19.10.09

Tak-Tahu-Berapa-Banyak in 1


Sudah berapa siri update blog yang aku terlepas. Banyak event yang melibatkan gambar-gambar tapi semuanya menggunakan kamera orang lain. Biasalah, model memang begitu.. haha.. Bermula daripada Malam Reunion BENT, Majlis Konvokesyen, Majlis Perkahwinan, Majlis Beraya-di-rumah-kawan-kepada-kawan-serta-kawan-kawan, sampailah ke majlis yang kurang formal seperti majlis berjalan-jalan, bergambar-gambar, bergedik-gedik, yang banyak membuang masa serta membuang duit. Banyaknya event, tapi gambar semua masih berada di tangan semua tuan-tuan punya kamera. Jadi tiada modal mahu update blog (padahal malas).

*mencari idea mahu bermula dari mana.

Pertama sekali, TAHNIAH kepada encik Odette kerana berjaya menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di menara gading tanpa sebarang kelewatan & penundaan pengajian. Akhirnya segala penat lelah selama 1 tahun 4 tahun berakhir juga. Sama sepertimana masih terasanya bahang majlis konvokesyen sampai sekarang, begitu jugalah masih terasanya perit dugaan menyiapkan Projek Sarjana Muda sepanjang berada di tahun akhir. Mungkin ada yang lebih mudah dugaannya, tapi bagi aku, bergelar pelajar tahun akhir adalah tempoh yang paling mencabar sepanjang aku berada di alam universiti. Semester satu tahun empat begitu menghampakan. Sampai satu ketika terasa mahu mengalah saja kerana terasa seperti sudah tidak berdaya lagi untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Tanya mereka yang menjadi tempat mengadu. Serius. Cuma pesanan orang tua yang membuatkan aku terus berusaha untuk bertahan & alhamdulillah, aku berjaya bertahan. Sebak seketika apabila mendengar lagu UTeM terbilang. Teringat semua keperitan & kepayahan menempuhi dugaan sepanjang bergelar pelajar. Semua itu sudah tamat. Gembira tahap tertinggi kerana berjaya mengembirakan kedua-dua orang tua. Terharu bila orang tua menyebut "Bapa bangga dengan kau". Hampir bergenang air mata gembira. Tapi lelaki macho mesti kawal emosi. hehe.. Jadi aku cuma balas dengan senyuman penuh erti kepada mereka. Aku tahu mereka faham. Kemudian bergembira bersama rakan-rakan yang turut bergraduasi. Posing ikut suka hati, ambil gambar pun sesuka hati tapi tidak tahu kamera siapa. Baru aku tahu macam mana rasanya kalau artis diminta ambil gambarnya. Pening dengan flash.

Oh ya, malam sebelum raptai ada acara makan-makan sempena Reunion BENT. Datang agak lewat daripada rakan-rakan yang lain kerana sibuk mencari barang-barang persiapan konvokesyen tapi hampa. Belum lengkap sudah terpaksa bergerak ke Melaka kerana tidak mahu terlepas berjumpa rakan-rakan. Nasib baik semua kelengkapan berjaya disediakan sebelum majlis konvokesyen. Terima kasih kepada Atta yang membantu memilih barang-barang. Kembali kepada acara makan-makan tadi. Walaupun tidak semua menghadirkan diri, tapi sekurang-kurangnya mereka-mereka yang ingin ku lihat wajahnya hadir. Berjaya MENYUMBANGKAN beberapa buah lagu. Maaf kepada mereka yang sakit telinga. Baru lepas makan. Minyak-minyak lauk masih tersangkut di tekak. hahaha... Gembira dapat berjumpa semula rakan-rakan. Selepas ini tidak tahu bila lagi boleh berkumpul ramai-ramai semula. Jangan lupakan aku wahai rakan-rakan.

*habis cerita konvokesyen. Cerita selepas konvokesyen pula.

Untuk pertama kalinya sepanjang 23 tahun menjadi manusia di muka bumi & beberapa bulan mengidam, akhirnya aku berjaya makan cupcake buat kali pertamanya. haha.. Tapi cupcake tersebut tidak sedap langsung. Harga pula mahal. Jadi aku malas mahu bercerita mengenai cupcake tersebut. Terasa rugi.

cupcake yang tidak sedap

*tiba-tiba hilang idea.hmmm..

Selamat pengantin baru kepada kekasih cerah, Eila yang telah selamat dinikahkan dengan kekasih pilihan hatinya. Cemburu dengan kamu. Hampir tidak kenal dengan pengantin wanita. haha..

Acara terakhir, sesi bergambar di Putrajaya. Aksi agak kurang lincah pada petang itu. Mungkin kerana sudah kepenatan. Sama penatnya dengan menaip sambil berfikir mengenai apa yang aku sudah lakukan sepanjang bulan ini. haha..

*okay, serius sudah penat.

Banyak lagi rasanya aktiviti yang aku tidak masukkan. Kenangan berkenalan dengan gadis bernama Vera juga tidak aku masukkan. Nanti ramai yang curious. haha.. Mood mahu menaip tiba-tiba hilang sebenarnya. Otak tiba-tiba menjadi kurang aktif. Jadi aku berhenti di sini sahaja.
Tamat.





p/s: terasa seperti mahu tambah playlist lagu. tambah @ buang saja?

1 comment:

rAmiZa.mY said...

nt kte g wondermilk..
at least cupcake wondermilk lebey sdap dr yg itu..btw, ak da lama abeskn buku yg ak beli aritu..jom cari buku len pula

ak da knal da sape dak yg dtg lmbt aritu!

vera,vera..encek karis eh kasri nk nombor telepon awak