Tarikh Lahir : 10 Julai
Tempat Lahir : HBTS
Tempat dibesarkan : Membesar di beberapa tempat di Malaysia
1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Bardin. Dia lebih tua dari aku. Apa yang
best pasal dia ialah dia ada banyak koleksi barang permainan & selalu pinjamkan aku.
Haha.. Tapi sekarang sudah
lost contact. Juga,
my always-be-bestfriend, Hendra Salingke. Kawan yang tidak pernah lari di kala semua orang senyap masa aku dibelasah. Kawan hidup mati aku.
2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Galah panjang, baling getah, guli, baling selipar (aku tidak tahu nama sebenar permainan ni),
tapok-tapok (
hide & seek kalau bahasa
standard), bola, polis-pencuri, patung (
freeze kalau budak-budak sekarang panggil. Bukan main patung), &
etc. Oh ya, yang paling menarik, main kahwin-kahwin =)
3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
nanti kau...
nda pyh la kita kawan dia 2...
sini kau bah...
aku kasitau mamakmu..
4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
Semua kawasan yang boleh dijadikan tempat bermain kecuali kawasan yang ada potensi untuk menjadi
trek-perlumbaan-100meter-untuk-selamatkan-diri sebab ada anjing mengejar. Lagi, Taman Tun Fuad :)
5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
Polis, polis trafik, bomba. Cita-cita
standard zaman budak-budak sebab rasa macam hebat kalau kerja pakai baju seragam. Sekarang, kerajaan bagi tempat kosong pun belum tentu aku mahu.
Hoho..
6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Suria Baja Hitam, Gaban, He-Man, Power Rangers, Transformers, Speed Racer, Voltron, Ninja Turtles, Flashman, Street Fighter. Apa lagi?
7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
Aku kurang minat makanan ringan semasa kecil. Minatku lebih kepada permainan. Terutama sekali permainan 20sen yang disimpan dalam bekas berbentuk seperti telur (Dulu 20sen. Sekarang makin mahal. Jadi aku hentikan minat tersebut.
Haha..)
8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
Sama seperti
shipa. First crush aku masa darjah 3, Mariani. Budak yang aku tidak pernah kalahkan dalam kelas sampailah aku pindah sekolah. Markah dia selalu lebih tinggi dari aku. Jadi peluang nak tunjuk macho kuranglah.
9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
Hensem, kacak, comel,
charming.
Hahaha.. Semua kawan-kawan sekolah panggil Kasri. Kawan-kawan dekat rumah panggil Don. Ada juga yang panggil Kas. Comel kan :p
10. Siapa yg mahu ditag?
Seyn Wishbone
Miss D
Pie
Jelly
Siapa-siapa yang mahu..
p/s: Malam raya pun aku boleh bosan. Pelik