ. Pelik. Dia bermain sambil mendukung seorang lagi rakannya di belakangnya. Kenapa dia mahu menyusahkan diri? bukankah lebih baik kalau mereka bermain secara berasingan?... Aku terus memerhatikan mereka. Kemudian aku terlihat sesuatu berdekatan kawasan budak-budak itu bermain. Aku senyum "oh, patutlah"... Kerusi roda itu terlipat kemas di situ. Kagum dengan setiakawan budak perempuan yang satu itu... =) Kemudian aku tidak tahu macam mana aku boleh berada di tempat lain. Masuk mimpi ketiga. Aku tidak tahu macam mana mahu menceritakan mimpi ketiga ini, tidak mahu ia terjadi lagi. Aku terjaga ketika aku mimpikan mimpi ketiga ini. Kemudian aku tersedar kelopak mataku berair ketika aku terjaga tadi. Jadi aku putuskan untuk tidak bercerita mengenainya. Cukuplah dengan nasihat kepada kita semua aku terutamanya. Sayangi orang-orang di sekeliling kita, keluarga kita, sahabat kita. Mereka mungkin tidak lama di muka bumi ini, kita juga begitu. Sekian.










p/s: mainan tidur.. jangan terlalu difikirkan..

19.3.09

karya percuma #7



senyum kawanku
jangan bermuram durja
apa pun yang berlaku
sentiasa senyum

senyum kawanku
biarkan saja tomahan orang kepadamu
balas mereka dengan senyuman

senyum kawanku
biarpun kamu dikhianati
atau dipinggirkan oleh mereka
senyum sahaja

senyum kawanku
aku tahu beban dibahumu
kerna aku juga merasakannya
itu tanggungjawab kita bersama

senyum kawanku
biarpun bumi membencimu
memberi segala duka kepadamu
pandang saja bintang beribu
dan senyum kepada bulan di situ

senyum kawanku
walaupun senyumanmu ketara pahitnya
senyum sebaik mana kamu mampu
kerana senyuman ada manisnya

senyum


senyum..

....

senyum...



kerana aku seperti sudah tidak mampu tersenyum...

hmmm...







p/s: terasa sumbang.. huhu

15.3.09

Pulled Hamstring Grade 1


Selama ini aku tidak tahu pun berkenaan hamstring. Perkataan hamstring tahulah, tapi tidak pernah pula cuba mahu mengetahui maksud hamstring secara mendalam sehinggalah hari ini walaupun aku masih kurang faham sebenarnya.

Hamstring sebenarnya adalah bahagian belakang paha kaki. Sakit yang selalu dialami pada bahagian otot paha kaki pula adalah pulled hamstring, bukan hamstring sepertimana yang selalu aku orang sebut.

gambar diambil daripada matthewschulert.com


Punca kesakitan Pulled Hamstring adalah kerana otot-otot tercedera, terkoyak, terputus (hah?). Berlari secara mengejut boleh menyebabkan risiko kecederaan.

Pulled Hamstring terbahagi kepada beberapa gred:

Gred 1:
  • Biasanya kaki boleh menjadi cramp & berasa sakit apabila otot digerakkan.

Gred 2:
  • Kurang kronik. Lebih teruk daripada Gred 1 kerana kesakitan lebih dirasai apabila otot bergerak. Lebih banyak otot tercedera mungkin

Gred 3:
  • Kes kronik. Otot koyak sampai boleh nampak pendarahan dalaman kalau dibiarkan beberapa hari.

Rawatan untuk Pulled Hamstring pula adalah nasi R.I.C.E. :

Rest
  • rehat yang secukupnya (kau tengok ni) sekurang-kurangnya 3 minggu untuk Gred 1, 4-6 minggu untuk Gred 2, & 3 bulan untuk Gred 3.

Ice
  • Ais perlu diletakkan pada bahagian yang tercedera tidak lebih daripada 10-15 minit dalam satu-satu masa. Jangan letak secara terus tanpa lapik. Nanti kaki beku. hahaha..

Compression

  • Balut kaki yang tercedera supaya pergerakan terhad & mengurangkan pengaliran darah.

Elevation
  • elevator?? erk..

Ulasan daripada hasil pencarian:

Rakan-rakan, nampaknya aku tidak dapat bermain lagi untuk 3 minggu akan datang. Doktor suruh aku berehat. Kamu berlatihlah bersungguh-sungguh. Aku jadi penonton dahulu. hahaha..

Aku tidak tahu fakta yang aku keluarkan ini betul atau tidak. Aku cuma baca melalui internet. Belum bertanya pada doktor yang sebenar lagi. Kalau ada yang tersilap, tolong betulkan =)



p/s: aku injured lagi.. sakit tahu.. huhu..

12.3.09

Honesty



The first principle is that you must not fool yourself - and you are the easiest person to fool.

...

By honest I don't mean that you only tell what's true. But you [also] make clear the entire situation. You make clear all the information that is required for somebody else who is intelligent to make up their mind.

Richard P. Feynman




Tiada kaitan dengan apa-apa. Aku sedang membaca nota ethics kemudian tertarik dengan ayat ini.

*sambung belajar





p/s: aku ada test malam ini

1.3.09

Mari Berhibur (Walaupun Kerja Berlambak)




mari meriangkan hati =)

Terasa mahu belajar bermain piano walaupun bass belum master lagi.

Siapa mahu ajar?







p/s: project aku belum siap lagi.. huhu.. walaupun??