10.1.11

Nanti Aku Ingatkan

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari



Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita...





erk... apa yang menarik pasal lirik lagu ni? Anyone?


p/s: tahniah Ana Raffali kerana menjadi juara

11 comments:

Lang Legar said...

aku tak tahu kenapa, tapi aku suka lagu nie..

mungkin ko patut kupas lirik die la odette..

Odette said...

yup.. semalaman aku play lagu ni baru perasan lagu ni memang layak menang :)

rAmiZa.mY said...

aku suka lagu ne.
my fave kot sbb lirik dia mendalam..

tapiiiiiii
masa dia nyanyi kt ajl sdikit failed.
evn ske lgu dia aku rasa ade org len lebih layak menang

Lang Legar said...

kalau ikut aku, liriknya memang strong..tolong ingatkan tentang rasa cinta itu bila emosi marah mula meracun minda..lagu puisi kot..bukan typical lagu melayu leleh2..

k.e.r.i. said...

aku pun suka lagu ni.
aku tak paham kenapa orang nak mempertikaikan kenapa dia menang dan kenapa Faizal Tahi tak menang.
haha

Odette said...

ramiza.my: tapi aku rasa memang caranyanyi dia mcm tu.. cuba dgr lagu rakaman dia

Lang Legar: ko dah kupas lirik lagi awal :D

keri: i like. lagu FT mmg best tapi mlm tu dia nyanyi xbrapa nk layan.. pendapat aku la..

rAmiZa.mY said...

aku sokong ckp zaren.
lagu ne lagu puisi.
bahasa puitis tp rasa connection kt situ.
sbb tu suka lagu.
kalu based on lagu, layak.
cuma performance mlm tu teruk sedikit dr rakaman kot.

well either way.
it was my fave song for fe months now.
she won.
so biarlah.
bkn kte yg dapat adiah ponggggg
hahaha

Odette said...

kita menyuarakan pendapat sebagai pendengar muzik tempatan :D

mia sarah hemiza said...

aku masih tercari-cari di mana keunikan nya.. haha..
(buta puisi)

Lang Legar said...

saku penyeluk masa ~ sang pencinta mencuri masa untuk bersama kekasih hatinya, mendampingi setiap detik jantung berdegup..

memang terbaik la die susun ayat nie..dan guna metafora yang susah nak intrepret jugak..

Odette said...

saku penyeluk masa : poket doraemon yg boleh merentas masa.
dapat tangkap? haha