Esok, angka tahun akan berubah. Bertambah setahun lagi ke angka 2011. Sedikit review untuk tahun 2010 (memang tahun 2010 tidak banyak yang aku buat pun.. haha), perkara terpenting yang mempengaruhi kitar kehidupan aku sebagai bekas pelajar universiti ialah mendapat pekerjaan. Hampir setahun menganggur, 3 interview kerja, 2 berjaya, tapi cuma 1 yang agak relevan untuk diterima sebagai permulaan kerja. Selain itu, kejayaan melampau-lampau untuk menambah berat badan. Matlamat utama sebenarnya cuma untuk nampak berisi tapi tersilap langkah. Haha. 6 bulan pertama, tidak banyak yang menarik. Berlegar di sekitar negeri sendiri. Merayau-rayau menghabiskan duit. Belajar untuk berniaga. Masa banyak dihabiskan dengan melepak. Dalam 6 bulan pertama ni juga banyak ahli keluarga yang 'pergi'. 6 bulan terakhir, kehidupan semakin sibuk. Mula bekerja, dan mula merantau ke tempat-tempat lain. Kebanyakan yang berlaku dalam tempoh masa ini berkaitan dengan kerja. Agak menarik tapi ada juga yang kurang menarik.
Berdasarkan pemerhatian sepanjang 2010, agak sedikit aktiviti berfaedah yang aku lakukan. Kehidupan agak normal (kecuali ada orang yang ingat aku adalah seorang anggota polis. I fooled you.. haha), dan ada beberapa ilmu hidup yang aku telah pelajari. Separuh boleh diamalkan, separuh lagi cuma untuk golongan tertentu. Haha.
Untuk tahun 2011, ada beberapa perkara yang aku mahu capai:
Kerja
Pengalaman bekerja sememangnya mengajar aku banyak perkara. Untuk orang-orang yang naif seperti aku, sudah semestinya culture shock. Tekanan daripada orang atasan, rakan sekerja, budaya 'senior', dan budaya hidup di tempat orang banyak mengganggu pemikiran aku sepanjang waktu bekerja. Jadi, untuk tahun 2011 nanti aku akan cuba untuk memperbaiki kualiti kerja. Tempoh probation akan tamat, dan aku harap aku akan dapat kebenaran untuk bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. "Saya Indiependent, Saya Ok"
Kehidupan
Kehidupan sepanjang tahun lalu agak kurang menarik. Jadi untuk tahun 2011, aku akan cuba untuk isi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Persediaan sudah mula dilakukan. Cuma menunggu masa sahaja :)
Mungkin aku akan cuba untuk mengembara sebanyak mana yang boleh. Pergi ke tempat-tempat yang sebelum ini aku cuma boleh cadangkan-tapi-tidak-pergi disebabkan ketiadaan sumber kewangan yang tetap. Sarawak mungkin akan menjadi salah satu destinasi. Ajakan percutian juga boleh tahan menarik. Luar negara mungkin belum lagi, tapi mana tahu kan?
Kewangan
Buat masa ini, tidak banyak yang boleh dilakukan. Masalah kewangan agak mengganggu perancangan tahun ini. Untuk tahun 2011, aku akan mulakan cara menjaga kewangan yang baru. Kalau sebelum ini, aku mengamalkan skim berbelanja-dan-berjimat, untuk tahun 2011 nanti aku akan cuba mengamalkan skim berjimat-dan-berbelanja. Cara ini bagi aku lebih menguntungkan berbanding cara sebelum ini kerana perbelanjaan akan dilakukan 1 atau 2 hari sebelum gaji bulan akan datang masuk. Maknanya, bila gaji bulan ini masuk, proses berjimat mula dilakukan. Perbelanjaan pula akan dilakukan di hujung bulan sebelum gaji bulan akan datang masuk. Agak-agak boleh diamalkan tak? Hahaha
Matlamat
Matlamat tahun 2010 sudah tercapai. Matlamat sebelum kerja pula masih berada di awang-awangan. Ada masalah kelewatan untuk dimulakan kerana kewangan yang belum stabil buat masa ini. Untuk tahun 2011, aku akan teruskan untuk mencapai matlamat sebelum kerja dan cuba untuk mencapai matlamat tahun ini pula. Apa matlamat aku tahun ini? Rahsia :D
Yang lain, belum boleh disentuh. Nanti. Haha. Selamat Tahun Baru 2011 Semua!
p/s: harap-harap planning malam nanti jadi :)
3 comments:
selamat tahun baru odette. semoga ko kaya dan boleh belanja aku dan seyn. haha
ko mcm buat karangan menda tah..
hahahaha
btw, tukar gk tanah kt sini
@anisnadia: hepy nu year nan! :D
@ramiza.my: perancangan mengikut tajuk. haha
Post a Comment