6.5.09

Penat



Aku sudah penat
Serius
Aku sangat-sangat penat
Tanya mereka yang berada di sekeliling aku
Tanya mereka yang turut merasai apa yang aku rasa
Tanya dia yang terpaksa menjadi mangsa tunjuk ajar pada pukul 5 pagi
Tanya dia yang selalu melihat aku tertidur di meja ini
Tanya mereka yang menjadi mangsa emosi aku kebelakangan ini
Paling tidak pun
Tanya pada aku yang terpaksa tidur pada pukul 7.30 pagi
Kemudian bangun semula menghadap apa yang aku hadap sebelum tidur tadi

Aku emosi
Serius
Terlalu banyak yang aku terpaksa selesaikan
Laporan sepanjang 84 muka surat itu sudah cukup membebankan
Belum termasuk laporan-laporan lain
Orang lain sudah bersenang hati
Aku pula semakin sakit hati

Jadi tolonglah
Kalau ada sesiapa yang punya mesin masa
Tolonglah cepatkan waktu ini
Aku sudah tidak mampu
Terlalu penat
Serius
Sampai terasa mahu mati beberapa hari









p/s: maaf kepada yang menjadi mangsa

5 comments:

.::aDa::. said...

walaupun aku dh ade kt kampung, tapi, horn aku x hantar lagi. jadi, jangan risau, kau x kesorangan..huhu

mizz nina said...

ada???npe xanta horn lg..hehehehe

Unknown said...

kamon2.....kamon dona kamon...sikit je lagi tu...

.::aDa::. said...

aku x hanta sebab x siap.aku bodoh cst..huhu..ni dh kt kampung lagi haru biru..terpaksa mintak dor tolong simulatekan..adoiilaaa

Haryani said...

"Tanya dia yang terpaksa menjadi mangsa tunjuk ajar pada pukul 5 pagi"-demi rakan2 tidak menjadi masalah (:

but now anda suda free.saye maseh terketai2 lg uhuk2 ):