14.10.08

LAIN KALI JANGAN TIDUR LAMBAT

MASA: 09.00 - 11.00
TEMPAT: Bilik Kuliah 10
SUBJEK: Digital Communication System

Aku pun pelik macam mana aku boleh mengalami kejadian ni. Mungkin sebab aku sudah hampir jadi seperti makhluk itu. Mungkin juga sebab aku terlalu banyak berfikir. Berfikir sampai kepenatan. Lesu sehingga mata menjadi telalu kuyu (tapi bukan macam telur burung puyuh). Aku kurang pandai bercerita. Jadi aku cuma bercerita mengikut sudut perspektif pandangan mangsa kejadian a.k.a. aku sendiri.

OK..

Mula..

Pagi tadi aku memang tidur lambat. Dalam pukul 6 lebih baru aku tidur. Sibuk memberi komitmen kepada semua tugasan-tugasan, laporan-laporan, rakan-rakan, makan-makan, & juga jalan-jalan. hahaha.. Aku merepek. Bukan, bukan itu. Aku sibuk memikirkan apa yang aku mahu lakukan sebelum aku mengantuk. Aku lihat jam, "baru pukul 3"... Aku kembali berfikir... Kemudian mengambil keputusan membuat pengiraan untuk projek sarjana muda aku setelah aku melihat itulah jalan untuk aku memperolehi kegembiraan sebelum aku melelapkan mata malam tadi. Aku gembira kerana aku sudah melihat langkah-langkah pengiraan yang aku perlu lakukan tanpa perlu bertanya kepada orang lain yang sedang lena diulit mimpi perasan mereka sendiri (termasuklah yang mimpi bawak porsche merah sampai accident.. haha.. jangan ambil hati beb)...
Ok, kembali ke cerita.. Sedar tak sedar, sudah pukul 6.. Aku tidak gembira kerana pengiraan aku tidak seperti yang aku jangka. Puas mencari jalan penyelesaian tapi hampa.. Nampaknya usaha aku malam ini sia-sia sahaja.. Tak mengapa.. Siang nanti aku usaha pula.. Jadi, sebelum aku duduk tertidur di atas kerusi kuning aku, cepat-cepat aku bentangkan tilam 'empuk' aku supaya aku boleh berehat. Berehat sambil mengumpul tenaga untuk mendengar kuliah yang sangat menarik siang nanti..


aduh.. penat pulak menaip..


Dipendekkan lagi cerita, kerajinan aku semalam nampaknya memakan diri. Aku jadi terlalu mengantuk sampai mahu membuka kelopak mata pun macam setengah mati. Aku masih berusaha untuk mendengar kuliah walaupun terkadang aku 'tertewas seketika'. 'tertewas tapi masih berjuang'.. haha.. Satu benda yang aku pelik & masih aku boleh ingat masa aku 'tertewas', aku bermimpi.. Walaupun sekadar beberapa minit, aku boleh termimpi.. Mimpi berada di dalam bilik kuliah yang sama, mendengar kuliah yang sama, rakan-rakan yang sama, kedudukan yang sama... Cuma satu yang lain.. Aku nampak kura-kura lalu kat atas meja depan aku.. Lalu dengan penuh perlahan kemudian hilang ( sebab aku tersedar ).. Aku jadi pelik. Termenung seketika. & sampai sekarang aku terfikir, kenapa kura-kura??..








p/s: kerja aku belum siap-siap juga...

9 comments:

Anonymous said...

membuta kelopak mata tu macam mana. ala ~ala pitam ke?

AkuD kot! said...

y Kura-Kura...??
Sbb hidup d bayangi Kura-Kura...
Haha... Mesti tersnyum sndiri lepas mimpi 2... Hehe..
Knp Kura-Kura...hurmmm.....

Odette said...

projekmah: typing error.. laju sgt menaip.. haha

d-la: haha.. knapa kura-kura kn..

Shepha said...

betul.
kenapa ya kura-kura?
bukan tikus?
bukan tuntung?

*muskil*

KingKamil said...

sh*T, ko high dlm kelas~! berani ko xajak aku..

Odette said...

she pha: kalo tikus, aku dah lari kot.. geli siot.. haha

kingkamil: meh.. meh.. lain kali aku ajak ko tdr kt surau lak..

Shepha said...

tikus better dr katak.
ku tak suke amfibia.

Anonymous said...

dona dan kura-kura memang dah mcm adik beradik da aku rase

Odette said...

razifmustapha: hahaha.. siot je.. tp cool what kura-kura. lek lek tenang je.. hahaha..