Sekarang aku serius tengah hilang dari diri yang asal. Semua perkara aku abaikan. Aku perlu tempat untuk melepaskan sakit di jiwa. Jadi kenapa aku luahkan di sini? Di sini lebih aman. Blog ini tempat aku bercerita. Blog ini juga bukan umum. Tidak semua tahu. Itu lebih bagus bagi aku. Memang mengganggu jiwa bila kita rasa kita perlu luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak kita, tapi kita tidak dapat nak luahkan. Semua atas dasar untuk menjaga hati orang lain & hubungan yang ada. Serius boleh membuatkan hati jadi kurang selesa, sesak, & kemudian mengganggu emosi seharian. Kamu mungkin jenis yang lebih suka meluahkan perasaan di facebook @ twitter or maybe both, tapi aku tidak. Aku luahkan kalau aku berdepan dengan kamu, face to face. Bukan secara public. Orang lain tidak perlu tahu masalah yang tiada kaitan dengan mereka. Aku benci andaian-andaian murah orang lain. Itu sebabnya. Kalau kamu ada masalah dengan diri aku, please, let me know. Beritahu depan-depan. Jangan diamkan diri, buat macam tiada apa yang jadi, tapi belakang sakit hati. Untuk apa? Atau kamu mahu aku betul-betul hilang?
No comments:
Post a Comment