pelik
bila kau seharusnya bergembira
gembira atas sesuatu yang boleh kau gembirakan
tapi sebaliknya kau bersedih
bersedih dan kau kemudian keliru
atas sebab apa kau bersedih
pelik
bila kau seharusnya melawan
mempertahankan maruah
tatkala dirimu dipersenda
tapi kau diam membisu
tersenyum kelat
hanya kerana mereka yang mempersenda itu
golongan lebih atas dari dirimu
pelik
bila kau katakan kau benci dia
tapi kau tersenyum apabila melihat dia
kemudian kau tetap angkuh berkata
kau benci dia
orang-orang di kiri kanan mu terpinga-pinga
pelik
bila kau kelihatan begitu bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan
seolah-olah itu memang haluan hidupmu
tapi baru saja lumpur dugaan pertama
kau sudah beralih arah
dasar hangat-hangat tahi ayam
pelik
bila kau rasa kau akan hidup merana
Tuhan akan sentiasa memberimu jalan kedua
tanpa kau sedari
tapi kau tetap dengan kejahilanmu
tidak tahu makna syukur
dan lebih pelik
aku rasa semakin kurang berminat mahu bercerita di sini
seperti mahu membuka halaman baru
di mana aku tidak kenal kamu
kamu juga tidak kenal aku
tapi ketandusan idea
itu dan ini semua tidak menjadi
haish~