31.8.08

HAMPIR SELESAI

Proses sudah mencapai 98%. Keseluruhan boleh dikatakan baik walaupun terdapat beberapa perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati muncul sedikit. Begitulah mungkin kalau sekadar blog percuma. Ataupun mungkin kerana ilmu di dada agak kurang mengetahui selok-belok serta teknik-teknik yang betul mengenai bab blog ini? Tidak mengapa. Mungkin suatu hari nanti ilmu itu boleh dipelajari dari rakan-rakan, pemerhatian, & juga pertolongan insan yang sudi membantu secara tidak langsung. mana tahu?

Dua hari berturut-turut 'menghilangkan diri' membuat aktiviti-aktiviti pertunjukan baju & menyambut hari merdeka. Oh ya, selamat hari merdeka kepada semua.. Gembira dapat meluangkan masa bersama walaupun sebenarnya emosi agak bergelora kelmarin. Tapi semua itu dapat dilupakan seketika dengan pertolongan orang lain serta aktiviti yang aku rindukan. Ya, aku terasa yang aku semakin tidak hidup. Tiada aktiviti yang betul-betul membuat aku jadi gian, jadi gila seketika, jadi hyper active, jadi bebas! Argh.. Aku rindukan masa itu semua. Tapi aku sedar, itu semua tidak boleh diulangi. Kalau boleh pun, dengan medium yang lain, dengan cara pendekatan yang lain. Aku tidak mahu menolak, tapi aku mahu menjadi remaja yang dewasa. Aku mahu cuba mencari kelainan. Terlampaukah? atau terlalu awal untuk memikirkan itu semua?

hahaha...

Orang selalu berkata, hidup kita umpama roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Ketika ini aku terasa yang aku berada di kawasan bawah. Tidak terlalu bawah tapi cukup untuk membuat kepala aku serabut sehari suntuk. Mengangguk seolah faham tapi fikiran sebenarnya kosong. Sibuk melakukan aktiviti tapi hasilnya masih kosong, masih berada di takuk lama tanpa sebarang pergerakan. Aku masih mencuba. Betul.

Selamat berpuasa kepada semua. Mungkin esok atau lusa kita sudah mula melakukan rukun islam kita yang ketiga. Masa untuk memperbaiki diri yang semakin hanyut dalam arus dunia. Walaupun selalunya hanya bulan ini sahaja perubahan itu dapat dilihat. Biarkan. Belum masanya untuk dihujahkan. Kurang berkelayakan lebih tepat.

Selamat bercuti juga kepada semua yang bercuti. Jangan lupa 'kerja sekolah' kamu..





p/s: aku pening-pening

28.8.08

Di Hari Khamis

Hari yang penuh dengan dugaan
semalam tak tidur
semata-mata mahu menyiapkan assignment
tapi sebelum itu aku rehat dahulu
rehatkan mata
siap membuat kerja pada pukul 1

agaknya..


lega rasanya
melepas rindu pada odette
kemudian teringat pula pada 'besi hitam' di luar rumah
kesian dia

mesti kotor...

ambil sabun
pinjam baldi
'pinjam' kain
mari mencuci kereta!!

pergh..


bersih bersinar kereta hitam itu.. =)



p/s: aku tengah penat+bosan+mahu keluarlah..

24.8.08

Si Syaitan Merah

M U

baru dapat
barang panas
mari nyanyi

glory glory man. united

haha..

let the games begin!!!

walaupun sebenarnya aku sudah terlambat
tapi apa aku kisah
aku saja mahu hebahkan
aku ada jersi baru ;p


p/s: lalalala~ thanks to ayu :D

GIG TERIAKAN (Songs For Friends III)


gig
teriakan
atau
gig tendangan?

teriakan 1
ballroom

teriakan 3
itu couple

teriakan 2
ini hujan



secara keseluruhan:

bolehlah...

gig membosankan sebab ramai makhluk perosak yang datang
tapi aku berjaya menendang 3 orang daripada mereka

muahahaha!!..


p/s: aku benci budak sekolah yang perasan matang

23.8.08

ketandusan idea

terasa mahu mengupdate blog
tapi tak tahu apa yang mahu di isi
tiada yang menarik
sehingga detik ini

hmm...

cuti yang agak tidak-terasa-sudah-seminggu-berlalu
semakin sampai ke penghujungnya
semangat belajar semakin pudar
semakin alpa dengan godaan komputer
sampai lupa yang bil elektrik juga berkadar langsung
dengan penggunaan 'mesin taip canggih' ini

proses projek sarjana muda juga tertangguh (ayat skema)
semuanya sebab software rosak
2 hari mencuba
masih juga gagal
ah! semakin tertekan!

sudahlah
baik aku buat kerja
daripada merapu
bukan kamu mahu tolong buatkan kerja pun


p/s: tolong off pc kalau keluar rumah. sakit kepala aku dengar jumlah bil bulan ini...

17.8.08

MODUQ

Semalam aku chat dengan seorang rakanku yang aku kenali masa sekolah dulu. Salah satu benda yang menarik sepanjang aku chat dengan dia adalah mengenai 'moduq'. Ya, kamu tidak tahu makna moduq. Aku pun baru tahu yang perkataan itu ada makna lain selain daripada makna yang aku tahu selama ini.

(nama-nama berikut terpaksa di ubah untuk menjaga privacy. hahaha..)

N: ya la xxxx de marquez
O: haha
O: ko buang la nama kt blkg 2
N: sapa srh ko ltk
N: abs 2
N: xxxx moduq xxx
O: hahaha
N: moduq
O: ?
N: womanizer
N: dasar kaki pmpuan
O: eh
O: apa plak
N: mkna moduq 2
N: kwnku yg bgtau
O: hah?


Tergamam seketika..

Ah, biarkan! aku lebih dulu tahu makna moduq. Tapi mana tahu yang bagitahu dia tu member aku? isk.. takkanlah member aku salah faham maksud moduq? Walaupun secara istilah konteksnya boleh dikira betul. hahahaha.. Kamu mesti tidak faham kan? hehe.. tidak mengapa. Kamu tidak perlu faham. Biarkan..


p/s: apa yang aku merepek ni??

11.8.08

The Wishbone

the wishbone

Hari Ini Dalam Sejarah

Buat pertama kali sepanjang hidup aku, aku perform depan orang ramai. Itupun setelah mendapat tunjuk ajar & dorongan daripada rakan-rakan yang lebih gempak. Aku malas nak cerita pasal war of the band tu sebab rakan-rakan yang lain lebih awal mengupdate blog mereka. Jadi, anda-anda sekalian tengoklah kat blog antara mereka-mereka ini ( Ajib, fendy, wak ). Yang lain mungkin ada juga. Kamu pandai-pandailah cari.. hehehe...

Yang paling penting sebenarnya aku nak ucap terima kasih kat anggota-anggota The Wishbone ni sebab bagi aku peluang untuk belajar sekaligus main dengan mereka-mereka yang lebih hebat. trime kaseh ye rakan-rakan~


Walaupun pertama kali perform depan orang ramai, kira okeylah kot sebab boleh dapat lima teratas (top 5, bukan topman)... Bak kata mizan, kalau aku senyum mungkin boleh dapat naik ke nombor 4. kalau maoz sikat rambut boleh naik ke nombor 3 pulak. Yang paling penting, kalau daus pakai jaket hitam yang dia plan nak pakai tu, konferm boleh mencabar kedudukan band yang tempat pertama tu. hahahaha...


Apa-apa hal pun, terima kasih kat semua rakan-rakan yang datang, yang ambil gambar, video, lukis sepanduk (walaupun salah eja), ahh semualah.. you guys roxx!!~



Last tapi yang paling special, untuk someone yang banyak bagi aku semangat. Kamu..

cik ainina


thnx a lot =)


9.8.08

Perasaan Perasan Bosan

hmm..

bosan?
ya.. itulah sedang aku rasakan. banyak aktiviti yang aku boleh lakukan tapi tiada satu pun yang boleh menghilangkan bosanku.

blog?
aku masih dalam proses pembelajaran. mengenali selok-belok & teknik-teknik penipuan blog.

tipu?
aku sudah lali dengan perkataan itu. muak. penipu menipu si penipu.

sedih?
tiada apa yang harus disedihkan. belajar untuk jatuh sebelum kamu belajar untuk melompat kerana lompatan kamu akan memungkinkan kamu untuk jatuh. jadi bersedialah untuk jatuh terlebih dahulu.

politik?
aku tidak suka dengan politik. politik ada di mana-mana. ada orang pernah memberitahu aku "tak da yang bersih dalam politik. sini kutuk sana, sana kutuk sini. padahal semua pun guna taktik kotor. beza nampak atau tidak saja".

percaya?
aku tidak tahu siapa atau apa yang harus aku percaya. mulut yang berkata-kata atau fikiran yang mentafsir pemerhatian.

marah?
jangan diikutkan kemarahan itu. marah itu berpunca dari kamu sendiri. dari bara hati kamu yang kian merah menyala. sehingga kamu tidak sedar api kemarahan sedang membakar dinding kesabaran yang tipis itu.

kecewa?
tidak. aku tidak harus kecewa. aku seharusnya gembira. gembira menjauhkan aku dari kecewa. kecewa yang membuatkan aku murung & lupa bahawa ada banyak kegembiraan yang boleh menghilangkan kekecewaan itu.

aku sudah lemaw..

6.8.08

sumpah aku tak tipu

petang tadi aku pergi makmal untuk sambung balik eksperimen kumpulan aku yang belum jugak selesai walaupun sudah memakan jumlah masa sehingga 4jam waktu makmal (tak termasuk waktu kuliah & tutorial yang menyeronokkan itu). petang tadi memang ramailah yang berpusu-pusu nak buat eksperimen sebab minggu depan report kena hantar. dekat meja aku saja ada lebih kurang 8 orang yang nak buat 1 eksperimen. aku sebagai watak-watak picisan pun faham-fahamlah.. biarlah aku tolong tengok saja. hahaha.. aku pendekkan cerita, masa aku tengah lepak+bercerita+curitulang dengan budak kelas aku yang join sekali tolong tengok budak-budak tu khusyuk main-main eksperimen dengan telefon, tiba-tiba sorang budak perempuan yang duduk sebelah aku cakap something..


something yang aku tak sangka dia akan cakap..


tapi aku percaya dia cakap dengan jujur..




"ko makin kacak la"



aku terkedu

tapi lepas tu cover balik




p/s: ini bukan sesi masuk lif tekan tingkat atas

PeNaT+DoWn

pagi tadi tidur pukul 6..
bangun balik pukul 8.40, mandi, bersiap, pergi kelas..
balik pukul 5, main gitar, teman kawan beli barang..
balik rumah, keluar lagi, pergi menjamu selera, balik main gitar lagi..

practice tak best
aku banyak salah..

class pun tak best
aku tak boleh nk concentrate study..
mengantuk tahap dewa
bosan tahap melampau

kenapa tiada mood
entah la..
masalah timbul semalam
& terbawa-bawa sampai hari ke ni..
"aku bengong"

untuk kamu
semua itu salah faham
saya minta maaf
terasa bosan hari ini



p/s ingtkn nk wt entri yg hepi tapi xd yg best berlaku arini.. maybe nxt time..

3.8.08

TADAAA!!!..

selamat datang
hehe..




p/s: lalala~