15.2.09

karya percuma #5



hari ini baru terasa
sudah lama tidak berkarya percuma
tapi jangan pula salah sangka
ini sekadar luahan rasa sahaja
bukan kerana jiwa berduka
ataupun kerana hati terluka
bukan..

tapi..
kamu mungkin betul juga
mungkin ada sedikit terasa
rasa kecewa
juga rasa bodoh seketika
walaupun tiada kaitan apa-apa

kata-kata semalam bermain di minda
kamu mahu tamat seperti ini?
come on lah semua..
jangan fikir lain pula
setiap perkara ada pro dan kontra
kamu semua sudah dewasa

aku juga tidak patut berbicara
cuma layak melihat dan tertawa
aku bukan siapa-siapa
di luar cerita memandai berkata
tersilap kata nasib yang sama

nasihatku kepada semua
janganlah kerana nila
dibuang susu sebelanga
kerana amarah yang seketika
dibuang pula kenangan bersama






p/s: semakin malas mahu belajar. siapa mahu ajak aku keluar?

4 comments:

.::aDa::. said...

berdesupp supp supp masuk ke hati. aku suke karya ini.

mizz nina said...

:)
ku juge

Anonymous said...

humm karya ini spt suda d edit (;
love da original one!

Odette said...

@ada, mekaseh.. :)

@mizz nina, mekaseh juga.. :)

@anonymous, karya asal itu terlalu kasar bahasanya. berlembut itu lebih baik bukan?