9.5.11

Otak Melayang

Orang cakap bila kita kuat termenung, otak jadi sempit. Rezeki jadi mahal. Bila rezeki mahal, mula lah hidup huru-hara. Sana sini pening. Bila pening-pening, mulut mesti mengeluh. Haih.. Dua tiga menjak ni aku makin kerap termenung. Fikir itu, fikir ini.. Tapi kalau berfikir secara mendalam mestilah termenung kan? Baru banyak imaginasi timbul.. Mungkin sebab terlalu kerap termenung a.k.a. berfikir, aku selalu terlupa benda lain. Kesibukan juga menjadi salah satu sebab. Aha, kesibukan.. Sekarang macam terlalu sibuk. Sampai perkataan 'tertidur' macam jadi perkataan fevret. Tidur selalu tidak cukup. Semua sebab KPI company yang merepek-repek. Kerja macam 24 jam untuk company. Serius macam kuli. Makan pun makin kurang terjaga. Ketiadaan kenderaan sendiri memang mengongkong segala aktiviti. Plan utk potong rambut, develop filem, beli barang, merayau-rayau, semua tertangguh. Hal-hal lain boleh tahan lagi tapi bab makan tu yang agak membengangkan. Tapi terpaksa sabar sebab belum mampu untuk ada kenderaan sendiri.

Kelmarin hari ahad. Terpaksa duduk rumah sebab tiada kenderaan untuk keluar. Kereta yang selalu aku pinjam tak available. Housemate aku keluar seharian. Balik tengah hari lepas tu keluar lagi. Tinggal aku sendiri di rumah. Bosan tak payah cakap. Tambah pula emosi macam ombak, so habiskan hari ahad dengan termenung bertemankan facebook & youtube. Lama melayan diri, barulah housemate aku balik. Pukul berapa, aku tak ingat. Yang aku ingat, dia balik time aku rasa lapar. Siang tu cuma makan roti. Kebetulan ada game Manchester United lawan Chelsea, boleh lah tengok sekali biarpun mood tengok bola tak berapa nak ada. Aku tengok beg, ambil semua yang patut, then pergi cari kedai makan.

Sampai kedai, aku cuba cari meja yang kosong. Hampir penuh. Yang ada cuma 1. Kosong sebab kedudukan meja tu tak boleh tengok full view skrin projector. Tapi boleh lah.. Yang penting makan.. Order Nasi goreng Pattaya & Teh O suam 2 gelas. Habis makan, rileks-rileks layan bola. Hujung-hujung game, baru aku tersedar. Tadi sebelum keluar rumah, aku pandang dompet aku, tapi aku tak ambil pun... shit!





p/s: semakin kurang pandai untuk bercerita.

No comments: