25.4.09

Menghitung Hari #3



Hari pertama selepas hari terakhir peperiksaan. Tidur dengan tenang walaupun semalam tidur agak lewat. Bahana daripada selalu berjaga sehingga siang. Padan muka. Itu akibat selalu melakukan kerja pada waktu-waktu akhir. Rajin macam orang yang buat projek berjuta-juta tapi kerja tidak siap-siap juga. Aku semakin hilang mood mahu menjadi rajin. Terasa seperti diri yang dulu sudah hilang. Langsung tiada motivasi untuk belajar sedangkan pointer sudah berada jauh daripada aim asal. Kecewa.

Mengharapkan keputusan semester ini akan menjadi agak baik supaya pointer boleh naik semula tapi nampaknya kecewa lagi. Markah optic sudah keluar walaupun belum 100%, tapi sudah boleh dijangka keputusan yang akan diperolehi. Kecewa. Markah retest antenna juga sudah aku lihat. Sangat-sangat mengecewakan. Sudah berkira-kira mengenai markah yang bakal diperolehi dan jangkaan agak menakutkan. "adakah sejarah akan berulang lagi...". Semakin kecewa.

Draf thesis belum dikembalikan. Menyebabkan segala perancangan untuk bertungkus-lumus menyiapkan thesis di hujung minggu terbantut. Assignment juga belum siap. Padahal minggu depan sudah mahu meninggalkan kota Melaka untuk selama-lamanya. haha.. Mungkin juga tidak. Markah antenna belum keluar lagi. Jangan terlalu yakin bak kata orang.

Proses menghitung hari semakin giat dilakukan oleh semua orang. Merancang segala aktiviti dan berkira-kira waktu yang sesuai untuk meninggalkan negeri Melaka. Terasa masa semakin singkat. Serius. Dan banyak lagi yang belum dilakukan. Banyak tempat juga yang tidak dilawati. Sekarang baharu-lah terasa semua itu. Masa-masa mahu pulang baharu-lah sibuk terasa mahu ke sana ke mari. Masa awal-awal dulu tidak pula. Baru tahu. Padan muka.

Semua orang semakin sibuk sekarang. Sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang akan pulang sementara, ada yang akan terus berusaha menyiapkan sisa-sisa kerja di akhir pengajian. Mungkin ada yang sudah sibuk membeli pakaian untuk dinner. Apa? Kamu sudah membelinya di awal semester dahulu? Wahh.. Semangat... Bagus. Bagus. haha.. Jangan lupa tema. Walaupun aku sampai sekarang masih kurang faham tema sebenarnya. Lantaklah.. Yang penting kita bergembira malam itu. Itu matlamat kita bukan? Kita bergembira sebelum kita mencari haluan masing-masing. Tapi siapa yang menyusun atur cara majlis? Kalau mahu tahu atur cara majlis boleh?

Ada orang berkata hatinya berdebar dan dia tadak tahu kenapa. Hatiku juga berdebar tetapi aku tahu kenapa hatiku berdebar. Ada tiga perkara yang menyebabkan ianya berdebar; antenna, psm, kerja. Keputusan antenna yang sangat-sangat menakutkan, thesis psm yang tidak siap-siap lagi walaupun tarikh akhir penghantaran thesis BERJILID adalah pada minggu hadapan, dan juga otak yang sentiasa berfikir " macam mana mahu dapat kerja kalau pointer teruk macam ini?" Kamu tidak berdebar? Kamu hebat. Tidak mengapalah..

Cukup untuk kali ini. Mahu keluar membeli ribbon untuk dipakai oleh rakan-rakan nanti. Kamu ada cadangan di mana tempat yang ada menjual semua itu? sms cepat. haha.. chow~







4 comments:

Seyn Jukey said...

tiba2 aku rasa sedih plak baca entri ko ne.haish

jgn lupe,jamming paling tak best semalam pada malam pertama selepas tamat peperiksaan.haha

mizz nina said...

dh jmpe ribbon...without u...

Odette said...

@seyn, entri kau lg menyentuh hati. jgn risau, aku ada entri khas utk semua rakan-rakanku d cni nnti..

@mizz nina, sibuk buat hal sendiri

Shepha said...

dan juga otak yang sentiasa berfikir " macam mana mahu dapat kerja kalau pointer teruk macam ini?" Kamu tidak berdebar? Kamu hebat. Tidak mengapalah..jangan risau.
pointer aku pun tidak menarik.
alhamdulillah masih berpeluang bekerja walaupun lambat dapat kerja.
cuma pastikan kau buat muka comel masa interview.