22.9.08

Comic Life

Photobucket

hasil comic life. baru belajar.




p/s: kerja aku berlambak lagi.. hmmm..

21.9.08

karya percuma #3

aku tetap dengan pendirianku
jangan hina aku
bukan begitu caranya memberi nasihat
mungkin dipandang dari sudut yang lain
tapi cuba pandang dari sudut aku
mungkin kamu tidak faham
kerana cuma aku yang faham
diam bukan membisu
masih aku yang dulu
cuma berubah dari segi fizikal
dan mungkin mentaliti
mata & minda terbuka
tapi masih membisu
b***h

14.9.08

karya percuma #2

bunyi itu
aku suka bunyi itu
tenang hatiku
melenyapkan segala kekusutan
walaupun sebentar saja

khabar itu
hanya lalu disebelah telingaku
tidak mampu difikirkan
kerana fikiranku melayang ke angkasa yang lain
aku sekadar watak picisan

perasaan itu
aku benci perasaan itu
kenapa muncul?
biarkan aku
diam
jangan pedulikan

perkataan itu
terdengar lagi
terbaca lagi
seperti biasa
hanya mendiamkan diri
kerana itu hanya itu yang boleh dilakukan
walaupun sebenarnya sangat memakan hati

benda itu
terlihat lagi
terganggu lagi
kenangan lama terungkit kembali
kenapa begini
b**i



aku patut berhenti di sini

11.9.08

karya percuma #1

aku semakin hanyut
semakin leka dengan semua dugaan
semakin terlekat
hampir lupa dengan tujuan
sudah berusaha
mungkin tak sekuat mana
masih belum mencukupi
untuk menggapai apa yang dihajati

semakin lemah
ya..
perhatikan saja
aku yang semakin tidak berdaya
kamu yang semakin galak mengetawakan aku
aku cuma patung di mata kamu
boneka yang menghiburkan hati kamu semua
aku tahu nasib aku
sama seperti boneka-boneka cabuk lain
dipinggirkan juga nanti


cukup

6.9.08

Stylo Bukan?



Photobucket


hahaha.. =)
pheewwweeeett!!~


2.9.08

Tentang Odette

Cerita ini adalah ditujukan khas kepada cik Ramiza Bt. Mohd Yunus.
Sebagai kredit ke atas nama ODETTE.
huh..
Tapi memang kamu yang seharusnya dapat pun. hehe..

Tak mengapa. Demi semangat seorang rakan yang baik hati a.k.a. sayalah-orang-itu, aku postkan sebuah entri sebagai tanda penghargaan untuk kamu. Siap dengan dialog lagi (walaupun waktu perbualan kurang diingati, tapi tak mengapa. Yang penting isi mesej sampai. hahaha..)


ramiza: apa nama gitar ko? dh ltk nma dh?
saya: blom.. a'ah kn. xltk nma lg
ramiza: ko nk ltk nma apa?
saya: ntah. aku tggu ko bg nma ni.. bg la cpt
ramiza: aku xtau asl tp aku t'pk nma odette
saya: odette..
ramiza: aku pun xtau tp aku t'bygkn nama 2
saya: ok gak.. odette..

bla.. bla.. bla..



Aku sudah terlupa beberapa ayat. Jadi baik aku berhenti sebelum Ramiza betulkan semua yang salah. Jadi kepada cik Ramiza, entri kali ini untuk kamu sebagai kredit nama odette yg aku sayangi. Ok?




p/s: weekk...

1.9.08

Obsesi??

Obsesi
aku terdengar perkataan itu

Benarkah?
mungkin juga
itu apa yang aku lihat
& apa yang aku rasakan
ada yang setuju?
maknanya aku betul
mungkin juga salah

Kenapa perlu obses?
bila keobsesian kamu hilang
ke mana pula kamu?
jadi gila? tak keruan? hilang arah?
jangan terlalu obses
kalau kamu tidak yakin
kalau kamu belum bersedia
menghadapi segala-gala
mungkin kamu tidak terfikir
tapi orang lain sudah memikirkannya
lebih dahulu daripada yang disangkakan

Terkejut?
gunakan otak kamu untuk berfikir
gunakan hati kamu untuk menjadi sensitif
gunakan kelebihan akal kamu
gebab itu Tuhan bagi kamu akal

Nasihat?
aku tak perlu memberi nasihat
aku lebih suka memerhati
aku lebih menggemari 'watak picisan'
daripada orang yang berpura-pura tahu semua
sedangkan dia tidak tahu
ramai lagi yang lebih bijak daripadanya

Kata akhir?
naif..
tidak pandai menipu..
terlalu berdrama..




cukup




Sudah petang. Maknanya beberapa jam lagi sampailah waktu untuk mengisi perut yang semakin mengecil ukur lilitnya. Wah! gembiranya apabila menyebut pasal makanan. Terfikir juadah apa yang akan aku masukkan dahulu ke dalam perutku nanti. hahaha.. isyh, makruh puasa sebut pasal makanan.







p/s: mula berfikir pasal makanan

Drama Si Drama

memenatkan...

terasa mahu sesuatu...



anneeyy... awek comel satu~