9.5.11

Otak Melayang

Orang cakap bila kita kuat termenung, otak jadi sempit. Rezeki jadi mahal. Bila rezeki mahal, mula lah hidup huru-hara. Sana sini pening. Bila pening-pening, mulut mesti mengeluh. Haih.. Dua tiga menjak ni aku makin kerap termenung. Fikir itu, fikir ini.. Tapi kalau berfikir secara mendalam mestilah termenung kan? Baru banyak imaginasi timbul.. Mungkin sebab terlalu kerap termenung a.k.a. berfikir, aku selalu terlupa benda lain. Kesibukan juga menjadi salah satu sebab. Aha, kesibukan.. Sekarang macam terlalu sibuk. Sampai perkataan 'tertidur' macam jadi perkataan fevret. Tidur selalu tidak cukup. Semua sebab KPI company yang merepek-repek. Kerja macam 24 jam untuk company. Serius macam kuli. Makan pun makin kurang terjaga. Ketiadaan kenderaan sendiri memang mengongkong segala aktiviti. Plan utk potong rambut, develop filem, beli barang, merayau-rayau, semua tertangguh. Hal-hal lain boleh tahan lagi tapi bab makan tu yang agak membengangkan. Tapi terpaksa sabar sebab belum mampu untuk ada kenderaan sendiri.

Kelmarin hari ahad. Terpaksa duduk rumah sebab tiada kenderaan untuk keluar. Kereta yang selalu aku pinjam tak available. Housemate aku keluar seharian. Balik tengah hari lepas tu keluar lagi. Tinggal aku sendiri di rumah. Bosan tak payah cakap. Tambah pula emosi macam ombak, so habiskan hari ahad dengan termenung bertemankan facebook & youtube. Lama melayan diri, barulah housemate aku balik. Pukul berapa, aku tak ingat. Yang aku ingat, dia balik time aku rasa lapar. Siang tu cuma makan roti. Kebetulan ada game Manchester United lawan Chelsea, boleh lah tengok sekali biarpun mood tengok bola tak berapa nak ada. Aku tengok beg, ambil semua yang patut, then pergi cari kedai makan.

Sampai kedai, aku cuba cari meja yang kosong. Hampir penuh. Yang ada cuma 1. Kosong sebab kedudukan meja tu tak boleh tengok full view skrin projector. Tapi boleh lah.. Yang penting makan.. Order Nasi goreng Pattaya & Teh O suam 2 gelas. Habis makan, rileks-rileks layan bola. Hujung-hujung game, baru aku tersedar. Tadi sebelum keluar rumah, aku pandang dompet aku, tapi aku tak ambil pun... shit!





p/s: semakin kurang pandai untuk bercerita.

8.5.11

I'll Be




Lagu yang selalu terdengar bila aku tengah down atau ada masalah jiwa. Terdengar dalam Mentor tadi. Terus google then layan sampai berapa kali ulang aku tak ingat. Memang romantik didengar tapi ada maksud yang pelbagai & mendalam, bagi aku lah..






p/s: lapar. mari cari makanan

7.5.11

Itu Bukan Aku

Sekarang aku serius tengah hilang dari diri yang asal. Semua perkara aku abaikan. Aku perlu tempat untuk melepaskan sakit di jiwa. Jadi kenapa aku luahkan di sini? Di sini lebih aman. Blog ini tempat aku bercerita. Blog ini juga bukan umum. Tidak semua tahu. Itu lebih bagus bagi aku. Memang mengganggu jiwa bila kita rasa kita perlu luahkan apa yang tersirat dalam kepala otak kita, tapi kita tidak dapat nak luahkan. Semua atas dasar untuk menjaga hati orang lain & hubungan yang ada. Serius boleh membuatkan hati jadi kurang selesa, sesak, & kemudian mengganggu emosi seharian. Kamu mungkin jenis yang lebih suka meluahkan perasaan di facebook @ twitter  or maybe both, tapi aku tidak. Aku luahkan kalau aku berdepan dengan kamu, face to face. Bukan secara public. Orang lain tidak perlu tahu masalah yang tiada kaitan dengan mereka. Aku benci andaian-andaian murah orang lain. Itu sebabnya. Kalau kamu ada masalah dengan diri aku, please, let me know. Beritahu depan-depan. Jangan diamkan diri, buat macam tiada apa yang jadi, tapi belakang sakit hati. Untuk apa? Atau kamu mahu aku betul-betul hilang?








Hilang

Buat pertama kali,
aku terasa..
Terasa seperti hilang.
Menghilang, dihilangkan.
Hilang rutin hidup sebagai seorang umat manusia
Hilang dari ingatan orang lain
Hilang nafsu dengan godaan sekeliling
Hilang hampir separuh kehidupan
Punca?

Aku masih mencarinya...

Haih....

.....