12.10.09
Oh Pelik
pelik
bila kau seharusnya bergembira
gembira atas sesuatu yang boleh kau gembirakan
tapi sebaliknya kau bersedih
bersedih dan kau kemudian keliru
atas sebab apa kau bersedih
pelik
bila kau seharusnya melawan
mempertahankan maruah
tatkala dirimu dipersenda
tapi kau diam membisu
tersenyum kelat
hanya kerana mereka yang mempersenda itu
golongan lebih atas dari dirimu
pelik
bila kau katakan kau benci dia
tapi kau tersenyum apabila melihat dia
kemudian kau tetap angkuh berkata
kau benci dia
orang-orang di kiri kanan mu terpinga-pinga
pelik
bila kau kelihatan begitu bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan
seolah-olah itu memang haluan hidupmu
tapi baru saja lumpur dugaan pertama
kau sudah beralih arah
dasar hangat-hangat tahi ayam
pelik
bila kau rasa kau akan hidup merana
Tuhan akan sentiasa memberimu jalan kedua
tanpa kau sedari
tapi kau tetap dengan kejahilanmu
tidak tahu makna syukur
dan lebih pelik
aku rasa semakin kurang berminat mahu bercerita di sini
seperti mahu membuka halaman baru
di mana aku tidak kenal kamu
kamu juga tidak kenal aku
tapi ketandusan idea
itu dan ini semua tidak menjadi
haish~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
en kasri syg,
ape yg pelik?
sape yg u xnk knl, yg u xnk dkenali??
neway,
hope d best for u..
always
kuat betul ko main pantun skang ni dona. huh
@mizz nina, thnx..
@razifmustapha, ko tunggu buku fynn jamal aku sampai. makin pantun-pantun lah!
Teringat satu ayat nie..
"Lebih baik tidak mengenali, dari dikenali, lalu dilupakan"
ermm.. ada kaitan x?? =)
kalau kau menghilang, maka hilang juga sumber inspirasi aku untuk berkarya..
@anon, yg dikenali tidak semestinya akan dilupakan..
@lang legar, haha.. kadang2 aku juga terinspirasi dari blog kamu..
.. tapi kalau dilupakan, nasiblah..
@anon, mungkin.. tapi kenapa kamu dilupakan? pasti ada sebab kukuh..
Mungkin sebab saya tidak penting. Siapa tahu.
Mungkin sebab saya tidak penting. Siapa tahu.
@anon, di mana pula kamu tahu kamu tidak penting?
kata hati saya tidak pernah menipu
mungkin fikiran kamu terlalu memikirkan hal tersebut hingga menyebabkan hati kamu berasa begitu. mungkin. hal berkenaan hati terlalu sukar untuk ditafsirkan. itu pendapat saya.
Post a Comment