Aku cuba untuk berfikiran positif 2 hari ini walaupun bukti menunjukkan sebaliknya. Dalam 2 hari ini aku cuba memerhati sambil berkira-kira jumlah yang aku boleh ingati sepanjang aku berada di luar rumah.
Terlalu sedikit.
Kalau dijumlahkan semua yang aku kira dalam 2 hari ini pun masih sedikit. Kalau dulu rasanya sudah bersepah bilangannya. Ada dimana-mana. Apa puncanya?
Mungkin ada perkara atau berita yang aku tidak tahu. Mungkin ada yang aku terlepas pandang kebelakangan ini.
Jadi aku mahu bertanya kepada semua yang membaca blog aku:
Kenapa tahun ini terlalu sedikit bilangan rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan?
10 comments:
orag mesia sebuk nak puasa.
sbb...sbb...sbb...
hmm, sbb dorg sibuk ngn hal maseng2 & kurang perasaan SAYANG pd negara.
** jup, ko kibar tak bendera? hehe
face mask kaler bendera ok x?
@shepha, sebuk hal lain juga. beli baju raya :p
@jelly, aku nk kibar kt mna? aku pkai baju lambang 1malaysia ok?
@muz, terbaek~
baju lambang 1malaysia, cun~
sibuk membawa penyakit ke merata-rata..sampai lupa dah dekat dgn hari kebangsaan..maybe they have another agenda..maybe..
@anon, maybe.. tp ada rasa xpuas ati. sebok nk kesah psl 1malaysia tp patriotik diabaikn.. bg aku, dr patriotik baru boleh timbul semangat 1malaysia.. bg aku lah..
mungkin mereka xnk bendera malaysia ni dibuang2 begitu shj selepas 31Ogos.. n maybe konsep 1malaysia ni lain sikit.. but still rasa kosong bila xada bendera kn?
yeah.. rsa patriotik jd kurang sbb ketiadaan bendera buat excitement utk sambut 31ogos terjejas.. tp kerajaan selalu sarankan after 31ogos bendera kena simpan blk. tp ada juga yg biarkn smpai bendera kena pijak2. mungkin sbb 2la..
yeah..so right.. i agree
Post a Comment