Pernah tak kamu terjumpa, terlihat, terbaca, ataupun tersebut perkataan '
nom nom nom'? Mungkin sudah ada yang tahu mengenai perkataan ini terutama sekali mereka yang bergelar manusia
urban.
haha.. Okay, aku bukan merapu. Dalam beberapa hari ni aku jadi
stalker blog
melayu minimalis yang tegar.
Everyday aku buka blog dia, tengok-tengok apa gambar terbaru yang dia
upload. Di bawah nama blog dia tu, dia ada tulis '
om nom nom'. Aku tidak tahulah '
om nom nom' beri maksud yang sama dengan '
nom nom nom' atau tidak,
nanti aku tanya encik MM tapi aku berjaya mencari maksud '
nom nom nom' melalui salah satu blog yang aku baca tadi.
Link blog tu aku dapat dari encik MM juga.
haha.. Tidak kisahlah kalau ada yang sudah tahu pun, yang penting aku mahu kongsi benda yang aku
baharu tahu ni. Jadi kepada pelajar-pelajar bahasa Uganda, mari belajar bahasa
urban pula.
haha..
'
nom nom nom' adalah perkataan yang wujud dalam
Kamus Urban. Kamu carilah
kat Kamus Dewan atau Kamus Dwibahasa sekalipun, sampai kamus tu koyak pun kamu tidak akan jumpa perkataan '
nom nom nom'. '
nom nom nom' membawa pelbagai maksud. Salah satu daripadanya adalah
effect bunyi yang terjadi apabila kamu memakan sesuatu yang sangat sedap dan memberi kenikmatan yang tidak terhingga. Biskut
feymes aymes ajib contohnya. Maksud kedua pula ialah ianya merujuk kepada bunyi yang dikeluarkan oleh
Cookie Monster apa bila dia memakan biskut. "
nom nom nom"...
haha.. Selain itu, '
nom nom nom' juga merujuk kepada kata ganti untuk perkataan suka, sayang, cinta (
erkkkk...). Contoh ayat: kamu
nom nom nom saya? saya
nom nom nom kamu~
haha.. Owh tidak!! kedengaran seperti mahu makan orang pula.
Tapi 'nom nom nom' juga memberi maksud yang agak kurang sopan lucah. haha.. Okay aku segan malas mahu mengulas mengenai maksud tersirat yang ini. Kamu cari sendiri.
Ada banyak lagi bahasa-bahasa kaum Urban yang pelik tapi boleh dipelajari. Sampai sini sahaja kelas hari ini. Masa untuk balik merayau. Chow..
p/s: nom nom nom