paku dulang paku serpih,
mengata orang memang kita yang lebih.
Minggu yang agak memenatkan juga menyibukkan bagi aku dan mereka yang sekelas denganku. Kamu sibuk juga? ya, mungkin semua orang juga agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan hal masing-masing. Belajar, bekerja, berjalan, berlari, bersukan, bermain hujan, bermesyuarat, melepak bersama rakan-rakan, dating dengan yang tersayang.. Well, banyak lagi yang boleh dilakukan. Kamu tahu sendiri.
Mood mengutuk memerhati kembali semula. Teringat tentang perbualan dengan seorang rakan tentang kaki kikis. Kenapa ada orang yang suka mengikis harta orang lain? Tidak kisahlah perempuan mengikis harta lelaki ataupun lelaki yang mengikis harta perempuan. Kalau perempuan yang mengikis, mungkin aku boleh terima lagi. Lelaki kikis harta perempuan? Apa pandangan kamu?
Cuba pandang dari sudut lain pula, si dikikis. Kenapa mereka tidak sedar yang mereka dimanipulasikan? dipergunakan sebagai medium antara si pengikis dengan harta mereka. Mungkin ada juga yang sedar mereka sebenarnya dikikis. Malah sudah tahu mereka cuma ditipu tapi masih juga merelakan mereka dikikis, ditipu, oleh si pengikis. Mengapa?
Oh, aku tersentuh mengenai hal menipu pula. Baiklah, aku sentuh sedikit mengenai hal ini. Kenapa ada orang yang sanggup membiarkan mereka ditipu oleh si penipu? Mungkin kalau si ditipu tidak tahu mengenai hal penipuan, boleh dianggap satu cerita lain. Tapi bagaimana pula kalau si ditipu ini tahu atau boleh merasakan yang mereka sebenarnya ditipu oleh si penipu? Mengapa mereka masih membenarkannya? Adakah kerana buta hatinya dengan kata-kata si penipu? tergoda dengan pujuk rayu si penipu?
Kita cuma manusia biasa. Setiap manusia punya kekurangan masing-masing. Itu fakta. Ada yang mudah percaya dengan orang lain, ada juga yang sukar untuk mempercayai orang lain. Kamu termasuk dalam kategori mana? Aku lebih suka dengan kategori orang yang sukar untuk mempercayai orang lain. Terlalu naif memudahkan kamu ditipu dengan orang lain. Sedikit kata-kata atau janji manis sudah mampu memperdaya si naif. Kurang bersetuju? Baik, itu pendirian kamu. Cuba kamu bayangkan kamu sedang digoda oleh wanita yang menarik perhatian kamu. Kemudian dia berkata kamulah yang dia mahukan dalam hidup kamu dan kamulah calon yang paling sesuai untuk dia. Kamu tergoda? Cair? Jangan hanyut dalam imaginasi. Masih ada lagi di bawah ini.
Mungkin aku terlalu berfikiran negatif dalam hal penipuan. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh mengetahui yang mana penipuan walaupun kadang-kadang agak terlambat untuk menyedarinya. Pemerhatian yang teliti membolehkan kamu menyedari sesuatu perkara itu betul atau sekadar sandiwara si penipu. Kemudian terserah kepada kamu mahu jadi manusia yang bijak hidup tanpa penipu atau terus jadi orang yang dipergunakan oleh si penipu.
Kembali ke topik si pengikis & si dikikis tadi. Apa yang kamu akan lakukan kalau kamu jadi si dikikis? Jawapan kamu mungkin mudah sebab bukan kamu yang menghadapi situasi tersebut. Jawapan daripada mereka yang pernah atau sedang mengalami situasi itu mungkin berlainan juga. Bagi kamu yang pernah melihat situasi seperti ini di hadapan mata kamu sendiri, kamu mesti memikirkan perkara yang sama juga bukan? yeah, sweet talker.. Ayat penipuan yang manis daripada si pengikis boleh mencairkan hati & juga duit si dikikis yang naif, mudah percaya dengan taktik-biasa-yang-boleh-didapati-dalam-buku (kalau kamu rajin membaca), & kurang bijak mengenal sifat sebenar si pengikis.
Banyak pula aku merepek kali ini. Cukup untuk kali ini. Aku sibuk. kamu boleh pergi.
p/s: tangan sejuk, adrenalin meningkat. bagus!
2 comments:
adrenaline yg patut kamo kne tampar je..
huh
pengikis kikis dkikis dtpu penipu..
ah complicated~
Pernah dikikis tapi menyedarinya dari awal.. Tidak pernah mengikis.. Alhamdulillah.. Erm, tipu klu x pernah menipu dan x pernah ditipu.. ( Mungkin sedang menipu dan juga sedang ditipu.. ).. Apa-apalah..
Post a Comment