31.12.10

2010 + 1


Esok, angka tahun akan berubah. Bertambah setahun lagi ke angka 2011. Sedikit review untuk tahun 2010 (memang tahun 2010 tidak banyak yang aku buat pun.. haha), perkara terpenting yang mempengaruhi kitar kehidupan aku sebagai bekas pelajar universiti ialah mendapat pekerjaan. Hampir setahun menganggur, 3 interview kerja, 2 berjaya, tapi cuma 1 yang agak relevan untuk diterima sebagai permulaan kerja. Selain itu, kejayaan melampau-lampau untuk menambah berat badan. Matlamat utama sebenarnya cuma untuk nampak berisi tapi tersilap langkah. Haha. 6 bulan pertama, tidak banyak yang menarik. Berlegar di sekitar negeri sendiri. Merayau-rayau menghabiskan duit. Belajar untuk berniaga. Masa banyak dihabiskan dengan melepak. Dalam 6 bulan pertama ni juga banyak ahli keluarga yang 'pergi'. 6 bulan terakhir, kehidupan semakin sibuk. Mula bekerja, dan mula merantau ke tempat-tempat lain. Kebanyakan yang berlaku dalam tempoh masa ini berkaitan dengan kerja. Agak menarik tapi ada juga yang kurang menarik.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang 2010, agak sedikit aktiviti berfaedah yang aku lakukan. Kehidupan agak normal (kecuali ada orang yang ingat aku adalah seorang anggota polis. I fooled you.. haha), dan ada beberapa ilmu hidup yang aku telah pelajari. Separuh boleh diamalkan, separuh lagi cuma untuk golongan tertentu. Haha.

Untuk tahun 2011, ada beberapa perkara yang aku mahu capai:

Kerja
Pengalaman bekerja sememangnya mengajar aku banyak perkara. Untuk orang-orang yang naif seperti aku, sudah semestinya culture shock. Tekanan daripada orang atasan, rakan sekerja, budaya 'senior', dan budaya hidup di tempat orang banyak mengganggu pemikiran aku sepanjang waktu bekerja. Jadi, untuk tahun 2011 nanti aku akan cuba untuk memperbaiki kualiti kerja. Tempoh probation akan tamat, dan aku harap aku akan dapat kebenaran untuk bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. "Saya Indiependent, Saya Ok"

Kehidupan
Kehidupan sepanjang tahun lalu agak kurang menarik. Jadi untuk tahun 2011, aku akan cuba untuk isi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Persediaan sudah mula dilakukan. Cuma menunggu masa sahaja :)
Mungkin aku akan cuba untuk mengembara sebanyak mana yang boleh. Pergi ke tempat-tempat yang sebelum ini aku cuma boleh cadangkan-tapi-tidak-pergi disebabkan ketiadaan sumber kewangan yang tetap. Sarawak mungkin akan menjadi salah satu destinasi. Ajakan percutian juga boleh tahan menarik. Luar negara mungkin belum lagi, tapi mana tahu kan?

Kewangan
Buat masa ini, tidak banyak yang boleh dilakukan. Masalah kewangan agak mengganggu perancangan tahun ini. Untuk tahun 2011, aku akan mulakan cara menjaga kewangan yang baru. Kalau sebelum ini, aku mengamalkan skim berbelanja-dan-berjimat, untuk tahun 2011 nanti aku akan cuba mengamalkan skim berjimat-dan-berbelanja. Cara ini bagi aku lebih menguntungkan berbanding cara sebelum ini kerana perbelanjaan akan dilakukan 1 atau 2 hari sebelum gaji bulan akan datang masuk. Maknanya, bila gaji bulan ini masuk, proses berjimat mula dilakukan. Perbelanjaan pula akan dilakukan di hujung bulan sebelum gaji bulan akan datang masuk. Agak-agak boleh diamalkan tak? Hahaha

Matlamat
Matlamat tahun 2010 sudah tercapai. Matlamat sebelum kerja pula masih berada di awang-awangan. Ada masalah kelewatan untuk dimulakan kerana kewangan yang belum stabil buat masa ini. Untuk tahun 2011, aku akan teruskan untuk mencapai matlamat sebelum kerja dan cuba untuk mencapai matlamat tahun ini pula. Apa matlamat aku tahun ini? Rahsia :D


Yang lain, belum boleh disentuh. Nanti. Haha. Selamat Tahun Baru 2011 Semua!



p/s: harap-harap planning malam nanti jadi :)

26.12.10

Selamat Pagi Sayang



lagu pagi dalam minggu ini. tapi bukan kelmarin.



p/s: jatuh hati dengan rambut baru Noh. huhu

20.12.10

Percubaan Untuk Kembali

Sudah terlalu lama meninggalkan blog menyepi.
Semakin banyak yang tertinggal.
Semakin banyak yang perlu dikejar.
Bahan-bahan bacaan pula semakin kurang kerana ada yang berpindah nama.
Tidak mengapa.
Akan ku cuba menjejaki kamu.

Kepada yang masih kabur,
Alhamdulillah aku sudah bekerja.
Kerja kuli yang aku kira agak menarik.
Dan memerlukan sesuatu untuk dikongsikan.

Kehidupan seperti biasa.
Cuma tanggungjawab mulai terasa.
Tidak mengapa, itu tanda kita dewasa :)

Ini percubaan untuk kembali
Kembali kepada dunia yang lama
Kita kurangkan emosi
Tapi kekalkan perasan yang sedia ada :p




p/s: sumbang? kita tak peduli~ haha

24.9.10

22.9.10

Dengarlah Dunia

Aku mahu teriak kepada kamu...


YES!!!!
YES!!!!
YES!!!!


puas hati? haha. sabar kau jo!..
p/s: sakit jiwa datang melanda

22.7.10

Tiba-tiba Terasa


Aku rindu...

kamu,

kamu,

&

kamu sekalian..


demmit!~



29.4.10

Kasi Tiup-tiup Sikit

Fuhh.. Fuhh.. Fuhh..

Kasi buang sikit habuk-habuk dalam blog ni. Hampir 3 bulan tanpa sebarang update. Tak lah terlalu lama pun kan.. Lagipun tiada cerita yang menarik sepanjang berada di tanah negeri sendiri ni. Semua pun tahap-tahap malas nak cerita. Tahap mengeluh lepas tu lupakan.. Dalam 2 bulan ni aku giat mencari pekerjaan dalam bidang Elektronik. Jangankan Engineer, technician pun haram nak jumpa. Nasib baik ada juga orang yang sanggup tolong carikan kerja kosong. Tapi itupun belum tentu lagi dapat. Haih.. "Tuan Haji, tolonglah saya.. Bagilah saya kerja di tempat tuan..".. Hidup seharian terasa macam terlalu perlahan. Encik Telekom yang aku mintak tolong pasang phone line pun belum datang-datang sampai sekarang..

Selamat Hari Jadi kepada kekasih gelap, Odette :)
Nanti aku datang ke sana lagi untuk bawa kamu ke sini. Someday lah yang pasti.. Bila? Tunggu duit dulu..


*
*

Cukuplah. Tiada idea.
Haha..


p/s: sambung lain masa. haha

13.1.10

Dilema

Buntu
Buntu
Buntu

Buntu

Buntu


Aku benar-benar buntu..





p/s: kawan-kawan, tolong.. haish..

2.1.10

2010

selamat tahun baru 2010

azam baru tahun ini lebih mencabar nampaknya..







p/s: miss me? haha