31.12.08

Hari Terakhir Di Tahun Ini



"esok tahun baru", itu ayat yang pertama sekali aku fikirkan bila aku mahu menaip tadi. Ya, esok tahun baru. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2008. Hari yang ke 365 untuk tahun ini. Banyak yang berlaku sepanjang 365 hari yang lepas tapi sudah pasti hanya ada dua situasi; suka & duka. Aku masih ingat masa aku berada di hari yang sama tahun lepas, ramai orang berkata tahun 2008 akan menjadi tahun bertuah. Sebab apa? mungkin sebab angka 8 yang berada dibelakang itu. Sebab angka itu kononnya membawa tuah. Abaikan.. Ada juga yang menganggap tahun 2008 akan menjadi sebaliknya (kebanyakannya yang aku dengar dari sudut politik jadi aku malas mahu mengulas mengenai hal itu. nanti aku kena tahan pula).

Hari ini hari terakhir. Jadi rumusannya? bertuah atau tidak? bagi aku, tahun 2008 lebih banyak cerita yang kurang menarik berbanding yang menarik. Mereka-mereka yang selalu berada di samping aku tahu kenapa aku berkata sedemikian. Aku malas mahu bercerita secara detail. Cukup untuk berkongsi bahawa aku berada dalam keadaan yang sangat s*cks sepanjang tahun ini. Semakin ke hujung tahun, hidup aku semakin s*cks sampai aku boleh tergelak sedangkan aku patut sedih. Pelik bukan? aku sudah kurang betul. hahaha..

Tapi bukan semua yang kurang menarik itu mengecewakan aku. Ada juga yang mengajar aku tentang beberapa perkara dalam hidup. Perkara yang kita boleh cakap dengan senang apabila bukan kita yang mengalami situasi itu tapi bila perkara itu menimpa diri kita sendiri, barulah kita terfikir hidup kita tidak selalu seperti yang kita jangkakan. "ini semua dugaanNya..." bak kata Noh Hujan. haha.. sengal..

Aku juga belajar untuk mengenali orang lain. Belajar untuk melihat orang di sekeliling aku dengan lebih peka. Cuba untuk memahami orang lain & berfikir jika aku mengalami situasi yang mereka alami. Cuba untuk menerima orang lain seadanya walaupun orang itu kurang menerima kamu seadanya & yang paling penting, belajar untuk jujur dalam semua benda. Aku tidak tahu sudah berapa kali aku bercerita mengenai perkataan "jujur" sepanjang hidup aku. Sudah hilang mood mahu bercerita mengenai benda yang sama. Cukup dengan quote "aku benci penipu". Tapi aku rasa mahu tergelak dengan quote itu. Pelik.. Nasihat aku kepada kamu, jangan menipu kalau kamu kurang bijak menipu.. Kamu tidak tahu kesannya terhadap orang yang kamu tipu kalau orang itu dapat tahu kamu menipu. Titik.

Yang gembira? haha.. Aku mula berjinak-jinak dengan muzik. Benda yang aku memang teringin hendak beli pun aku sudah berjaya beli. Malah aku sudah punya satu lagi yang aku memang mahu beli lain kali tapi terima kasih kepada rakan-rakan yang memahami, aku dapat lebih awal dari jangkaan. hehe.. Sekarang masih dalam proses pembelajaran. Ada banyak lagi yang aku kena pelajari.Tahun ini juga aku berjaya mencapai matlamat hidup yang ke-4. Maknanya 2 matlamat aku sudah berjaya aku penuhi tahun ini. yeay~ Banyak sebenarnya matlamat hidup tapi yang paling penting buat masa ini ada 7. Matlamat yang ke-4 & 5 sudah berjaya dicapai. Yang lain mungkin sedikit masa lagi (atau mungkin lama) bergantung kepada rezeki.

Apa lagi? aku kurang bijak bercerita sebenarnya. Ada banyak yang disimpan di dalam kepala otak tapi kurang bijak untuk mengekspresikannya (kalau salah bahasa jangan tegur) ke dalam blog. Kalau kurang percaya, tanya mereka yang selalu menjadi mangsa tempat aku bercerita. Memang mereka akan cakap benda yang sama; "kurang faham"... baik.. baik.. baik.. nanti saya masuk pertandingan bercerita supaya saya lebih bijak untuk bercerita.. ok?

Selamat tahun baru kepada semua. Buat azam baru kalau mahu. Kalau tidak, berhiburlah dengan mencuci mata. Jangan merempit malam tahun baru. Banyak road-block. roger-and-out.











p/s: kemalangan buat aku jadi fobia

Aku Tinggalkan Semua Kerja Aku Untuk Taip Benda Ni






dia: :D
aku: :D
dia: odette yg misteri




Baru tadi aku YM dengan blogger paling glamour dalam universiti aku; cik chokilala. Apa macam? jeles tak?









p/s: aku patut tidur. selamat malam

29.12.08

Aku Rasa Aku Perlukan Sesuatu




sudah 7.40 pagi tapi aku belum boleh tidur. format laptop sudah, download lagu sudah, jamming sudah, makan sudah, minum sudah.. banyak yang sudah aku buat tapi mata masih juga tidak mahu lelap.

berfikir? entah la. aku tidak tahu apa yang aku fikir tapi otak aku seperti tengah mahu berfikir. abaikan.. nanti aku sakit kepala pula sebab banyak berfikir pagi-pagi buta ni.

aku rasa aku perlukan sesuatu. untuk menenangkan hati & otak aku macam yang pernah aku buat dulu. jari hantu sebelah kiri aku perlukannya. hmm..

aku perlukan cincin. ada sesiapa yang sudi hadiahkan?










p/s: aku patut tidur sekarang ini.. bukan menaip

27.12.08

Moral Of The Story


Hari ini aku belajar satu perkara yang penting sebagai seorang pemandu kereta:




jangan memandu sambil bercerita





Tambah-tambah lagi kalau bergosip. Nanti boleh salah jalan sebab asyik bercerita.




25.12.08

Entri Hilang Mood & Komen

Mood untuk menaip aku masih belum ada sebenarnya. Aku masih belum ada idea mahu menaip mengenai apa. Jadi, waktu aku sedang menaip untuk entri ini, otak aku masih kosong. Sekadar menaip apa yang terlintas di kepala otak yang semestinya masih juga kosong akibat terlalu lama bercuti sehingga lupa untuk berfikir & termenung dahulu (seperti apa yang selalu aku lakukan. hahaha..) Kenapa kamu tidak gelak? Oh, kamu tidak faham.. Tidak mengapa.

Ok, seperti yang kita sudah ketahui dalam entri yang ini, aku mahu ceritakan serba sedikit mengenai benda yang aku buat sepanjang cuti yang lepas. Untuk mereka yang selalu bertanya soalan yang sama; "aku tidak pulang ke negeri asalku kerana ada urusan di sini". Urusan apa? Suka hati aku la.. hahaha.. Kenapa kamu tidak gelak juga? cis..

Sebelum hari 'URUSAN PENTING' tiba, aku (kalau mahu menggunakan bahasa kurang skema boleh tak? macam menarik) lepak dengan Marshall kat Cheras. Untuk mereka yang tidak mengenali Marshall, tanya encik Maoz. Dia kenal dengan Marshall tu. Banyak jugak la benda yang aku belajar dari Marshall tu. Kebanyakannya mengenai teknik-teknik pusing-pusing & cari-cari. Ya, kamu tidak salah baca. Jangan mengerut dahi macam tu..

Kemudian, aku ke sini...

Photobucket


Selepas itu ke sini untuk sesi photoshoot sesuka hati

Photobucket

Photobucket


dan ini.. =)

Photobucket

Komen? Bagi aku, ada banyak lagi yang perlu dipelajari & diatasi. Bak kata orang, "perlahan-perlahan kayuh".. Tapi perlahan pun kena konsisten. Tidak mengapa, itu cerita lain.

Apa lagi? itu sahaja.. Aku masih tiada mood mahu bercerita. Oh ya, sebelum terlupa. Selamat Hari Krismas kepada yang menyambut hari Krismas. Semalam aku hampir dicium oleh cina bangsat yang mabuk. Ergh... menggelikan...



Gambar: kredit kepada ajib, aku, & org yg tlg amek gmbr last..







p/s: cuba menggembirakan hati yang hancur... hmm...

21.12.08

Kembali Ke Melaka

Sekian lama bercuti sampai perasaan menaip entri untuk blog hilang untuk sementara. Lain kali aku ceritakan rumusan aktiviti sepanjang cuti kerana aku mahu pulang lagi ke kota drama seketika untuk memulangkan harta orang.

Aktiviti sepanjang cuti agak mendukacitakan tetapi ada juga yang menceriakan. Di sini aku letakkan beberapa point - point penting untuk kamu yang mahu tahu. Yang kurang berminat sila tekan petak tanda X di sebelah kanan atas sekali.

  • Berlatih
  • Melepak Melemaw
  • KL - Ipoh - KL - Melaka
  • Merakam
  • Gig

Mungkin update akan mengalami kelambatan buat ketika ini kerana banyak hal perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Terima kasih kerana sudi membaca. Mood terganggu seketika.

Keluar.











p/s: maaf rakan - rakan yang datang. persembahan kurang mantap