9.8.08

Perasaan Perasan Bosan

hmm..

bosan?
ya.. itulah sedang aku rasakan. banyak aktiviti yang aku boleh lakukan tapi tiada satu pun yang boleh menghilangkan bosanku.

blog?
aku masih dalam proses pembelajaran. mengenali selok-belok & teknik-teknik penipuan blog.

tipu?
aku sudah lali dengan perkataan itu. muak. penipu menipu si penipu.

sedih?
tiada apa yang harus disedihkan. belajar untuk jatuh sebelum kamu belajar untuk melompat kerana lompatan kamu akan memungkinkan kamu untuk jatuh. jadi bersedialah untuk jatuh terlebih dahulu.

politik?
aku tidak suka dengan politik. politik ada di mana-mana. ada orang pernah memberitahu aku "tak da yang bersih dalam politik. sini kutuk sana, sana kutuk sini. padahal semua pun guna taktik kotor. beza nampak atau tidak saja".

percaya?
aku tidak tahu siapa atau apa yang harus aku percaya. mulut yang berkata-kata atau fikiran yang mentafsir pemerhatian.

marah?
jangan diikutkan kemarahan itu. marah itu berpunca dari kamu sendiri. dari bara hati kamu yang kian merah menyala. sehingga kamu tidak sedar api kemarahan sedang membakar dinding kesabaran yang tipis itu.

kecewa?
tidak. aku tidak harus kecewa. aku seharusnya gembira. gembira menjauhkan aku dari kecewa. kecewa yang membuatkan aku murung & lupa bahawa ada banyak kegembiraan yang boleh menghilangkan kekecewaan itu.

aku sudah lemaw..

No comments: