21.3.09

Mimpi



K
ata orang, mimpi itu mainan tidur. Ia seolah-olah flashback semula apa yang kita pernah fikir semasa kita berada dalam keadaan sedar. Tidak kisahlah jika perkara itu kita fikirkan cuma dalam beberapa saat ataupun sepanjang hari. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini tapi aku pernah terbaca mengenainya. Aku berminat untuk mengetahui kenapa kita boleh mimpikan sesuatu perkara walaupun kadang-kadang kita tidak pernah jangka kita akan mimpikan benda itu. Lebih-lebih lagi mimpi yang buat kita termenung sejenak kerana mimpi itu seolah-olah ada maksud tertentu, ada pesanan untuk kita aware, & kita kena fikir jalan cerita mimpi itu untuk memahami mimpi tersebut. Oh ya, aku sudah ingat. Aku baca fakta mengenai mimpi itu ketika aku berada di sekolah teknik dahulu. Kamu ingat lagi buku teks pendidikan jasmani yang berwarna krim+coklat muda itu? buku teks kamu lain? atau kamu sudah lupa alam persekolahan kamu? jangan lupa, itu kenangan sepanjang masa. Berbalik kepada mimpi tadi, waktu terjaga juga boleh mempengaruhi kadar ingatan terhadap mimpi. Kalau kita terkejut+tersedar ketika mimpi, kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah 100%. Berlainan pula kalau kita mimpi, tetapi tidak terjaga ketika mimpi itu berlaku. Kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah nipis. Ini adalah kerana peratus memperingati jalan cerita mimpi dan plot jalan cerita mimpi bertindak-balas mengikut bentuk loceng (bell-shaped). Aku kurang pasti mengigau ketika tidur terletak pada rise time waktu naik sebelum puncak cerita mimpi atau fall time waktu turun selepas puncak jalan cerita. Aku juga kurang pasti mengenai tindak balas ketika mimpi. Ianya bergantung kepada individu. Ada yang boleh berjalan ketika tidur, bercakap sendiri, bangun kemudian duduk seketika kemudian tidur semula & dia tidak sedar yang dia pernah buat begitu, tidak kurang juga yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang sopan ketika mengigau. Hmmm... Aku termimpi 3 cerita dalam 1 malam. Aku kurang ingat jalan cerita mimpi pertama tapi ianya mengenai aku berjalan-jalan yang mana menyambungkan mimpi pertama aku dengan mimpi kedua & ketiga. Mimpi kedua aku masih boleh ingat & gambarkan dengan jelas. Aku tidak tahu kenapa. Lokasi mimpi adalah kawasan simen tepi sungai. Kalau kamu tidak dapat bayangkan, cuba bayangkan Sungai Klang berdekatan central market KL. Aku berjalan-jalan di tepi kawasan itu kemudian terlihat sekumpulan kanak-kanak bermain ting ting. Aku berhenti, cuba memerhatikan gelagat mereka. Kemudian mataku tertumpu pada 2 orang kanak-kanak perempuan di bawah situ. Pelik. Dia bermain sambil mendukung seorang lagi rakannya di belakangnya. Kenapa dia mahu menyusahkan diri? bukankah lebih baik kalau mereka bermain secara berasingan?... Aku terus memerhatikan mereka. Kemudian aku terlihat sesuatu berdekatan kawasan budak-budak itu bermain. Aku senyum "oh, patutlah"... Kerusi roda itu terlipat kemas di situ. Kagum dengan setiakawan budak perempuan yang satu itu... =) Kemudian aku tidak tahu macam mana aku boleh berada di tempat lain. Masuk mimpi ketiga. Aku tidak tahu macam mana mahu menceritakan mimpi ketiga ini, tidak mahu ia terjadi lagi. Aku terjaga ketika aku mimpikan mimpi ketiga ini. Kemudian aku tersedar kelopak mataku berair ketika aku terjaga tadi. Jadi aku putuskan untuk tidak bercerita mengenainya. Cukuplah dengan nasihat kepada kita semua aku terutamanya. Sayangi orang-orang di sekeliling kita, keluarga kita, sahabat kita. Mereka mungkin tidak lama di muka bumi ini, kita juga begitu. Sekian.










p/s: mainan tidur.. jangan terlalu difikirkan..

2 comments:

mizz nina said...

mimpi=mainan tdo..
tp kalo sweet dreams best..
bgn pn hepy..
=)

AkuD kot! said...

kita menyayangi semua org disekeliling kita.. tapi adakah orang itu tahu kita menyayangi diri mereka? Kadang2 benda nie yang kita akan sesalkan jika org yang kita sayang itu dah tiada lagi..


P/S: Tersentuh dengan entry ini.. Selalu bermimpi begini.. ( Sebak..) huhu :'(