12.8.09

Buang Perasaan



Baru semalam aku sebut pasal kegembiraan. Hari ni aku rasa macam mahu disable semua perasaan pula. Agak-agak macam manalah rasanya kalu hidup tanpa perasaan? Orang gelak, kamu diam. Orang sedih, kamu buat muka blur. Orang maki kamu, kamu masih blur sambil pandang muka orang tadi. Rasa-rasa hebat tak? Aku pun kurang pasti apa punca sebenar & dari mana keinginan pelik aku ni timbul. Apa yang aku tahu kadang-kadang aku rasa orang yang tiada perasaan itu lebih hebat. Aku pernah cuba. hahaha.. Tapi terasa macam robot. Sampai ada orang tegur "bro, senyum lah sikit. muka kau macam muka orang tak ada perasaan". Korang rasa aku patut buang perasaan aku tak?






p/s: malas mahu menjaga perasaan

3 comments:

Lang Legar said...

kalau tiada perasaan, tiada emosi. takkan kita nak jadi robot pulak. emotionless.

aku rasa aku tak sanggup. aku rela rasa semua perasaan dan menzahirkan emosi di riak muka dari jadi manusia yang tidak berperasaan.

Odette said...

ada fikir mcm 2 juga. tp kadang2 xtertanggung kalau emosi smpai tahap langit ketujuh. jadi cuba utk biarkn saja apa yg jadi @ dlm erti kata lain "buat bodoh".

mizz nina said...

penah juga jd org yg xde perasaan.it works actually utk menjaga ati sendiri dr disakiti lg.