4.11.09

Terima Kasih

Terima kasih kepada mereka yang sudi mewarnakan hari-hari sebelum hilang sementara.

Aku sayang kamu semua.

Selamat Tinggal.




p/s: tiada banyak masa. jiwa melankoli. maaf.

1.11.09

My Sister's Wedding #1












Masa untuk menjadi pemandu mak di rumah.

22.10.09

Confirmed!


Pengumuman kepada rakan-rakan yang minta diberitahu jika aku sudah membeli tiket:

Di sini aku khabarkan,


Tiket sudah dibeli.


Jadi kepada yang mahu & sudi, mari.. Kita bersuka-ria melepak-lepak sebelum aku hilang sementara dari mata kamu.


Mana tahu nanti aku rindu pada kamu =)


21.10.09

Karya Percuma #10


Mungkin..

jika dipendam amarah itu..
dilupakan seketika sedih itu..
dibuang benci itu..
&
disingkirkan cemburu itu..

Mungkin..

akan dapat dilihat sudut pandangan yang lain
yang lebih rasional
yang kurang melankolik suasananya
&
mungkin juga membawa ceria..

Mungkin..




p/s: selamat berusaha kepada yang mereka yang gigih cuba mengurangkan mood melankolik

20.10.09

Quick Update: Hati Berbunga-bunga Sekejap

=)






p/s: tersalah pos di blog lain. baru sedar. deym~ haha

19.10.09

Tak-Tahu-Berapa-Banyak in 1


Sudah berapa siri update blog yang aku terlepas. Banyak event yang melibatkan gambar-gambar tapi semuanya menggunakan kamera orang lain. Biasalah, model memang begitu.. haha.. Bermula daripada Malam Reunion BENT, Majlis Konvokesyen, Majlis Perkahwinan, Majlis Beraya-di-rumah-kawan-kepada-kawan-serta-kawan-kawan, sampailah ke majlis yang kurang formal seperti majlis berjalan-jalan, bergambar-gambar, bergedik-gedik, yang banyak membuang masa serta membuang duit. Banyaknya event, tapi gambar semua masih berada di tangan semua tuan-tuan punya kamera. Jadi tiada modal mahu update blog (padahal malas).

*mencari idea mahu bermula dari mana.

Pertama sekali, TAHNIAH kepada encik Odette kerana berjaya menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di menara gading tanpa sebarang kelewatan & penundaan pengajian. Akhirnya segala penat lelah selama 1 tahun 4 tahun berakhir juga. Sama sepertimana masih terasanya bahang majlis konvokesyen sampai sekarang, begitu jugalah masih terasanya perit dugaan menyiapkan Projek Sarjana Muda sepanjang berada di tahun akhir. Mungkin ada yang lebih mudah dugaannya, tapi bagi aku, bergelar pelajar tahun akhir adalah tempoh yang paling mencabar sepanjang aku berada di alam universiti. Semester satu tahun empat begitu menghampakan. Sampai satu ketika terasa mahu mengalah saja kerana terasa seperti sudah tidak berdaya lagi untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Tanya mereka yang menjadi tempat mengadu. Serius. Cuma pesanan orang tua yang membuatkan aku terus berusaha untuk bertahan & alhamdulillah, aku berjaya bertahan. Sebak seketika apabila mendengar lagu UTeM terbilang. Teringat semua keperitan & kepayahan menempuhi dugaan sepanjang bergelar pelajar. Semua itu sudah tamat. Gembira tahap tertinggi kerana berjaya mengembirakan kedua-dua orang tua. Terharu bila orang tua menyebut "Bapa bangga dengan kau". Hampir bergenang air mata gembira. Tapi lelaki macho mesti kawal emosi. hehe.. Jadi aku cuma balas dengan senyuman penuh erti kepada mereka. Aku tahu mereka faham. Kemudian bergembira bersama rakan-rakan yang turut bergraduasi. Posing ikut suka hati, ambil gambar pun sesuka hati tapi tidak tahu kamera siapa. Baru aku tahu macam mana rasanya kalau artis diminta ambil gambarnya. Pening dengan flash.

Oh ya, malam sebelum raptai ada acara makan-makan sempena Reunion BENT. Datang agak lewat daripada rakan-rakan yang lain kerana sibuk mencari barang-barang persiapan konvokesyen tapi hampa. Belum lengkap sudah terpaksa bergerak ke Melaka kerana tidak mahu terlepas berjumpa rakan-rakan. Nasib baik semua kelengkapan berjaya disediakan sebelum majlis konvokesyen. Terima kasih kepada Atta yang membantu memilih barang-barang. Kembali kepada acara makan-makan tadi. Walaupun tidak semua menghadirkan diri, tapi sekurang-kurangnya mereka-mereka yang ingin ku lihat wajahnya hadir. Berjaya MENYUMBANGKAN beberapa buah lagu. Maaf kepada mereka yang sakit telinga. Baru lepas makan. Minyak-minyak lauk masih tersangkut di tekak. hahaha... Gembira dapat berjumpa semula rakan-rakan. Selepas ini tidak tahu bila lagi boleh berkumpul ramai-ramai semula. Jangan lupakan aku wahai rakan-rakan.

*habis cerita konvokesyen. Cerita selepas konvokesyen pula.

Untuk pertama kalinya sepanjang 23 tahun menjadi manusia di muka bumi & beberapa bulan mengidam, akhirnya aku berjaya makan cupcake buat kali pertamanya. haha.. Tapi cupcake tersebut tidak sedap langsung. Harga pula mahal. Jadi aku malas mahu bercerita mengenai cupcake tersebut. Terasa rugi.

cupcake yang tidak sedap

*tiba-tiba hilang idea.hmmm..

Selamat pengantin baru kepada kekasih cerah, Eila yang telah selamat dinikahkan dengan kekasih pilihan hatinya. Cemburu dengan kamu. Hampir tidak kenal dengan pengantin wanita. haha..

Acara terakhir, sesi bergambar di Putrajaya. Aksi agak kurang lincah pada petang itu. Mungkin kerana sudah kepenatan. Sama penatnya dengan menaip sambil berfikir mengenai apa yang aku sudah lakukan sepanjang bulan ini. haha..

*okay, serius sudah penat.

Banyak lagi rasanya aktiviti yang aku tidak masukkan. Kenangan berkenalan dengan gadis bernama Vera juga tidak aku masukkan. Nanti ramai yang curious. haha.. Mood mahu menaip tiba-tiba hilang sebenarnya. Otak tiba-tiba menjadi kurang aktif. Jadi aku berhenti di sini sahaja.
Tamat.





p/s: terasa seperti mahu tambah playlist lagu. tambah @ buang saja?

12.10.09

Oh Pelik



pelik
bila kau seharusnya bergembira
gembira atas sesuatu yang boleh kau gembirakan
tapi sebaliknya kau bersedih
bersedih dan kau kemudian keliru
atas sebab apa kau bersedih

pelik
bila kau seharusnya melawan
mempertahankan maruah
tatkala dirimu dipersenda
tapi kau diam membisu
tersenyum kelat
hanya kerana mereka yang mempersenda itu
golongan lebih atas dari dirimu

pelik
bila kau katakan kau benci dia
tapi kau tersenyum apabila melihat dia
kemudian kau tetap angkuh berkata
kau benci dia
orang-orang di kiri kanan mu terpinga-pinga

pelik
bila kau kelihatan begitu bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan
seolah-olah itu memang haluan hidupmu
tapi baru saja lumpur dugaan pertama
kau sudah beralih arah
dasar hangat-hangat tahi ayam

pelik
bila kau rasa kau akan hidup merana
Tuhan akan sentiasa memberimu jalan kedua
tanpa kau sedari
tapi kau tetap dengan kejahilanmu
tidak tahu makna syukur

dan lebih pelik
aku rasa semakin kurang berminat mahu bercerita di sini
seperti mahu membuka halaman baru
di mana aku tidak kenal kamu
kamu juga tidak kenal aku
tapi ketandusan idea
itu dan ini semua tidak menjadi


haish~

8.10.09

Puisi Rangga



“Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.”


antara puisi yang aku anggap menarik walaupun seperti ada yang aku kurang faham.


p/s: aku baru tahu cerita Beautiful Days rupanya diadaptasi daripada ceria AADC..

30.9.09

Yang Terpendam



Pendam
Dipendam
Terpendam

Tersisih
Tersiksa
Terasa

Okay
Fine
Kalau itu yang kamu mahu


p/s: mana teman luahan jiwaku?

28.9.09

Iklan Berat Hati



GITAR UNTUK DIJUAL


Jenama: Epiphone
Model: Les Paul 100
Warna: Hitam sejati
Kondisi: perfect condition, tiptop
Tarikh Beli: 12 September 2008
Harga: RM 1000



Bukan aku yang punya. Aku cuma membantu.
Banyak kenangan bersama gitar ini.
Sayang sekali aku tidak mampu membelinya.
Kalau aku ada duit, aku beli terus. Simpan dalam galeri.
Kenangan kot~


27.9.09

Untuk Kamu Kawan Lama

lama dia hilang dari pandangan
baru beberapa hari ini
wajahnya kembali muncul

bersama sebuah hadiah kejutan

terkedu..

hilang semua kata-kata

tatkala melihat gambarnya
gambar ceria sebuah perkahwinan

hmmm..
lama benar aku hilang dari pandangan kalian

mana semua cerita kamu
ayuh..
mari kisahkan padaku

luahkan semua rindu kamu
dendam kamu
sayang kamu
pada aku
dia
mereka

ya..
lama benar kita semua tidak berjumpa
cerita kamu dengan si dia pun entah macam mana
dia sudah berpunya
kamu pula sudah tidak bersama si dia
yang itu mahu dengan yang di sana
pandai sudah kamu menggatal ya :)

kepada kamu yang sudah menikah
tahniah aku ucapkan :)

(baru sedar, ramai pula yang sudah menikah)
hahaha

...

jujur

rindu dengan cerita klasik kita semua..

Atas Dasar Semangat Bola Sepak Malaysia Yang Aku Pernah Rasai Dahulu



Aku terbaca mengenai entri ini beberapa hari lepas. Baru hari ini aku mempunyai kesempatan untuk membantu menghebahkan mengenai berita ini. Entri di bawah aku copy paste daripada sokernet, hasil nukilan Lucius Maximus. Atas dasar semangat bola sepak era 90-an yang aku rindui, aku rasa perlu untuk kita semua ketahui apa yang terjadi kepada salah seorang bekas penjaga gol kebangsaan terhebat Malaysia; Khairul Azman Mohamed.


Tahun 1992, Stadium Darul Makmur di Kuantan akan dipenuhi sekitar 20,000 penyokong setia Pahang yang mahu menyaksikan skuad Tok Gajah mereka beraksi dalam Liga Malaysia. Di hujung padang, di tengah pintu gol Pahang berdiri seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut panjang bertocang. Suaranya lantang memberi arahan kepada barisan pertahanan Pahang, sambil tangan bersarungnya sekali-sekala memberi tunjuk arah.

Lama sebelum Real Madrid muncul dengan idea Galacticos mereka, Pahang terlebih dulu memulakan projek sedemikian. Atas titah baginda Sultan Pahang yang mahukan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kuantan, Pahang membina skuad yang dibarisi Mubin Mokhtar, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Fandi Ahmad, Borhan Abu Samah dan Alan Davidson. Tetapi ada satu posisi yang pemainnya tidak perlu diganti. Posisi penjaga gol Pahang kekal milik Khairul Azman Mohamed, lelaki tinggi lampai bertocang yang kali pertama menyarung jersi Pahang di tahun 1985 ketika baru berumur 17 tahun.

Siapa yang tidak kenal Khairul Azman? Dia bukan sekadar penjaga gol Pahang tetapi juga penjaga gol Malaysia. Dan ketika zaman kemuncaknya Khairul Azman pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Asia.

Kehadiran beliau di pintu gawang menggusarkan banyak pemain serangan lawan. Khairul Azman adalah benteng terakhir skuad Pahang dan beliau bukan penjaga gol yang mudah dibolosi. Reputasi beliau meletakkan Khairul Azman sebaris dengan V Arumugam dan Rashid Hassan.

Ketika Khairul Azman bermain atas padang bolasepak, Iker Casillas masih lagi bermain di atas padang permainan kanak-kanak.

Tahun 1993, Khairul Azman membantu Malaysia menjuarai Piala Merdeka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Keutuhan beliau menjaga gawang Pahang membawa skuad Tok Gajah itu bergelar juara berganda Piala Malaysia dan Liga Malaysia pada tahun 1992. Khairul Azman turut membantu Pahang bergelar naib juara Piala Malaysia tahun 1994.

Tahun 1995 menyaksikan lelaki tinggi lampai bertocang ini menyeberangi Laut China Selatan dan berhijrah ke Sabah. Khairul Azman membantu skuad Badak memenangi trofi pertama mereka, Piala FA pada tahun 1995. Tahun berikutnya, Khairul Azman memainkan peranan membantu Sabah menjuarai Liga Malaysia, kejuaraan kedua negeri di bawah bayu sehingga kini.

Tahun 1996 juga menyaksikan Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Namun skuad Badak tewas di tangan Gergasi Merah, Selangor.

Kebolehan Khairul Azman tidak terhad di kancah domestik. Beraksi untuk Malaysia dalam Piala Tiger 1996, beliau membantu Malaysia bergelar naib johan setelah tewas kepada Thailand 1-0.

Pencarian Piala Malaysia Khairul Azman bersama Sabah bagaimana pun tidak kesampaian. Layak ke akhir dua kali pada tahun 2002 dan 2003, tetapi sekali lagi tewas kepada Petaling Jaya dan Selangor. Khairul Azman akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung but bolanya pada tahun 2005 selepas gagal pulih dari kecederaan.


Di mana abang Khairul Azman sekarang?

Beliau kini menetap di Penampang, Sabah bersama isteri Caren John Bion dan anak. Beliau kini tidak bekerja dan hidup bergantung pada bayaran bulanan Perkeso berjumlah RM540 sebulan.

Kenapa aku menulis tentang abang Khairul Azman?

Kami berbual di telefon petang tadi. Dan dari perbualan itulah aku mahu bercerita tentang kisah beliau di sini.

Abang Khairul Azman yang pernah kita kagumi kini tidak lagi bekerja kerana kecederaan yang beliau hadapi kesan dari sukan bolasepak kesayangannya. Kecederaan beliau mengakibatkan kedua-dua lututnya sakit dan tidak berfungsi dengan baik. Lutut kanan kehilangan ligamen, tendon dan miniskus. Lutut kiri pula ketiadaan ligamen dan tendon.

Dua kali setiap minggu beliau berulang ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan mengurangkan kesakitan.

Biaya pembedahan bagi menggantikan ligamen dan tendon beliau boleh mencecah sekitar RM16,000.

Tanpa pekerjaan dan pendapatan tetap serta keluarga untuk disara, sukar buat beliau mengumpul dana bagi pembedahan tersebut.

Malam ini, Buletin Utama TV3 melalui slot Buletin Sukan bakal menyiarkan kisah Khairul Azman.

Sokernet juga turut menyeru semua pembaca dan pencinta bolasepak di luar sana untuk membantu abang Khairul Azman mengikut kemampuan masing-masing.

Derma untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Public Bank milik Khairul Azman Mohamed bernombor 4-8352847-02.

Atas segala bantuan yang disalurkan, Sokernet bagi pihak abang Khairul Azman mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga Tuhan membalas jasa baik tuan puan adanya.

19.9.09

Tag Zaman Kecil


Tarikh Lahir : 10 Julai
Tempat Lahir : HBTS
Tempat dibesarkan : Membesar di beberapa tempat di Malaysia


1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Bardin. Dia lebih tua dari aku. Apa yang best pasal dia ialah dia ada banyak koleksi barang permainan & selalu pinjamkan aku. Haha.. Tapi sekarang sudah lost contact. Juga, my always-be-bestfriend, Hendra Salingke. Kawan yang tidak pernah lari di kala semua orang senyap masa aku dibelasah. Kawan hidup mati aku.

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Galah panjang, baling getah, guli, baling selipar (aku tidak tahu nama sebenar permainan ni), tapok-tapok (hide & seek kalau bahasa standard), bola, polis-pencuri, patung (freeze kalau budak-budak sekarang panggil. Bukan main patung), & etc. Oh ya, yang paling menarik, main kahwin-kahwin =)

3. Kalau anda gaduh dengan kawan anda, apakah yang akan anda cakap kpd mereka?
nanti kau...
nda pyh la kita kawan dia 2...
sini kau bah...
aku kasitau mamakmu..

4. Di kawasan manakah tempat feveret anda bermain?
Semua kawasan yang boleh dijadikan tempat bermain kecuali kawasan yang ada potensi untuk menjadi trek-perlumbaan-100meter-untuk-selamatkan-diri sebab ada anjing mengejar. Lagi, Taman Tun Fuad :)

5. Apakah cita-cita anda semasa kecil?
Polis, polis trafik, bomba. Cita-cita standard zaman budak-budak sebab rasa macam hebat kalau kerja pakai baju seragam. Sekarang, kerajaan bagi tempat kosong pun belum tentu aku mahu. Hoho..

6. Apakah rancangan katun yg anda gemari dan masih ingat sampai skrg?
Suria Baja Hitam, Gaban, He-Man, Power Rangers, Transformers, Speed Racer, Voltron, Ninja Turtles, Flashman, Street Fighter. Apa lagi?

7. Makanan ringan apakah yg anda akan borong di kedai?
Aku kurang minat makanan ringan semasa kecil. Minatku lebih kepada permainan. Terutama sekali permainan 20sen yang disimpan dalam bekas berbentuk seperti telur (Dulu 20sen. Sekarang makin mahal. Jadi aku hentikan minat tersebut. Haha..)

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yg anda teringin jumpa skrg?
Sama seperti shipa. First crush aku masa darjah 3, Mariani. Budak yang aku tidak pernah kalahkan dalam kelas sampailah aku pindah sekolah. Markah dia selalu lebih tinggi dari aku. Jadi peluang nak tunjuk macho kuranglah.

9. Apakah gelaran anda semasa kecik?
Hensem, kacak, comel, charming. Hahaha.. Semua kawan-kawan sekolah panggil Kasri. Kawan-kawan dekat rumah panggil Don. Ada juga yang panggil Kas. Comel kan :p

10. Siapa yg mahu ditag?
Seyn Wishbone
Miss D
Pie
Jelly
Siapa-siapa yang mahu..




p/s: Malam raya pun aku boleh bosan. Pelik

17.9.09

Malam Terakhir

malam ini
mungkin
malam terakhir kita bersama
berdua


kau akan mati

aku pula kau tinggalkn sendiri
bersama semua kenangan dan harapan
harapan agar aku boleh meneruskan hidup
tanpamu dalam jagaanku

sampainya hatimu
meninggalkan aku begini
terkapai-kapai mencari penyelesaian
atas semua kesalahan yang aku lakukan
sepanjang aku bersamamu

aku tahu semua kesalahanku
dia juga telah menghukumku
harga bayaran yang aku perlu tanggung
hanya kerana kamu

akhir kata dariku
selamat tinggal
wahai

...

lei sen pi..



p/s: mood: sedih + bengang = sengang

14.9.09

Seharian Bekerja



Musim raya sudah bermula.
Semua orang di setiap rumah sudah mula sibuk.
Sibuk mengemas, mengecat, menyusun rumah masing-masing.
Rumah tempat aku menumpang teduh dari hujan & panas ini juga tidak terkecuali. Sibuk membuat persiapan walaupun rumah orang tuaku sendiri pun aku tidak pernah buat sedemikian rupa.
Haha..
Hmm..

Keadaan mood agak kurang memberangsangkan sepanjang hari ini.
Sibuk melayan kerja & perasaan.
Seharian aku tidak keluar rumah.
Mengecat rumah.
Menyusun semula barang-barang yang ada di dalam bilik.
Tuan rumah suruh buang semua barang-barang yang tidak diperlukan.
Barang-barang di rumah sudah semakin penuh.
Perintah mesti dituruti.

Leka membuang, terjumpa koleksi barang-barang lama.
Koleksi yang memberi penuh makna.
Tersenyum sendiri.
Hilang seketika muram di hati.

Seharian aku muram.
Hari bermula dengan mimpi buruk.
Kemudian terasa ada yang kurang walaupun seharian dipenuhi dengan mengecat rumah.
Ditambah lagi dengan tekaan sinis yang rupanya adalah benar.
Dunia..
Hmm..

Kembali ke koleksi tadi.
Aku terjumpa semua koleksi yang aku simpan sepanjang tempoh pengajian aku di universiti.
Yeah.. Semua yang memberi kenangan unik kepada aku walaupun ianya kelihatan seperti sampah di mata orang lain.
Tidak kisahlah..
Asalkan aku gembira.

Kad topup gayut..
Gambar passport zaman kanak-kanak sampai ke zaman muda remaja..
Bekas keychain Mr. P..
Combo drive yang rupanya masih elok aku masih simpan walaupun sudah tidak berguna..
Bekas flash drive yang sebesar jari kelingking tapi sudah hilang entah ke mana..
Gambar kereta idaman waktu kanak-kanak..
MP3 player yang org ganti setelah cuba menipu..
Resit parking motor masa first time dating pinjam skuter kawan..
dll..

Banyak yang aku lalui sepanjang 4 tahun tempoh pengajian.
Sebanyak itu juga ia membantu mematangkan aku.
Suka duka bersama mereka yang berada di sekeliling.
Hmmm..

Okay.
Sambung kerja semula.
Kerja belum siap.

Kepada shipa, akanku jawab tag kamu selepas selesai semua kerjaku.
Sekian.



p/s: mode: seri

7.9.09

karya percuma #9



Kadang-kala
Bila kita terasa pautan tangan kanan kita semakin lemah
Kita akan cuba mencapai pautan yang lain dengan tangan kiri yang satu lagi
Walaupun tangan kiri itu sebenarnya terluka

Kemudian
Kita akan cuba untuk berpaut dengan kedua-dua belah tangan

Tapi
Selama mana pun kita cuba bertahan dengan cara itu
Tangan kanan akan sentiasa bertahan lebih lama
Kerana di situ terletak kekuatan utama kita
Bukan di tangan kiri yang masih terluka



p/s: dan kini tangan kananku pula terluka

6.9.09

Okay



Mood berkarya percuma datang kembali.
Dan aku tidak tahu kenapa.
...



31.8.09

Bukan Pantun Merdeka


Pergi ke bazar berbaju sekolah,
mahu membeli juadah berbuka,
PC saya tengah bermasalah,
Kalau terhantar virus tu minta maaflah ya.




Selalu sangat berkarya percuma. Kita berpantunlah pula. hahaha..



p/s: kenapa aku gelak? aku sepatutnya serius. PC aku bengong ni bai..
p/s/s: Selamat Hari Merdeka Malaysia & rakyatnya. Tahun ini agak suram sambutan.

23.8.09

Pagi Yang Gampang



Permulaan hari yang menarik.

Bangun awal.

Hantar sepupu ke tempat kerja.

Kena saman.

Balik.

Memaki dalam hati.




p/s: sabar, sabar.. dugaan puasa

22.8.09

Mungkin Cuma Aku Yang Terlepas Pandang




Aku cuba untuk berfikiran positif 2 hari ini walaupun bukti menunjukkan sebaliknya. Dalam 2 hari ini aku cuba memerhati sambil berkira-kira jumlah yang aku boleh ingati sepanjang aku berada di luar rumah.

Terlalu sedikit.

Kalau dijumlahkan semua yang aku kira dalam 2 hari ini pun masih sedikit. Kalau dulu rasanya sudah bersepah bilangannya. Ada dimana-mana. Apa puncanya?

Mungkin ada perkara atau berita yang aku tidak tahu. Mungkin ada yang aku terlepas pandang kebelakangan ini.

Jadi aku mahu bertanya kepada semua yang membaca blog aku:

Kenapa tahun ini terlalu sedikit bilangan rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan?



19.8.09

Sesi Menaip Dalam Kelas #2

Pernah tak kamu terjumpa, terlihat, terbaca, ataupun tersebut perkataan 'nom nom nom'? Mungkin sudah ada yang tahu mengenai perkataan ini terutama sekali mereka yang bergelar manusia urban. haha.. Okay, aku bukan merapu. Dalam beberapa hari ni aku jadi stalker blog melayu minimalis yang tegar. Everyday aku buka blog dia, tengok-tengok apa gambar terbaru yang dia upload. Di bawah nama blog dia tu, dia ada tulis 'om nom nom'. Aku tidak tahulah 'om nom nom' beri maksud yang sama dengan 'nom nom nom' atau tidak, nanti aku tanya encik MM tapi aku berjaya mencari maksud 'nom nom nom' melalui salah satu blog yang aku baca tadi. Link blog tu aku dapat dari encik MM juga. haha.. Tidak kisahlah kalau ada yang sudah tahu pun, yang penting aku mahu kongsi benda yang aku baharu tahu ni. Jadi kepada pelajar-pelajar bahasa Uganda, mari belajar bahasa urban pula. haha..

'nom nom nom' adalah perkataan yang wujud dalam Kamus Urban. Kamu carilah kat Kamus Dewan atau Kamus Dwibahasa sekalipun, sampai kamus tu koyak pun kamu tidak akan jumpa perkataan 'nom nom nom'. 'nom nom nom' membawa pelbagai maksud. Salah satu daripadanya adalah effect bunyi yang terjadi apabila kamu memakan sesuatu yang sangat sedap dan memberi kenikmatan yang tidak terhingga. Biskut feymes aymes ajib contohnya. Maksud kedua pula ialah ianya merujuk kepada bunyi yang dikeluarkan oleh Cookie Monster apa bila dia memakan biskut. "nom nom nom"... haha.. Selain itu, 'nom nom nom' juga merujuk kepada kata ganti untuk perkataan suka, sayang, cinta (erkkkk...). Contoh ayat: kamu nom nom nom saya? saya nom nom nom kamu~ haha.. Owh tidak!! kedengaran seperti mahu makan orang pula.

Tapi 'nom nom nom' juga memberi maksud yang agak kurang sopan lucah. haha.. Okay aku segan malas mahu mengulas mengenai maksud tersirat yang ini. Kamu cari sendiri.

Ada banyak lagi bahasa-bahasa kaum Urban yang pelik tapi boleh dipelajari. Sampai sini sahaja kelas hari ini. Masa untuk balik merayau. Chow..




p/s: nom nom nom

16.8.09

Muzik Televisyen Pentas Dunia



tattoo sementara

pusat tumpuan

Hoobastank

All-American Rejects

Kasabian

Terima kasih kepada pihak penaja yang baik hati sudi ajak datang. Sampai hujan pun aku sanggup redah sebab tak nak lambat datang. haha.. Tapi terlepas tengok Estranged pulak. Deym~ Hoobastank & All-American Rejects punya persembahan tak payah komen lah. Menarik. Sampai suara aku hilang lagi. Banyak juga band-band yang menarik. Nampak sangat pengetahuan mengenai muzik aku masih kurang. Antaranya Reygan, & yang paling menarik; Kasabian. :p Tapi tidaklah seteruk minah-separa-inggeris yang terpekik terlolong jerit "Kasabian!!~ Kasabian!!~" lepas tu cakap kat member sebelah dia "is that kasabian? i don't know who they really are actually" Bengong. Pakcik Soundman dengan artis pun tak boleh bezakan. Bukti bahawa orang yang cakap inggeris tu tak semestinya bijak. Kadang-kadang kosong juga. hahaha.. Nasib baik aku ada hafal beberapa lagu Kasabian. Boleh juga tolong melalak sekali.






p/s: badan lemah. penat melompat

13.8.09

Untuk Mereka Yang Suka Gadoh



gambar diambil daripada komas

macam menarik lah pulak.. harap-harap dapat free pass.
untuk info yang lebih tepat, klik link di atas.
apa yang aku tahu, tema cerita ni berkisar mengenai perkauman.

gadoh!!





12.8.09

Buang Perasaan



Baru semalam aku sebut pasal kegembiraan. Hari ni aku rasa macam mahu disable semua perasaan pula. Agak-agak macam manalah rasanya kalu hidup tanpa perasaan? Orang gelak, kamu diam. Orang sedih, kamu buat muka blur. Orang maki kamu, kamu masih blur sambil pandang muka orang tadi. Rasa-rasa hebat tak? Aku pun kurang pasti apa punca sebenar & dari mana keinginan pelik aku ni timbul. Apa yang aku tahu kadang-kadang aku rasa orang yang tiada perasaan itu lebih hebat. Aku pernah cuba. hahaha.. Tapi terasa macam robot. Sampai ada orang tegur "bro, senyum lah sikit. muka kau macam muka orang tak ada perasaan". Korang rasa aku patut buang perasaan aku tak?






p/s: malas mahu menjaga perasaan

10.8.09

Sesi Menaip Dalam Kelas #1



Kadang-kadang gembira itu datang bukan hanya kerana diri kita yang bahagia. Kadang-kadang dengan melihat orang lain gembira pun tetap boleh membuatkan kita turut gembira.

......

Okay, idea aku hilang tadi. Trainer aku cuba memberi penerangan mengenai availability untuk create another user account from a read only domain control yang agak memeningkan. Apa yang aku tahu, "child domain tak boleh buat account kat parent domain". Kira macam anak-anak tak boleh nak buat bijak gatal-gatal buat rumah kat kawasan tanah rumah parents dorang lah.. Korang tak ada kuasa nak buat macam tu. Jadi jangan nak memandai. Bapak korang lempang nanti.

Time aku taip entri ni sebenarnya aku dalam kelas. Oleh kerana idea datang secara tiba-tiba & takut encik-encik trainer marah sebab aku online time dia tengah mengajar, so aku taip kat notepad saja lah dahulu..

Pasal gembira tadi. Aku terbaca entri kat blog seseorang. Dia ceritakan bagaimana dia dapat lihat salah satu kejadian cinta pandang pertama kat LRT yang start from zero (cuma bertukar pandangan) dan sebulan kemudian jadi mesra. Hebat bukan? tapi aku bukan mahu kisahkan mengenai pasangan itu. Apa yang menarik ialah kegembiraan apabila kita melihat orang lain gembira walaupun kita tidak mengenali orang tersebut. Aku juga selalu menjadi encik pemerhati-orang-lain-yang-lalu-lalang-di-sekeliling-aku. Walaupun tidak selalu, tapi apa yang berlaku kepada orang lain juga turut memberi impak kepada si pemerhati. Contohnya macam kes tadi. Mesti best bukan? haha

Itu kalau kes turut gembira. Tapi ada juga kes pemerhatian yang boleh memberi effect emosi yang sebaliknya. Contohnya? kita ambil kes cinta pandang pertama tadi. Aku sendiri tersenyum kemudian rasa macam "best, best". Tapi ada juga orang yang menjadi kurang gembira. Cemburu mungkin. Kemudian berkata "kalau aku macam tu kan best.." & menghela nafas panjang. Mungkin lah kan...

Okay, entri tergantung. Kelas sudah habis. haha. Last words from my trainer:

"i am the trusted because the trusting trust me."

Aku belajar mengenai trust hari ni. Balik.


windows server 2008 class
5.25




p/s: makin bosan

8.8.09

Demmit!!



One Tree Hill buat aku jadi emosional lah pulak..

Aku suka ayat ni:

"believe that dreams come true everyday, because they do... "


memang rugi siapa yang tak layan cerita ni. Lagi best dari layan
cerita korea yang merepek-repek tu




p/s: demam sebab hadap komputer dari pagi sampai petang

2.8.09

Banging Di Awan Biru




Jangan tanya menarik atau tidak. Layan~



p/s: sampai sekarang leher masih sakit

31.7.09

Pelik Bin Hairan



Dah beberapa hari aku duduk menghadap PC & laptop di rumah ni. Terasa macam banyak benda yang aku mahu taip. Tapi pelik, sampai sekarang aku masih buntu mahu bercerita mengenai apa..


Demmit~


Next time lah!!





p/s: terasa macam michael jackson pulak kalau pakai mask mulut

27.7.09

Pengumuman Penting

 

 
I'm Back!!!!



hahaha...




26.7.09

EntriYangTakBolehTekanSpace

Ok,takpayahkisahlahkeyboardnitakbolehtekanspacebarlapulakkan..Nasiblahsiapayangpening-peninglepasbacaentrini..hahaha..Firstofall,happybelatedbelatedbelatedbirhtdayuntukencikdirisayasendiri.terimakasihkepadasemuayangwish.takkiralahsmsataucall.terimakasihjugakepadayangbagihadiah,belanjamakan,belanjasapukrimkatmuka,&banyaklagilahyangdilakukan..akusibuksekarangwalaupunakusepatutnyamenjadipengangguryangberjayahaish..alamak,akuterpaksasignoutdulu.daaaa...

4.7.09

Kamu Rasa Aku Kejam Tak


Mood untuk bercerita tentang trip ke Ipoh kali ini terbantut. Sebab apa? aku menganiaya orang cina tua dalam bas tadi. hahaha.. Bukan salah aku okey.. Dia yang mulakan dulu. Bak kata Angelina Jolie "never start a fight, but always finish it". Jadi, sebagai seorang insan yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang timbul, aku pun menggunakan ilmu pengelak yang aku pernah pelajari suatu ketika dahulu. Apalah gunanya berilmu kalau tidak digunakan ilmu tersebut. Betul bukan?

Kisahnya bermula semasa aku baru beberapa minit menaiki bas ekspres malam tadi. Dengan niat suci murni lagi berhemah tinggi, aku merancang aktiviti yang aku akan lakukan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Macam biasa, aktiviti yang paling menarik aku boleh fikirkan ialah tidur, tidur, & tidur. Aktiviti lain? cukuplah itu sahaja. Haha.. Perancangan sudah sempurna, bas pun sudah mula bergerak. Selamat tinggal Kuala Lumpur! esok jumpa lagi..

Lebih kurang 15 minit berlalu, pemandangan sudah semakin gelap. Masa yang paling sesuai untuk aktiviti tidur-sepanjang-perjalanan dilakukan. Aku pun mula membuat persiapan-persiapan yang perlu sebelum memulakan aktiviti tidur. Silent handphone, ambil sweater, tutup muka.. Okey, let's gone!..

Kemudian niat suciku untuk melelapkan mata terganggu oleh bau yang amat meloyakan tekak & otak. DEYM!~ Aku mula mencari punca pencemaran udara yang menyiksakan itu. Aku pandang sekeliling, cuba mencari kemungkinan yang pasti. Sah! orang cina tua yang duduk di belakang aku adalah puncanya. Tidak syak lagi.

Aku cuba mengabaikan bau tersebut. "sabar, dia orang tua.." cuba untuk menenangkan fikiran. Aku tutup hidung. Tetapi bau wangian pembunuh semakin kuat menusuk ke lubang hidung. Semakin kuat juga loya & pening-pening akibat bau tersebut. Aku sudah mula terfikir mengenai seksa 3 jam yang akan datang. Aku mesti buat sesuatu!..

Aku buka aliran air-cond di atasku dengan harapan mungkin bau tersebut akan hilang tapi hampa. Bau wangian pembunuh tidak juga hilang. Badanku menggigil kesejukan. "ah, ini sudah melampau!" Kamu boleh tidur kalau ada bau kaki yang meloyakan berdekatan dengan kamu?

Penyelesaiannya: aku buka kedua-dua aliran air-cond di atasku. Aku halakan ke arah kaki orang cina tua di belakang tadi.

Selepas itu aku tidur dengan senyuman. Senyuman yang penuh dengan kepuasan =)





moral of the story: jangan tidur dengan berkaki ayam di dalam bas kalau rasa-rasa bau kaki anda boleh membunuh orang lain.



p/s: orang cina tua tu mengomel, aku tak faham

26.6.09

Mari Ke Ipoh

Haha.. Sekian lama tidak menjengah 'tempat kesayangan', akhirnya update lagi.. =) Kali ini berada di Ipoh lagi. Untuk apa? Untuk yang ini


Klik sini & sini untuk info

Apa yang menarik? semua lagu akan disampaikan dalam versi semi-akustik. Jadi, mari melawat Ipoh!!






p/s: demam masih menghantui.. huhu..

31.5.09

Quick Update #1



start 0157


Aku
bosan, tension, sakit hati, makan hati, rindu, mahu cari kerja
Aku
terlalu banyak berfikir, semakin sakit kepala, semakin takut, semakin malas
Aku
tiada idea
sekian



end 0201





p/s: siapa boleh gembirakan saya, sila beritahu

20.5.09

Dari Maoz




credit to Maoz
thnx beb :)

Tiada apa yang menarik. Sedang sibuk mengisi masa lapang yang penuh dengan kerja-kerja percuma.

Bosan!



p/s: siapa yang upload lagu destinasiku hatimu di youtube?

18.5.09

Terima Kasih




Terima kasih kepada Nurul Anis Nadia untuk gambar di atas =)
Terharu. Serius...

Okay, masa agak suntuk.

Terima kasih juga kepada yang mengambil berat semasa aku mengalami kemalangan tempoh hari. Ya, kemalangan lagi. Untuk kamu yang tidak dapat aku balas mesejnya, maaf kerana aku kehabisan kredit. Harap kamu faham. Huhu.. Keadaan diri agak baik tapi keadaan kereta mungkin agak memeningkan (kos mengecat untuk dua pintu RM500, tidak termasuk bahagian bonet & bumper. sumber: pomen yang tinggal berdekatan dengan rumah).

Aku sedang giat menanam anggur di rumah orang ketika ini. Harap-harap boleh mendapatkan duit dalam masa terdekat (hutang semakin berlambak. Kereta orang lagi... deym...). Kamu mahu ambil saya bekerja?

Sekian untuk kali ini. Selamat mencari kerja kepada yang mengalami nasib yang sama seperti aku...




p/s: sudah mula rindu dengan perkataan 'lahanat'

10.5.09

Untuk Kamu Kawanku

khas untuk kamu, kamu, dan kamu semua..

terima kasih yang tak terhingga..

terima kasih untuk 4 tahun yang sangat berharga..
terima kasih untuk semua kenangan bersama..

terima kasih..

terima kasih..

terima kasih untuk segala-galanya..


untuk kamu yang menjadi temanku..
untuk kamu yang menjadi peneman setiaku..

penghibur di kala hati hiba & kecewa..
penyeri di kala diri merasa terlalu sunyi & sendiri..

terima kasih aku ucapkan..

kamu benar-benar mengajar aku erti kawan..


maafkan aku jika pernah kasar bahasaku..

aku tahu gurau-sendaku mengguris hatimu..
biarpun kamu tetap membisu..
aku tahu hatimu terhiris dengan kataku..
maafkan aku wahai kawanku..


untuk kamu yang menganggap aku kawan..
dan kamu yang aku anggap kawan..

aku sayang kawan-kawan..


....


biarkan aku beremosi seketika
biar aku luahkan apa yang aku rasa
aku tahu sumbang bacaannya
tidak mengapa
biarkan saja
ini hadiah untuk kawanku semua
kawan-kawan yang aku kenali selama 4 tahun bersama
insyaAllah sampai mati aku ingat kamu semua






p/s: selamat tinggal kawan-kawan... :(

6.5.09

Selamat Hari Lahir





selamat hari lahir nurul haryani wong =)



semoga tercapai segala impian

terima kasih untuk kenangan 4 tahun bersama
i owe u a lot..



Penat



Aku sudah penat
Serius
Aku sangat-sangat penat
Tanya mereka yang berada di sekeliling aku
Tanya mereka yang turut merasai apa yang aku rasa
Tanya dia yang terpaksa menjadi mangsa tunjuk ajar pada pukul 5 pagi
Tanya dia yang selalu melihat aku tertidur di meja ini
Tanya mereka yang menjadi mangsa emosi aku kebelakangan ini
Paling tidak pun
Tanya pada aku yang terpaksa tidur pada pukul 7.30 pagi
Kemudian bangun semula menghadap apa yang aku hadap sebelum tidur tadi

Aku emosi
Serius
Terlalu banyak yang aku terpaksa selesaikan
Laporan sepanjang 84 muka surat itu sudah cukup membebankan
Belum termasuk laporan-laporan lain
Orang lain sudah bersenang hati
Aku pula semakin sakit hati

Jadi tolonglah
Kalau ada sesiapa yang punya mesin masa
Tolonglah cepatkan waktu ini
Aku sudah tidak mampu
Terlalu penat
Serius
Sampai terasa mahu mati beberapa hari









p/s: maaf kepada yang menjadi mangsa

30.4.09

Tumpang Tanya

 
 


Ada sesiapa yang tahu kenapa Mozilla Firefox macam law-haw-waw sekarang?





p/s: sabar.. sabar..



25.4.09

Menghitung Hari #3



Hari pertama selepas hari terakhir peperiksaan. Tidur dengan tenang walaupun semalam tidur agak lewat. Bahana daripada selalu berjaga sehingga siang. Padan muka. Itu akibat selalu melakukan kerja pada waktu-waktu akhir. Rajin macam orang yang buat projek berjuta-juta tapi kerja tidak siap-siap juga. Aku semakin hilang mood mahu menjadi rajin. Terasa seperti diri yang dulu sudah hilang. Langsung tiada motivasi untuk belajar sedangkan pointer sudah berada jauh daripada aim asal. Kecewa.

Mengharapkan keputusan semester ini akan menjadi agak baik supaya pointer boleh naik semula tapi nampaknya kecewa lagi. Markah optic sudah keluar walaupun belum 100%, tapi sudah boleh dijangka keputusan yang akan diperolehi. Kecewa. Markah retest antenna juga sudah aku lihat. Sangat-sangat mengecewakan. Sudah berkira-kira mengenai markah yang bakal diperolehi dan jangkaan agak menakutkan. "adakah sejarah akan berulang lagi...". Semakin kecewa.

Draf thesis belum dikembalikan. Menyebabkan segala perancangan untuk bertungkus-lumus menyiapkan thesis di hujung minggu terbantut. Assignment juga belum siap. Padahal minggu depan sudah mahu meninggalkan kota Melaka untuk selama-lamanya. haha.. Mungkin juga tidak. Markah antenna belum keluar lagi. Jangan terlalu yakin bak kata orang.

Proses menghitung hari semakin giat dilakukan oleh semua orang. Merancang segala aktiviti dan berkira-kira waktu yang sesuai untuk meninggalkan negeri Melaka. Terasa masa semakin singkat. Serius. Dan banyak lagi yang belum dilakukan. Banyak tempat juga yang tidak dilawati. Sekarang baharu-lah terasa semua itu. Masa-masa mahu pulang baharu-lah sibuk terasa mahu ke sana ke mari. Masa awal-awal dulu tidak pula. Baru tahu. Padan muka.

Semua orang semakin sibuk sekarang. Sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang akan pulang sementara, ada yang akan terus berusaha menyiapkan sisa-sisa kerja di akhir pengajian. Mungkin ada yang sudah sibuk membeli pakaian untuk dinner. Apa? Kamu sudah membelinya di awal semester dahulu? Wahh.. Semangat... Bagus. Bagus. haha.. Jangan lupa tema. Walaupun aku sampai sekarang masih kurang faham tema sebenarnya. Lantaklah.. Yang penting kita bergembira malam itu. Itu matlamat kita bukan? Kita bergembira sebelum kita mencari haluan masing-masing. Tapi siapa yang menyusun atur cara majlis? Kalau mahu tahu atur cara majlis boleh?

Ada orang berkata hatinya berdebar dan dia tadak tahu kenapa. Hatiku juga berdebar tetapi aku tahu kenapa hatiku berdebar. Ada tiga perkara yang menyebabkan ianya berdebar; antenna, psm, kerja. Keputusan antenna yang sangat-sangat menakutkan, thesis psm yang tidak siap-siap lagi walaupun tarikh akhir penghantaran thesis BERJILID adalah pada minggu hadapan, dan juga otak yang sentiasa berfikir " macam mana mahu dapat kerja kalau pointer teruk macam ini?" Kamu tidak berdebar? Kamu hebat. Tidak mengapalah..

Cukup untuk kali ini. Mahu keluar membeli ribbon untuk dipakai oleh rakan-rakan nanti. Kamu ada cadangan di mana tempat yang ada menjual semua itu? sms cepat. haha.. chow~







24.4.09

Menghitung Hari #2



hari terakhir peperiksaan

seperti satu drama

di kampus induk pula

hmmm...

hari terakhir ke kampus

dan mungkin...

hari terakhir sebagai pelajar universiti

okay, aku patut mengulangkaji
sekian







p/s: hati berkecamuk seketika tadi...

14.4.09

A Trip Down Memory Lane #3




pengalaman banyak mengajar kita tentang erti hidup kan...


12.4.09

karya percuma #8



ingin ku berteriak
meluah segala kata
keluarkan semua rasa isi hati
yang ku pendam selama ini

ingin ku memaki
menghambur kata-kata benci
sumpah-seranah sepuas hati
biar sampai reda perasaan benci
sampai hilang sakit di hati

pecahkan saja!!!

amuk saja!!!!

biar pecah dinding-dindingmu
biar riuh tempikan mereka
kerana takutnya pada amarahmu

pukul saja!!!

jerit saja!!!!

biar mereka tahu apa yang kamu rasa

10.4.09

Menghitung Hari #1

Hari ini merupakan hari untuk kuliah terakhir & presentation terakhir sebagai pelajar di UTeM. Sama seperti wak, aku tidak merasa excited atau gembira atau sedih pada hari terakhir kuliah. Mungkin kerana beban kerja yang terlalu banyak hinggakan semua perasaan yang sepatutnya ada itu hilang. haha.. Mungkin juga kerana keadaan kuliah yang agak kurang sambutannya pada hari ini menyebabkan persekitaran menjadi kurang menarik, kurang feel bak kata orang seni. ahahaha.. Ataupun mungkin kerana masing-masing sudah malas mahu berperasaan seperti waktu muda-muda dahulu a.k.a. taching lbey~. Masing-masing masih berfikiran "aku masih jumpa kau kejap lagilah", "belum last day lagi", "aku tiada perasaan", & banyak lagi mungkin. Mungkin..

Bagi aku hari terakhir biasanya ada sesuatu yang dilakukan untuk dijadikan sebagai kenangan. Walaupun sekadar hari terakhir kuliah, yang seharusnya menjadi hari yang menggembirakan untuk mereka yang bergelar pelajar kerana ia menandakan tiada lagi kuliah untuk beberapa hari, minggu, & juga bulan yang akan datang. Yang tinggal cuma waktu belajar secara individu & peperiksaan akhir semester yang pastinya di tunggu-tunggu oleh semua pelajar. Kemudian, musim cuti bermula =)

Tapi ada keunikannya apabila kamu menjadi seorang pelajar tahun akhir di mana hari itu adalah hari terakhir kamu menghadiri kuliah sepanjang pengajian kamu. Kalau bagi mereka yang bakal melanjutkan pelajaran, itu kes lain. Akan ada lagi kuliah pada masa akan datang untuk kamu. Tapi bagi mereka yang mungkin akan melangkah ke alam pekerjaan, itulah hari kuliah kamu yang terakhir sebagai seorang pelajar. Selamat datang ke dunia realiti. Kamu sudah cukup bersedia untuk menjadi dewasa? Be independent.

Mungkin terlalu awal untuk menyebut mengenai alam pekerjaan memandangkan peperiksaan akhir semester belum bermula. Lulus atau tidak juga belum tentu. Mana tahu ada yang sangkut di hujung jalan, kan? Jangan risau, aku bukan mendoakan. Aku juga risau mengenai perkara itu. Smester ini agak teruk tapi rasanya lebih baik berbanding semester lepas. Terima kasih kepada yang banyak membantu =)

Aku terasa mahu melepak di kawasan fakulti tadi. Tidak kisah la di mana-mana pun, yang penting dalam kawasan fakulti. Kawasan parking juga boleh. Melepak sambil bergelak ketawa. Ungkit semula semua cerita lama yang boleh diingati. haha.. Ya, mungkin terlalu awal. Dinner ada lagi untuk semua berkumpul. Tapi itu di tempat lain. Bukan tempat biasa. Bukan di tempat bersejarah. Bukan di fakulti. Feel juga akan lain. erk.. Mungkin tidak semua berfikiran seperti itu. haha..

Sudah. Aku tiada idea. Kelaparan. Perlu mencari makanan.

To Be continued..





p/s: siapa mahu mengambil saya bekerja, sila sms

4.4.09

Iklan #1




lepas ini boleh buat gig di inkubator
haha



1.4.09

Bendera Putih Setengah Tiang



Terasa seperti kalah

Perjuangan belum bermula lagi

Tapi semangat berjuang sudah hilang

Cari cepat sebelum terlambat

Dia sudah pergi

Kejarlah

Aku mahu berfikir dahulu

Untuk?

Tidak tahu






....






.........











Aku takut

Sebab?

Sebab aku

Suka hati kaulah


*senyum pahit

*tiada perasaan








p/s: menusuk ke kalbu?

Hampir



Memang PSM selalu buat ramai orang hampir sakit jiwa eh?


hmm..

28.3.09

Mimpi Lagi



P
elik

Aku semakin banyak bermimpi kebelakangan ini


Mimpi pula semakin mengarut-ngarut



Aku perlu kurangkan aktiviti memerhati rasanya


Dan banyakkan membuat kerja.



Oh ya, kaki sudah pulih. Terima kasih kepada yang mengambil berat.





p/s: fauziah gous tak lawa pun.

21.3.09

Mimpi



K
ata orang, mimpi itu mainan tidur. Ia seolah-olah flashback semula apa yang kita pernah fikir semasa kita berada dalam keadaan sedar. Tidak kisahlah jika perkara itu kita fikirkan cuma dalam beberapa saat ataupun sepanjang hari. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini tapi aku pernah terbaca mengenainya. Aku berminat untuk mengetahui kenapa kita boleh mimpikan sesuatu perkara walaupun kadang-kadang kita tidak pernah jangka kita akan mimpikan benda itu. Lebih-lebih lagi mimpi yang buat kita termenung sejenak kerana mimpi itu seolah-olah ada maksud tertentu, ada pesanan untuk kita aware, & kita kena fikir jalan cerita mimpi itu untuk memahami mimpi tersebut. Oh ya, aku sudah ingat. Aku baca fakta mengenai mimpi itu ketika aku berada di sekolah teknik dahulu. Kamu ingat lagi buku teks pendidikan jasmani yang berwarna krim+coklat muda itu? buku teks kamu lain? atau kamu sudah lupa alam persekolahan kamu? jangan lupa, itu kenangan sepanjang masa. Berbalik kepada mimpi tadi, waktu terjaga juga boleh mempengaruhi kadar ingatan terhadap mimpi. Kalau kita terkejut+tersedar ketika mimpi, kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah 100%. Berlainan pula kalau kita mimpi, tetapi tidak terjaga ketika mimpi itu berlaku. Kebarangkalian untuk mengingati jalan cerita mimpi itu adalah nipis. Ini adalah kerana peratus memperingati jalan cerita mimpi dan plot jalan cerita mimpi bertindak-balas mengikut bentuk loceng (bell-shaped). Aku kurang pasti mengigau ketika tidur terletak pada rise time waktu naik sebelum puncak cerita mimpi atau fall time waktu turun selepas puncak jalan cerita. Aku juga kurang pasti mengenai tindak balas ketika mimpi. Ianya bergantung kepada individu. Ada yang boleh berjalan ketika tidur, bercakap sendiri, bangun kemudian duduk seketika kemudian tidur semula & dia tidak sedar yang dia pernah buat begitu, tidak kurang juga yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang sopan ketika mengigau. Hmmm... Aku termimpi 3 cerita dalam 1 malam. Aku kurang ingat jalan cerita mimpi pertama tapi ianya mengenai aku berjalan-jalan yang mana menyambungkan mimpi pertama aku dengan mimpi kedua & ketiga. Mimpi kedua aku masih boleh ingat & gambarkan dengan jelas. Aku tidak tahu kenapa. Lokasi mimpi adalah kawasan simen tepi sungai. Kalau kamu tidak dapat bayangkan, cuba bayangkan Sungai Klang berdekatan central market KL. Aku berjalan-jalan di tepi kawasan itu kemudian terlihat sekumpulan kanak-kanak bermain ting ting. Aku berhenti, cuba memerhatikan gelagat mereka. Kemudian mataku tertumpu pada 2 orang kanak-kanak perempuan di bawah situ. Pelik. Dia bermain sambil mendukung seorang lagi rakannya di belakangnya. Kenapa dia mahu menyusahkan diri? bukankah lebih baik kalau mereka bermain secara berasingan?... Aku terus memerhatikan mereka. Kemudian aku terlihat sesuatu berdekatan kawasan budak-budak itu bermain. Aku senyum "oh, patutlah"... Kerusi roda itu terlipat kemas di situ. Kagum dengan setiakawan budak perempuan yang satu itu... =) Kemudian aku tidak tahu macam mana aku boleh berada di tempat lain. Masuk mimpi ketiga. Aku tidak tahu macam mana mahu menceritakan mimpi ketiga ini, tidak mahu ia terjadi lagi. Aku terjaga ketika aku mimpikan mimpi ketiga ini. Kemudian aku tersedar kelopak mataku berair ketika aku terjaga tadi. Jadi aku putuskan untuk tidak bercerita mengenainya. Cukuplah dengan nasihat kepada kita semua aku terutamanya. Sayangi orang-orang di sekeliling kita, keluarga kita, sahabat kita. Mereka mungkin tidak lama di muka bumi ini, kita juga begitu. Sekian.










p/s: mainan tidur.. jangan terlalu difikirkan..

19.3.09

karya percuma #7



senyum kawanku
jangan bermuram durja
apa pun yang berlaku
sentiasa senyum

senyum kawanku
biarkan saja tomahan orang kepadamu
balas mereka dengan senyuman

senyum kawanku
biarpun kamu dikhianati
atau dipinggirkan oleh mereka
senyum sahaja

senyum kawanku
aku tahu beban dibahumu
kerna aku juga merasakannya
itu tanggungjawab kita bersama

senyum kawanku
biarpun bumi membencimu
memberi segala duka kepadamu
pandang saja bintang beribu
dan senyum kepada bulan di situ

senyum kawanku
walaupun senyumanmu ketara pahitnya
senyum sebaik mana kamu mampu
kerana senyuman ada manisnya

senyum


senyum..

....

senyum...



kerana aku seperti sudah tidak mampu tersenyum...

hmmm...







p/s: terasa sumbang.. huhu

15.3.09

Pulled Hamstring Grade 1


Selama ini aku tidak tahu pun berkenaan hamstring. Perkataan hamstring tahulah, tapi tidak pernah pula cuba mahu mengetahui maksud hamstring secara mendalam sehinggalah hari ini walaupun aku masih kurang faham sebenarnya.

Hamstring sebenarnya adalah bahagian belakang paha kaki. Sakit yang selalu dialami pada bahagian otot paha kaki pula adalah pulled hamstring, bukan hamstring sepertimana yang selalu aku orang sebut.

gambar diambil daripada matthewschulert.com


Punca kesakitan Pulled Hamstring adalah kerana otot-otot tercedera, terkoyak, terputus (hah?). Berlari secara mengejut boleh menyebabkan risiko kecederaan.

Pulled Hamstring terbahagi kepada beberapa gred:

Gred 1:
  • Biasanya kaki boleh menjadi cramp & berasa sakit apabila otot digerakkan.

Gred 2:
  • Kurang kronik. Lebih teruk daripada Gred 1 kerana kesakitan lebih dirasai apabila otot bergerak. Lebih banyak otot tercedera mungkin

Gred 3:
  • Kes kronik. Otot koyak sampai boleh nampak pendarahan dalaman kalau dibiarkan beberapa hari.

Rawatan untuk Pulled Hamstring pula adalah nasi R.I.C.E. :

Rest
  • rehat yang secukupnya (kau tengok ni) sekurang-kurangnya 3 minggu untuk Gred 1, 4-6 minggu untuk Gred 2, & 3 bulan untuk Gred 3.

Ice
  • Ais perlu diletakkan pada bahagian yang tercedera tidak lebih daripada 10-15 minit dalam satu-satu masa. Jangan letak secara terus tanpa lapik. Nanti kaki beku. hahaha..

Compression

  • Balut kaki yang tercedera supaya pergerakan terhad & mengurangkan pengaliran darah.

Elevation
  • elevator?? erk..

Ulasan daripada hasil pencarian:

Rakan-rakan, nampaknya aku tidak dapat bermain lagi untuk 3 minggu akan datang. Doktor suruh aku berehat. Kamu berlatihlah bersungguh-sungguh. Aku jadi penonton dahulu. hahaha..

Aku tidak tahu fakta yang aku keluarkan ini betul atau tidak. Aku cuma baca melalui internet. Belum bertanya pada doktor yang sebenar lagi. Kalau ada yang tersilap, tolong betulkan =)



p/s: aku injured lagi.. sakit tahu.. huhu..

12.3.09

Honesty



The first principle is that you must not fool yourself - and you are the easiest person to fool.

...

By honest I don't mean that you only tell what's true. But you [also] make clear the entire situation. You make clear all the information that is required for somebody else who is intelligent to make up their mind.

Richard P. Feynman




Tiada kaitan dengan apa-apa. Aku sedang membaca nota ethics kemudian tertarik dengan ayat ini.

*sambung belajar





p/s: aku ada test malam ini

1.3.09

Mari Berhibur (Walaupun Kerja Berlambak)




mari meriangkan hati =)

Terasa mahu belajar bermain piano walaupun bass belum master lagi.

Siapa mahu ajar?







p/s: project aku belum siap lagi.. huhu.. walaupun??

25.2.09

Aku Mahu Pergi Makan Selepas Ini



Aku tidak sedar aku buka lebih kurang 13 tabs (termasuk tabs blog aku) untuk mencari maklumat mengenai buku ini. Kamu rasa aku patut beli tak?


Kemudian aku secara tidak sengaja terbuka blog ini. No comment..



Aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Maaf kalau ada yang tidak terlayan.

Oh ya, Selamat Hari Jadi kepada daoz. Semoga makin hebat bermain gitar (drop C tuuu...)




p/s: aku buka tabs yang ke 14 sebab cari link untuk blog daoz.. mari makan

23.2.09

Merepek Mengenai Kepercayaan



mari berbicara mengenai kepercayaan
bukan kepercayaan kepada Tuhan

tapi kepercayaan sesama insan



Seseorang bertanya kepada aku hari ini & pertanyaan itu berkisar mengenai kepercayaan. Seperti yang aku kisahkan di atas, bukan kepercayaan kepada Tuhan, bukan. Ini lebih kepada kepercayaan kita terhadap orang lain. Orang-orang yang kita kenali tidak kisah sama ada kamu mengenali mereka daripada kawan kamu, keluarga kamu, musuh kamu, ataupun daripada scene-scene adaptasi daripada filem & drama TV seperti terlanggar bahu kamu kemudian meminta-maaf-bagi-nombor-telefon-sekali, orang itu menolong kamu membaiki kenderaan kamu di tepi jalan mungkin, atau daripada aksi-aksi nakal seperti roy & rakan-rakannya. haha..

Apa yang akan kamu jawab kalau kamu ditanya soalan seperti itu? Bagi aku, aku tidak mudah mempercayai orang tetapi aku mudah mempercayai orang yang aku kenali. Bukanlah setakat berkenalan beberapa jam terus mempercayai orang tersebut tapi mungkin berkomunikasi dalam beberapa ketika membolehkan kamu berfikir sama ada orang itu boleh dipercayai atau tidak. Kamu juga mungkin pernah mengalami situasi di mana kamu mempercayai seseorang itu walaupun pada dasarnya kamu baru sahaja berkenalan dengan orang tersebut.

Aku lebih suka mempercayai apa yang aku rasa dalam menilai seseorang. Kalau aku rasa aku benci, maknanya memang aku akan benci. Kalau aku rasa aku percaya, maknanya aku memberi kepercayaan kepada orang itu sehinggalah orang itu membuang kepercayaan yang aku berikan kepadanya. (aku pening dengan maksud ayat ini)

Begitu juga dengan orang lain. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai kita. Itu adalah hak mereka untuk mempercayai siapa yang mereka mahu percaya. Mereka tidak mempercayai kamu? Apa yang kamu boleh lakukan? Tiada.. Kamu cuma boleh menjadi diri kamu sendiri. Kalau apa yang kamu lakukan tidak mampu untuk memperolehi kepercayaan orang tersebut, biarkan. Jangan menjadi hipokrit semata-mata mahu dipercayai. Nanti lain pula jadinya. (penerangan aku macam salah)

Ahhhh.... Aku semakin banyak merepek. Sebenarnya tiada apa-apa. Aku cuma terfikir mengenai jawapan soalan siang tadi. Suka hati kamulah mahu percaya atau tidak. Aku patut buat kerja.
Sekian.







p/s: Terasa mahu menonton wayang. Ada sesiapa mahu belanja?