25.2.09
Aku Mahu Pergi Makan Selepas Ini
Aku tidak sedar aku buka lebih kurang 13 tabs (termasuk tabs blog aku) untuk mencari maklumat mengenai buku ini. Kamu rasa aku patut beli tak?
Kemudian aku secara tidak sengaja terbuka blog ini. No comment..
Aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Maaf kalau ada yang tidak terlayan.
Oh ya, Selamat Hari Jadi kepada daoz. Semoga makin hebat bermain gitar (drop C tuuu...)
p/s: aku buka tabs yang ke 14 sebab cari link untuk blog daoz.. mari makan
23.2.09
Merepek Mengenai Kepercayaan
mari berbicara mengenai kepercayaan
bukan kepercayaan kepada Tuhan
tapi kepercayaan sesama insan
Seseorang bertanya kepada aku hari ini & pertanyaan itu berkisar mengenai kepercayaan. Seperti yang aku kisahkan di atas, bukan kepercayaan kepada Tuhan, bukan. Ini lebih kepada kepercayaan kita terhadap orang lain. Orang-orang yang kita kenali tidak kisah sama ada kamu mengenali mereka daripada kawan kamu, keluarga kamu, musuh kamu, ataupun daripada scene-scene adaptasi daripada filem & drama TV seperti terlanggar bahu kamu kemudian meminta-maaf-bagi-nombor-telefon-sekali, orang itu menolong kamu membaiki kenderaan kamu di tepi jalan mungkin, atau daripada aksi-aksi nakal seperti roy & rakan-rakannya. haha..
Apa yang akan kamu jawab kalau kamu ditanya soalan seperti itu? Bagi aku, aku tidak mudah mempercayai orang tetapi aku mudah mempercayai orang yang aku kenali. Bukanlah setakat berkenalan beberapa jam terus mempercayai orang tersebut tapi mungkin berkomunikasi dalam beberapa ketika membolehkan kamu berfikir sama ada orang itu boleh dipercayai atau tidak. Kamu juga mungkin pernah mengalami situasi di mana kamu mempercayai seseorang itu walaupun pada dasarnya kamu baru sahaja berkenalan dengan orang tersebut.
Aku lebih suka mempercayai apa yang aku rasa dalam menilai seseorang. Kalau aku rasa aku benci, maknanya memang aku akan benci. Kalau aku rasa aku percaya, maknanya aku memberi kepercayaan kepada orang itu sehinggalah orang itu membuang kepercayaan yang aku berikan kepadanya. (aku pening dengan maksud ayat ini)
Begitu juga dengan orang lain. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai kita. Itu adalah hak mereka untuk mempercayai siapa yang mereka mahu percaya. Mereka tidak mempercayai kamu? Apa yang kamu boleh lakukan? Tiada.. Kamu cuma boleh menjadi diri kamu sendiri. Kalau apa yang kamu lakukan tidak mampu untuk memperolehi kepercayaan orang tersebut, biarkan. Jangan menjadi hipokrit semata-mata mahu dipercayai. Nanti lain pula jadinya. (penerangan aku macam salah)
Ahhhh.... Aku semakin banyak merepek. Sebenarnya tiada apa-apa. Aku cuma terfikir mengenai jawapan soalan siang tadi. Suka hati kamulah mahu percaya atau tidak. Aku patut buat kerja.
Sekian.
Apa yang akan kamu jawab kalau kamu ditanya soalan seperti itu? Bagi aku, aku tidak mudah mempercayai orang tetapi aku mudah mempercayai orang yang aku kenali. Bukanlah setakat berkenalan beberapa jam terus mempercayai orang tersebut tapi mungkin berkomunikasi dalam beberapa ketika membolehkan kamu berfikir sama ada orang itu boleh dipercayai atau tidak. Kamu juga mungkin pernah mengalami situasi di mana kamu mempercayai seseorang itu walaupun pada dasarnya kamu baru sahaja berkenalan dengan orang tersebut.
Aku lebih suka mempercayai apa yang aku rasa dalam menilai seseorang. Kalau aku rasa aku benci, maknanya memang aku akan benci. Kalau aku rasa aku percaya, maknanya aku memberi kepercayaan kepada orang itu sehinggalah orang itu membuang kepercayaan yang aku berikan kepadanya. (aku pening dengan maksud ayat ini)
Begitu juga dengan orang lain. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai kita. Itu adalah hak mereka untuk mempercayai siapa yang mereka mahu percaya. Mereka tidak mempercayai kamu? Apa yang kamu boleh lakukan? Tiada.. Kamu cuma boleh menjadi diri kamu sendiri. Kalau apa yang kamu lakukan tidak mampu untuk memperolehi kepercayaan orang tersebut, biarkan. Jangan menjadi hipokrit semata-mata mahu dipercayai. Nanti lain pula jadinya. (penerangan aku macam salah)
Ahhhh.... Aku semakin banyak merepek. Sebenarnya tiada apa-apa. Aku cuma terfikir mengenai jawapan soalan siang tadi. Suka hati kamulah mahu percaya atau tidak. Aku patut buat kerja.
Sekian.
p/s: Terasa mahu menonton wayang. Ada sesiapa mahu belanja?
21.2.09
Unregistered SIM
Bangun pagi
Terasa mahu top-up
On handphone
Key-in password
.
.
.
.
"Unregistered SIM"
Apa hal??!!
Kisah T.T.
paku dulang paku serpih,
mengata orang memang kita yang lebih.
Minggu yang agak memenatkan juga menyibukkan bagi aku dan mereka yang sekelas denganku. Kamu sibuk juga? ya, mungkin semua orang juga agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan hal masing-masing. Belajar, bekerja, berjalan, berlari, bersukan, bermain hujan, bermesyuarat, melepak bersama rakan-rakan, dating dengan yang tersayang.. Well, banyak lagi yang boleh dilakukan. Kamu tahu sendiri.
Mood mengutuk memerhati kembali semula. Teringat tentang perbualan dengan seorang rakan tentang kaki kikis. Kenapa ada orang yang suka mengikis harta orang lain? Tidak kisahlah perempuan mengikis harta lelaki ataupun lelaki yang mengikis harta perempuan. Kalau perempuan yang mengikis, mungkin aku boleh terima lagi. Lelaki kikis harta perempuan? Apa pandangan kamu?
Cuba pandang dari sudut lain pula, si dikikis. Kenapa mereka tidak sedar yang mereka dimanipulasikan? dipergunakan sebagai medium antara si pengikis dengan harta mereka. Mungkin ada juga yang sedar mereka sebenarnya dikikis. Malah sudah tahu mereka cuma ditipu tapi masih juga merelakan mereka dikikis, ditipu, oleh si pengikis. Mengapa?
Oh, aku tersentuh mengenai hal menipu pula. Baiklah, aku sentuh sedikit mengenai hal ini. Kenapa ada orang yang sanggup membiarkan mereka ditipu oleh si penipu? Mungkin kalau si ditipu tidak tahu mengenai hal penipuan, boleh dianggap satu cerita lain. Tapi bagaimana pula kalau si ditipu ini tahu atau boleh merasakan yang mereka sebenarnya ditipu oleh si penipu? Mengapa mereka masih membenarkannya? Adakah kerana buta hatinya dengan kata-kata si penipu? tergoda dengan pujuk rayu si penipu?
Kita cuma manusia biasa. Setiap manusia punya kekurangan masing-masing. Itu fakta. Ada yang mudah percaya dengan orang lain, ada juga yang sukar untuk mempercayai orang lain. Kamu termasuk dalam kategori mana? Aku lebih suka dengan kategori orang yang sukar untuk mempercayai orang lain. Terlalu naif memudahkan kamu ditipu dengan orang lain. Sedikit kata-kata atau janji manis sudah mampu memperdaya si naif. Kurang bersetuju? Baik, itu pendirian kamu. Cuba kamu bayangkan kamu sedang digoda oleh wanita yang menarik perhatian kamu. Kemudian dia berkata kamulah yang dia mahukan dalam hidup kamu dan kamulah calon yang paling sesuai untuk dia. Kamu tergoda? Cair? Jangan hanyut dalam imaginasi. Masih ada lagi di bawah ini.
Mungkin aku terlalu berfikiran negatif dalam hal penipuan. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh mengetahui yang mana penipuan walaupun kadang-kadang agak terlambat untuk menyedarinya. Pemerhatian yang teliti membolehkan kamu menyedari sesuatu perkara itu betul atau sekadar sandiwara si penipu. Kemudian terserah kepada kamu mahu jadi manusia yang bijak hidup tanpa penipu atau terus jadi orang yang dipergunakan oleh si penipu.
Kembali ke topik si pengikis & si dikikis tadi. Apa yang kamu akan lakukan kalau kamu jadi si dikikis? Jawapan kamu mungkin mudah sebab bukan kamu yang menghadapi situasi tersebut. Jawapan daripada mereka yang pernah atau sedang mengalami situasi itu mungkin berlainan juga. Bagi kamu yang pernah melihat situasi seperti ini di hadapan mata kamu sendiri, kamu mesti memikirkan perkara yang sama juga bukan? yeah, sweet talker.. Ayat penipuan yang manis daripada si pengikis boleh mencairkan hati & juga duit si dikikis yang naif, mudah percaya dengan taktik-biasa-yang-boleh-didapati-dalam-buku (kalau kamu rajin membaca), & kurang bijak mengenal sifat sebenar si pengikis.
Banyak pula aku merepek kali ini. Cukup untuk kali ini. Aku sibuk. kamu boleh pergi.
p/s: tangan sejuk, adrenalin meningkat. bagus!
20.2.09
karya percuma #6
aku tengah buat kerja tadi
buka mozilla ingat mahu cari pasal sensitivity
tapi end up aku buka blog orang lain lagi
jumpa beberapa benda yang menarik hati
terkenang semula permainan sewaktu masih sekolah lagi
permainan 'kahwin, tunang, cerai' yang mungkin kamu tidak ketahui
permainan yang agak mencuit hati
tambah-tambah lagi kalau kamu bermain dengan kekasih hati
yang tahu, jangan senyum sendiri
apa lagi?
oh, perkataan BABI
ya, babi
buat aku terasa mahu buat entri yang ada perkataan babi
sudah tiga kali aku taip perkataan babi
termasuk yang tadi sudah empat kali
aku bukan memaki
tapi jujur aku kadang-kadang sakit hati
sakit hati dengan hidup sendiri
jangan cakap aku tidak bersyukur dengan Ilahi
ini cuma berkaitan dengan diri sendiri
juga siapa-siapa yang terasa hati
sekali lagi aku pandai-pandai buat ayat sendiri
berlagak berseni tapi ayat ke sana ke sini
sampai bila kamu mahu seperti ini?
pandai-pandailah kamu fikir sendiri
aku lebih layak memerhati dari sini..
sebelum aku lupa lagi
aku main bola dalam hujan petang tadi
gembira tapi penuh berhati-hati
tidak mahu lutut terluka lagi
tidak juga mana-mana bahagian diri sendiri
cukuplah koleksi parut sana sini
ah, aku patut berhenti
buat kerja, bukan merepek di sini
kamu juga bolehlah pergi dari sini
pergi buat kerja sendiri
hihi..??
p/s: babi! sudah lima kali.. eh, lagu "cari pacar lagi"..
buka mozilla ingat mahu cari pasal sensitivity
tapi end up aku buka blog orang lain lagi
jumpa beberapa benda yang menarik hati
terkenang semula permainan sewaktu masih sekolah lagi
permainan 'kahwin, tunang, cerai' yang mungkin kamu tidak ketahui
permainan yang agak mencuit hati
tambah-tambah lagi kalau kamu bermain dengan kekasih hati
yang tahu, jangan senyum sendiri
apa lagi?
oh, perkataan BABI
ya, babi
buat aku terasa mahu buat entri yang ada perkataan babi
sudah tiga kali aku taip perkataan babi
termasuk yang tadi sudah empat kali
aku bukan memaki
tapi jujur aku kadang-kadang sakit hati
sakit hati dengan hidup sendiri
jangan cakap aku tidak bersyukur dengan Ilahi
ini cuma berkaitan dengan diri sendiri
juga siapa-siapa yang terasa hati
sekali lagi aku pandai-pandai buat ayat sendiri
berlagak berseni tapi ayat ke sana ke sini
sampai bila kamu mahu seperti ini?
pandai-pandailah kamu fikir sendiri
aku lebih layak memerhati dari sini..
sebelum aku lupa lagi
aku main bola dalam hujan petang tadi
gembira tapi penuh berhati-hati
tidak mahu lutut terluka lagi
tidak juga mana-mana bahagian diri sendiri
cukuplah koleksi parut sana sini
ah, aku patut berhenti
buat kerja, bukan merepek di sini
kamu juga bolehlah pergi dari sini
pergi buat kerja sendiri
hihi..??
p/s: babi! sudah lima kali.. eh, lagu "cari pacar lagi"..
19.2.09
Bulatan Pembunuh Jiwa
15.2.09
Tag Mengimbau Zaman Sekolah
5 Tabiat buruk anda ketika sekolah
3 Favourite subjek anda. Kenapa?
3 Subjek yg anda tidak suka. Kenapa?
Menarik pada kamu?
Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
Tag rakan anda
p/s: aku baik masa zaman sekolah. kan rakan-rakan?
- Selalu membazir duit naik teksi untuk ke sekolah (sebab selalu terlepas bas sekolah).
- Selalu berjalan-jalan waktu kelas sedang berjalan (semata-mata mahu tengok kekasih hati orang lain sedang belajar).
- Masa rehat: lepas makan mi goreng, lepak tepi kantin makan keropok sambil 'cuci mata'. hahaha..
- Selalu meniru terutama sekali kalau kerja rumah subjek matematik tambahan (macam jawab soalan kuiz PhD rasanya).
- Perang mulut dengan perempuan...?? (aku menang okay... Dan aku berada di pihak yang benar. Bukan seperti yang kamu fikir).
3 Favourite subjek anda. Kenapa?
- Matematik (rasa handsome kalau dapat jawab soalan yang orang lain tidak dapat jawab. hahaha...).
- Bahasa Inggeris (rasanya orang yang selalu dapat markah tinggi dalam subjek ini mesti glamour kan?)
- Bahasa Melayu Malaysia (bahasa jiwa bangsa)
3 Subjek yg anda tidak suka. Kenapa?
- Kimia (bukan tidak suka. Kurang faham. Banyak benda pelik)
- Geografi (dulu aku suka tapi aku durhaka dengan cikgu. Jadi aku kurang faham apa yang dia ajar)
- rasanya itu sahaja...
Menarik pada kamu?
- Tanya mereka yang mengenali.. yang berbaur negatif jangan percaya.
- Apa-apa sahaja yang boleh menceriakan & memberi senyuman pada diri sendiri =)
- Makanan
- Air
- Duit
- Udara
- YM.. (erk.. hahahaha...)
Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
- Siapa yang terlintas di kepala otak pada waktu itu.
Tag rakan anda
- Berada dalam keadaan kurang baik ketika ini. Kamu yang mahu menjawab silalah berbuat demikian. Saya beri keizinan...
p/s: aku baik masa zaman sekolah. kan rakan-rakan?
karya percuma #5
hari ini baru terasa
sudah lama tidak berkarya percuma
tapi jangan pula salah sangka
ini sekadar luahan rasa sahaja
bukan kerana jiwa berduka
ataupun kerana hati terluka
bukan..
tapi..
kamu mungkin betul juga
mungkin ada sedikit terasa
rasa kecewa
juga rasa bodoh seketika
walaupun tiada kaitan apa-apa
kata-kata semalam bermain di minda
kamu mahu tamat seperti ini?
come on lah semua..
jangan fikir lain pula
setiap perkara ada pro dan kontra
kamu semua sudah dewasa
aku juga tidak patut berbicara
cuma layak melihat dan tertawa
aku bukan siapa-siapa
di luar cerita memandai berkata
tersilap kata nasib yang sama
nasihatku kepada semua
janganlah kerana nila
dibuang susu sebelanga
kerana amarah yang seketika
dibuang pula kenangan bersama
p/s: semakin malas mahu belajar. siapa mahu ajak aku keluar?
7.2.09
Wedding Tag?
Me & ......
Aku dapat tag pelik. Mari menjawab soalan...
1. How old are you?
~ 22 tahun 6 bulan & beberapa hari pada ketika ini..
2. Are you single?
~ a'a..
3. At what age do you think you'll get married?
~ Tidak tahu.. Dulu pernah terfikir tapi sekarang sudah punya matlamat lain sebelum kahwin..
4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
~ I'm with nobody..
5. If not, who do you want to marry?
~ Wanita yang pasti.. Siapa? shhh.. hahaha
6. Who will be your bridesmaid & bestman?
~ Honestly, tidak pernah terfikir mengenai benda ini..
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
~ Saya lebih suka classic.. ada style~
8. Where do you plan to go on honeymoon?
~ Sudah lupa.. Tepi laut yang pasti
9. How many guests do you think you'll invite?
~ Sebanyak yang termampu.. mari, mari~ haha..
10.Will that include your exes?
~ Yeah.. "kamu mesti datang tau~"
11.How many layers of cake do you want?
~ Tidak kisah tetapi saya mahu semua jenis kek kegemaran saya ada. hahahaha..
12.When do you want to get married, morning or evening?
~ Morning
13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding
~ Mahu Wishbone buat lagu special untuk saya boleh? hehe..
14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
~ Kurang memahami.. Tapi fine dining kedengaran seperti menarik
15.Champagne or red wine?
~ Air sirap pengantin saya tidak mahu. Mahu perisa orange =)
16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ Days after.. Boleh kira duit dahulu.. hahahaha...
17.Money or household items?
~ Money. Saya mungkin cerewet kalau mengenai household..
18.How many kids would you like to have?
~ Pun tidak pernah terfikir..
19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
~ Save dalam blue-ray sekali kalau boleh..
20. Whose wedding plan would you like to know next?
~
i) Shepha (sesi memulang pinggan bak kata pepatah melayu)
ii) Seyn (aku peduli apa kau tidak suka)
iii) Wak (kau sudah lama tidak update)
iv) Chokilala (kau mesti suka kan? kan? kan?)
v) Ada (tiada alasan. tiba-tiba teringat nama kau)
Aku mahu menaip mengenai 3 jenis wanita yang aku temui tadi tapi setelah memikirkan kesan baik & buruk yang mungkin aku terima nanti, aku batalkan niat asal tadi. haha..
p/s: mari ke pantai!!
2.2.09
1.2.09
Pemerhatian Sepanjang Perjalanan di Kuala Lumpur
Aku tidak tahu aku naik Bas ekspres atau Bas kilang
Dua kali aku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dua kali itu jugalah banyak masalah yang aku nampak sepanjang menaiki bas ekspres. Pertama, keadaan bas yang kurang selamat & tidak selesa. Tempat duduk yang mempunyai potensi untuk tercabut andai pemandu bas menekan brek secara mengejut. Bau pula seperti pemandu tiada inisiatif untuk menyembur pewangi sebelum penumpang seterusnya menaiki bas. Sepanjang perjalanan irama 'besi bergesel' menjadi alunan. Cuma mampu berdoa supaya jangan bas itu terbelah dua sahaja sebelum sampai ke destinasi.
Mana hilang semua warganegara Malaysia yang dulu selalu menaiki bas ekspres?
Aku cuma boleh berfikir mungkin kerana perkara di atas, semakin ramai yang lebih gemar menaiki kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana sampai jammed jalan raya. Pandang ke kiri, pandang ke kanan, ke depan, kemudian ke belakang. "majoriti warga asing??!!" apa perasaan kamu ketika itu? Untuk menyedapkan hati, aku berkata dalam hati "kebetulan... kebetulan...". Tapi mungkin juga perkara itu adalah kebetulan bukan?
Aku kagum dengan orang yang berusaha
Aku duduk di sebelah stesen bas sementara menunggu orang. Kemudian datang seorang lelaki cina, pakaian memang lusuh, rambut pula tidak terurus. "minta sedekah lah ni.." kataku dalam hati. Dia memandang, senyum, kemudian menunjukkan beberapa keping kertas sambil bertanya "tiket?". Aku kehairanan, kemudian menolak, "tidak". Terasa mahu tergelak tapi itu realiti. Satu, aku tersalah tafsir. Kedua, kagum dengan usaha yang dia lakukan untuk survive. Memang Setiap orang ada rezeki mereka masing-masing. Itu sudah ditakdirkan. Tapi cuba kamu pandang dari sudut lain. Bagaimana kamu mahu survive dalam hidup kamu? mungkin bagi mereka yang punya duit, punya harta, tidak sukar. Tapi untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa? usaha dan keberanian mungkin jadi kayu pengukur.
p/s: Mana yang kamu akan dengar? kata hati atau kata orang?
Subscribe to:
Posts (Atom)